Pengikut

Ahad, 29 September 2013

Berdosakah Saya Tidak Menyentuh Mu?

Apabila ke kedai buku, tidak sah kalau saya tidak membeli buku. Jadi, semalam selepas tuisyen saya berjanji dengan kawan untuk berjumpa di Jalan TAR pada pukul 2 petang. Di sana terdapat beberapa buah kedai buku. Saya masuk dalam satu kedai. Belek punya belek, ternampaklah buku Edisi 1+1, PENULIS YANG DISAYANG TUHAN & DI MANA TERANGNYA BULAN karya Bahruddin Bekri. Penulis yang mempunyai gaya bahasa yang lunak dan santai ini. 

Mulanya saya berfikir juga untuk membeli novel ini, memandangkan novel sebelum ini belum pun habis dibaca. Adakah saya telah berdosa kepada novel-novel atau bahan bacaan yang saya beli itu kerana belum sempat menyentuh (membaca) mereka? Sekarang tanpa rasa bersalah saya membeli lagi. Oh, saya ini memang gila membeli dan membeli! Membacanya belum lagi. 


Ujian dan dugaan itu hanya rencah hidup. Tanpanya, syukur dan kita menjadi jauh.


Dalil Tuhan untuk manusia, hidup ini adalah kepingan yang perlu dicantumkan.

Ada antara kalian yang pernah membaca novel ini?
Kepada yang belum dan ingin membeli harganya cuma RM 25.00.


27 ulasan:

  1. Cikgu baca lah dulu.. Nanti buat sinopsis sikit tentang ceritanya.. Kak Erin sekarang dah jarang beli buku.. Hanya pinjam dari library saja.. Sebab buku di rumah sudah terlalu banyak.. Rasanya dah boleh buat mini library.. Huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe, bila nak habis baca pun tak tahulah. Saya tak berapa suka pinjam di perpustakaan.

      Padam
  2. cikgu kena jadi member popular :D
    baru dapat discount

    BalasPadam
  3. sama la kathy..banyak lagi novel tak terbaca ni..hehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pulun akak pulun, hehehe. Kalau tak sempat simpan dulu kak.

      Padam
  4. mama stop membeli, papa dah bising.. hihi

    BalasPadam
  5. fizi bila dh mula baca..tak buat kerja lain lah..sebab tu fizi jarang membaca buku..surat khabar tak per ehehh :)Tutorial Pasang Design Sendiri Pada Baju

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau cerita menarik memang tak dapat berhenti dengan mudah kan.

      Padam
  6. jie pn slalu g kdai buku..tapi xbeli2 pn..hehe

    BalasPadam
  7. Laaa ingatkan apa tadi... baca tajuk bukan main lagi hehehe. Apa lak berdosanya cikgu... cikgu beli jer novel tu dah menyumbang kepada ekonomi sipenulis...pahala lagi dapat hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan marah ya. Saja ja, buat gimik tulis tajuk macam tu. Tapi, ada kaitan jugalah dengan entri.

      Padam
  8. Tajuknya menarik, mesti isinya juga menarik :)
    Ika pun banyak beli buku, tapi tak sempat baca, kadang tu ada yang baca separuh lepas tu tertunda lama tak berusik. Kekangan waktu terlalu menghimpit.
    Tidak berdosa jika buku-buku tu tak disentuh, kita je kena cari waktu lapang untuk baca :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, kekangan waktu menyebabkan kita tak sempat nak baca.

      Padam
  9. Saya sudah membaca Penulis Yang Disayang Tuhan. Pandai Tuan Bahruddin mengulit hadis dan cerita itu. Saya terkesima apabila habis membaca cerita ini. Sangat merekomenasi kepada sesiapa yang ingin menjadi penulis.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya dah mula baca sikit. Nampak macam menarik. Insya-Allah akan teruskan nanti.

      Padam
  10. Saya ni dah lama tak baca novel =) sekarang suka baca artikel di blog orang je..macam saya ni pun suka juga membeli, memang tak pernah puas membeli apa yang saya minat..kadang-kadang terasa juga membazir

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagus juga fais. Asalkan membaca untuk menambahkan ilmu.

      Padam
  11. Tamak yang baik, hehe. Ada ke tamak yang baik kan? Apalah cikgu ni.

    BalasPadam
  12. Penulis yg disayangi tuhan. Menarik juga judul tu..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78