Assalamualaikum semua.
Saya pernah memperkatakan dan menguar-uarkan tentang Sayembara Penulisan Fiksyen Sains dan Teknologi. Tahukah kalian, hasil daripada sayembara ini yang telah memasuki tahun ketiga ini telah membuahkan hasil.
Sebelum ini pemilihan novel untuk dijadikan teks Komponen Sastera (KOMSAS) lebih terdorong untuk mengambil daripada karya pemenang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU). Kini, peluang dan pemilihannya lebih terbuka.
Bagi tahun 2015, teks KOMSAS Tingkatan Tiga dan Empat telah dipilih. Panel telah memutuskan untuk memilih novel fiksyen sains Tawanan Komander Caucasus dan Di Sebalik Dinara.
Sebenarnya, Tawanan Komander Caucasus sekadar memenangi Tempat Ketiga sahaja dalam sayembara yang julung kalinya diadakan. Manakala, Di Sebalik Dinara juga sekadar memenangi hadiah penghargaan dalam sayembara kali kedua.
Selepas ini diharapkan tiada lagi "alasan" yang diberikan oleh pelajar mengatakan bahawa mereka tidak berminat untuk mempelajari KOMSAS disebabkan teks yang dipilih, berat (kerana teks sastera) yang temanya membosankan dan ditulis oleh Sasterawan Negara yang bahasanya sukar untuk ditafsir.
Saya pun belum memiliki dan membaca kedua-dua novel ini. Oleh itu, tidaklah layak untuk saya memperkatakan tentang apa-apa yang terkandung dalamnya. Selepas ini berminat juga untuk membelinya.
setiap berapa tahun sekali , novel memang akan bertukar ke? sebab masa Fiza dulu lain novel nya, sekarang pung lain..
BalasPadam5 tahun sekali, novel akan ditukar dan ada zonnya. Setiap zon berbeza novelnya.
PadamSains Fisyen dah masuk KOMSAS.. bagus-bagus suatu pendedah yang terbaik..
BalasPadamSatu perkembangan yang baik, mengikut era.
Padamdunia penulisan yang semakin berkembang. tahniah
BalasPadamBenar sekali.
Padamwahhh yeke ?? sangat bagus kalau jadi seperti itu
BalasPadamYa, memang bagus Acik. Kali ini tentu pelajar kita akan lebih bersemangat nak belajar.
Padambagus ni...
BalasPadamMemang akan bertambah menarik mama.
Padamsains fiksyen dalam komsas??????wahh, best gile..
BalasPadamKepada yang berminat dalam sains fiksyen pasti seronok.
Padammemang ramai jadi saintis selepas ni. hehe
BalasPadamHarap-harap begitulah.
Padambaguslah begitu..
BalasPadamMoga pelajar ini nanti lebih bersemangat untuk belajar dan berjaya.
PadamWah ini sudah bagus cikgu... ida teruja nak membacanya... ida memang minat sangat dgn sains fiksyen ni... nak2 klu dari filem ala2 CSI... huhu
BalasPadamLepas ni bolehlah cari dan baca. Saya pun nak beli juga.
Padamhebat..
BalasPadamHebat!
Padamperubahan seiring dengan peredaran zaman :-))
BalasPadamMmg baguslah mcm tu.. dunia semakin berubah.. anak muda pun semakin terarah kpd perkara yg tidak kita sendiri tahu. Bagus dgn adanya perubahan spt ini, sekaligus menarik minat mereka mendalami ilmu yg betul... :)
BalasPadamwowww lagi menarik =) harap menarik la minat membaca murid-murid
BalasPadamwow.... macam menarik je :)
BalasPadamMenarik juga ya. Cuma saya pelik. Mengapa sekarang terlalu kerap ditukar teks KOMSAS.
BalasPadambagaimana hendak memperoleh laporan panel penilai cerpen ini ke dalam matapelajaran komsas?
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamCikgu, benar tak komsas baharu akan bermula pada tahun 2015? kalau benar, buku rujukan yang bakal kami terbitkan akan terganggu sebab bahannya jadi lama...hanya tahan setahun dua je..:/
BalasPadamYa, benar. Mulai tahun 2015 Komsas Tingkatan 1 dan Tingkatan 3 akan menggunakan teks baharu (antologi dan novel).
PadamCikgu, tapi sumber yang saya peroleh ialah Ting 1 dan Ting 4 mulai tahun 2015. Melvin
BalasPadamBetul untuk Komsas tahun 2015 Tingkatan 1 dan Tingkatan 4. Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 tahun 2016.
PadamAssalamualaikum, bagaimana pula dengan pelajar tingkatan 2 tahun 2015 nanti? adakah komsas mereka juga ditukar?
BalasPadamWaalaikumusalam, pelajar Tingkatan 2 tahun depan 2015 akan menggunakan teks yang lama dan mereka merupakan pelajar terakhir menggunakan teks itu. Teks baru komsas Tingkatan 2 akan mula digunakan pada tahun 2016 kalau tak salah saya.
PadamTahun depan 2015, hanya pelajar Tingkatan 1 dan 4 yang akan menggunakan teks baru.
terima kasih...
PadamBuku ini untuk daerah mne ???
BalasPadam