Pengikut

Khamis, 24 Oktober 2013

Cerpen: Rajuk Patriot Cinta di Mingguan Wanita

Akhirnya, pemburuan saya untuk mendapatkan Mingguan Wanita, 25-31 Oktober 2013 berakhir. Saya berjaya mendapatkan majalah ini pada hari ini. 


Terima kasih kepada yang sangat prihatin. Nampaknya ada yang sudah dapat menerka sekiranya saya meletakkan gambar kulit depan sesebuah majalah. Ya, cerpen saya berjudul Rajuk Patriot Cinta telah dipilih untuk edisi kali ini. Terima kasih kepada editor yang memilih cerpen ini.

Cerpen ini telah lama saya hantar sebenarnya, sekitar bulan April 2013. Bagi yang bertanya adakah karya yang hendak disiarkan di media cetak akan dimaklumkan oleh editor kepada penulis terlebih dahulu? Jawapannya, tidak. Editor tidak akan memaklumkan kepada penulis. Kerja penulislah untuk menyemaknya. Sebab itulah saya akan gelisah setiba penghujung bulan dan awal bulan. 

Selalunya saya akan ke kedai untuk membelek majalah keluaran baharu sekiranya ada karya saya yang tersiar. Kerja ini telah lama saya lakukan. Hingga pernah juga menerima jelingan daripada pekedai. Dan, pernah juga mendapat herdikan "kalau nak baca, belilah dulu". 


37 ulasan:

  1. Kak ina selalu gak beli Mingguan Wanita tapi jarang baca bahagian cerpen..he he..pasni kena baca cerpen awak ni :)

    BalasPadam
  2. Pekedai tu tak patut cakap macam tu.. Pelanggan hanya membelek-belek saja.. Kalau nak baca majalah mungkin ambil masa yang lama..Apa pun tahniah karya cikgu selalu disiarkan di majalah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mereka takut bila kita dah tengok, kita tak nak beli lagi. Apalah punya fikiran macam tu kan.

      Padam
  3. Balasan
    1. Terima kasih Kak Kathy. Lepas baca boleh bagi komen.

      Padam
  4. oo..dyorang x info apa2 eh...hurmmm..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang tak akan maklumkan pun. Kita kena semak sendiri.

      Padam
  5. cikgu, dpt sagu hati/honorium ke org sebut tu, kalau hantar kat majalah ni??

    BalasPadam
  6. Akhirnya dah tau kenapa tercari-cari majalah tu...hehe..Tahniah!

    BalasPadam
  7. Bayarannya macam mana cikgu? Apakah pihak pengurusan akan hubungi kita atau tunggu jer cek sampai?

    BalasPadam
  8. Sampai macam tu sekali..tapi tu semua normalkan..memang orang tak suka kita guna barang yang bukan hak milik..ape pun tahniah cikgu..berkat usaha akhirnya tersiar juga =)

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah.. Tahniah. Semoga menjadi inspirasi kpd yg sealiran dgn cikgu Helmi & semoga cikgu terus maju jaya.. amin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, terima kasih. Mudah-mudahan begitulah.

      Padam
  10. Like... Wah, sungguh prolifik! =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. Tak adalah prolifik sangat. Biasa-biasa saja Pito.

      Padam
  11. lama tak beli mingguan wanita..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bolehlah beli lepas ni, kalau nak baca cerpen saya ni.

      Padam
  12. tahniah (^^,)... saya tertanya2 jgak, klu editor xmaklumkan kepada si penuliis bahawa karya mereka terpilih, mcm mana si penulis nak claim saguhati? or adakah editor akan beritahu/inform utk claim saguhati?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, setiap kali menghantar karya, penulis perlu sertakan sekali dengan surat rasmi yang mengandungi nama penuh, no kad pengenalan, no telefon, no akaun bank.

      Padam
    2. oo.. mesti sertakan sekali ke no. akaun tu?? hmmm.. saya pernah antar karya dekat satu majalah ni, tp xbg pun no akaun... huhu... saya ingatkan penulis akan dimaklumkan bhw karya dipilih...(^^,)

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78