Pengikut

Isnin, 2 September 2013

Izin Penerbitan Karya daripada ITBM

Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar. Saya bersyukur apabila menerima surat secara rasmi yang manuskrip Kumpulan Cerpen Remaja - TETAMU ISTIMEWA saya lulus untuk diterbitan dengan ITBM. Boleh baca entri saya berkenaan penghantaran manuskrip ini di sini. Impian dan Harapan 2013

Saya juga pernah menerbitkan entri tentang penulisan PRAKATA. Sebenarnya, PRAKATA ialah kata alu-aluan yang ditulis oleh penulis buku tersebut dan diletakkan di bahagian awal buku. Selalunya penerbit akan meminta penulis menulis PRAKATA lebih awal sebelum buku diterbitkan. 


Saya perlu membalas surat ini menyatakan saya setuju untuk menerbitkan kumpulan cerpen ini dengan ITBM.

Kepada yang menyokong karier penulisan saya selama ini, saya ucapkan berbanyak terima kasih. Insya-Allah, nantikan kemunculan buku ini di pasaran. Akan saya maklumkan dari semasa ke semasa. Saya berharap sokongan anda semua untuk membeli buku ini setelah diterbitkan nanti. 


18 ulasan:

  1. Alhamdulillah...tahniah. teruja pula saya dengan khabar dari cikgu ni. :')

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Terima kasih. Moga proses seterusnya berjalan dengan lancar.

      Padam
  2. Assalamualaikum, tuan rumah. Izinkan bonda datang bertandang. Alhamdulillah, tahniah, bakal muncul buku baru. Semoga terus berkarya dengan jiwa merdeka. Jazakallah khairon katira.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam, terima kasih. Insya-Allah, selagi dikurniakan segala kekuatan oleh-Nya.

      Padam
  3. Tahniah saudara! Saya doakan yang terbaik buat saudara. Kejayaan saudara membakar semangat saya untuk turut berjuang menulis cerpen. *thumbs up.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Wong. Semoga berjaya juga untuk saudara.

      Padam
  4. Alhamdulillah, tahniah cikgu =) semoga terus maju jaya dalam bidang sastera..

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah, cikgu. Tahniah dan teruslah berkarya!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Kak Long yang memberi sokongan dan dorongan kepada saya selama ini. Nanti kemunculannya ya.

      Padam
  6. Berita yang dinantikan! Tahniah, tetamu istimewa. Kumpulan puisi bakal menyusul... mungkin?

    Sekalung tahniah,
    tanda aras 2013,
    buku!

    Terus dan terus menulis

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sudah tentu Jamilah. Alhamdulilah. Segalanya berjalan dengan lancar.

      Insya-Allah, sudah menyusunnya tapi belum puas hati lagi. Dalam masa terdekat akan saya hantar untuk penilaian nanti.

      Nantikan kemunculannya ya.

      Padam
  7. Tahniah cikgu..InsyaAllah..kak Erin akan beli buku cikgu tu nanti..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Kak Erin. Nanti apa-apa perkembangan akan saya maklumkan di sini.

      Padam
  8. Tahniah cikgu! InsyaAllah, saya akan letak buku cikgu dalam senarai belian saya.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78