Assalamualaikum semua. Moga semuanya berada dalam keadaan sihat dan ceria selalu.
Mengenang kembali permulaan saya terjun ke bidang penulisan, sesungguhnya telah membuatkan saya ingin berkongsi pengalaman kepada bakal penulis dan penulis baru yang mula berjinak atau tercari-cari wadah untuk mengasah bakat.
Saya bermula menghantar karya berupa puisi ke Tunas Cipta, sekitar tahun 2009. Ketika itu Tunas Ciptalah satu-satunya media yang saya rasakan boleh saya tembusi memandangkan majalah ini memberi peluang kepada penulis baru untuk berkarya. Berpadananlah dengan moto majalah ini, Sastera Generasi Baharu.
Sejak itu, boleh dikatakan dua minggu sekali saya mengirimkan karya saya melalui pos. Dalam setahun sekurang-kurangnya 4 buah puisi saya pasti tersiar. Itu sudah cukup membanggakan saya. Walaupun saya terpaksa membayar 0.40 sen sehelai kertas yang dicetak, pelaburan ini saya rasakan berbaloi apabila Dewan Bahasa dan Pustaka (Tunas Cipta) membayar honorarium yang bagi saya antara yang termahal iaitu untuk sebuah puisi di Tunas Cipta sebanyak RM 100.
Selain puisi, Tunas Cipta turut menyediakan ruangan Nukilan Pena (cerpen), Sejambak Ilham (puisi), Luahan Minda, Puisi Tradisional. Dulu ada ruangan Drama, kini ruangan ini entah hilang ke mana.
Setiap ruangan bayaran honorarium yang diberikan adalah berbeza-beza. Saya pernah merasa dibayar honorarium untuk ruangan Sejambak Ilham (RM100), Nukilan Pena (RM200), dan Luahan Minda (RM50). Pendedahan saya ini bukanlah untuk menunjuk-nunjuk tetapi sekadar pembakar semangat kepada penulis baru.
Detik paling meninggalkan kesan pada diri saya apabila saya disunting oleh editornya yang ketika itu Tuan Armin Azhari Saleh untuk mengisi ruangan Bicara Tunas yang mana ruangan ini memperkenalkan dan mengetengahkan penulis muda yang tidak berpeluang mengikuti Minggu Penulis Remaja (MPR).
Sehingga kini, walaupun karya saya telah tersiar di banyak media, saya tetap mengatakan Tunas Ciptalah tempat saya mengasah bakat. Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk melanggan majalah ini sejak setahun lepas.
Saya banyak belajar melalui Ulasan Sajak dan Ulasan Cerpen yang diberikan oleh penulis mapan (pengkritik tetap) setelah karya kita tersiar. Adakala ulasan yang diberikan boleh membuatkan kita ketawa dan berasa bangga, adakalanya pula ulasan itu menyinggung perasaan kita. Namun begitu, semuanya menjadi asam garam dalam dunia penulisan yang perlu ditempuhi.
Sesungguhnya, saya sangat kecewa sekiranya ada penulis baru yang hendak menulis di Tunas Cipta, sebaliknya majalh ini pun mereka tidak pernah lihat, beli apatah lagi membacanya. Perkara ini bukanlah menjadi satu kesalahan yang boleh ditahan di lokap, tetapi sekiranya anda tidak memesrainya tiada gunalah anda hendak menyimpan harapan untuk melihat karya anda tersiar di sini. Anda hanya perlu membuat pelaburan serendah RM 5.00 untuk Semenanjung Malaysia dan RM 5.50 untuk Sabah&Sarawak, anda pasti akan mendapat pulangan yang berbaloi-baloi.
Sebenarnya banyak lagi pengalaman saya bersama Tunas Cipta yang silih ganti editornya. Insya-Allah, jika ada kelapangan saya akan bercerita lagi. Itupun kalau ada yang sudi membaca.
Selamat Menulis!
Bestnya jadi seorang penulis macam cikgu ni.. Penulis sebenarnya memikul tugas yang besar untuk menyampaikan segala pandangan kepada orang lain melalui hasil penulisannya.. Kak Erin banggalah dapat kenal cikgu ni walaupun di sesawang maya ni.. Siap beli majalah harmoni tu sebab nak baca cerpen cikgu yang bertajuk Tepung Pelita Adilfitri.. :-)
BalasPadamYa, penulis yang bertanggungjawab adalah penulis yang memikul akauntabiliti pada tulisannya.
PadamSaya juga gembira kerana dapat berkenalan dengan kak Erin yang sudi membaca karya saya. Siap beli lagi tu. Terima kasih. Kalau sudi berilah pandangan sikit tentang cerpen tu.
Cikgu, boleh bagi alamat Tunas Cipta? Saya mahu menghantar cerpen.
PadamTunas Cipta yang banyak berjasa. :)
BalasPadamSudah pasti. Rugi jika penulis baru tidak mengambil peluang.
PadamInfo yang bagus buat mereka yg berminat dgn bidang penulisan. Pembakar semangat! Tahniah cikgu...semoga terus berjaya...
BalasPadamBerkongsi sekadar pengalaman penulis baru. Kepada yang minat menulis, ayuh jangan lepaskan peluang. Mulakan dari sekarang.
Padamminat gak menulis tapi merapu jer lbh..:)
BalasPadamBoleh cuba dulu.
Padambagus tu...smoga cikgu teruskan berkarya...
BalasPadamSebenarnya ramai bakal penulis tidak tahu akan kewujudan majalah ini.
PadamTerima kasih.
Ya, Tunas Cipta pentas terbaik untuk menguji karya-karya kita. Rasanya dalam tempoh lima tahun ni, lima orang editornya bersilih ganti.
BalasPadamRasanya begitulah, antaranya Noraini, Ruslan, Armin, Ghani Abu dan Suhailey.
Padamtahniah di atas pencapaian.. usaha yang tidak mengenal erti putus asa atau jemu pasti akan membuahkan hasil..
BalasPadamAlhamdulillah. Sesiapapun kalau berusaha pasti ada hasilnya.
PadamYang Ogos dah ada di tangan ke?
BalasPadamBelum lagi. Majalah langganan bulan Ogos belum sampai. Kenapa? Haniff dah beli ke? Ada karya siapa?
PadamBelum lagilah abang Helmi.Bulan ni fasal indie, tajuk muka hadapannya.
PadamAbang Helmi, cover September pun sudah ditonjolkan di FB TC, tantang penulis muda dari Sabah dan Sarawak dalam pengukuhan Malaysia.
PadamUntuk Ogos, hari tu ada Kak Siti minta penulis hantar karya berunsur Patriotisme dan Aidilfitri kan?
PadamKenapa ya, Tunas Cipta FBnya seperti kurang berfungsi berbanding Dewan Sastera dan Pelita bahasa. Kandungan bulan semasa tidak terkemaskini. Saya puji sewaktu Tuan Ghani dulu mengendalikan TC.
Saya ada terbaca juga tu, pelawaan Tuan Ghani untuk ruangan Bicara Tunas. Tapi, abang dah pernah keluar tahun lepas. Seganlah nak hantar lagi.
Rasanya editor yang kendalikan FB tu. Mungkin sebab TC kan selalu bertukar editor. Sekarang Kak Siti cuti bersalin. Abang Ghani ganti sementara, dalam masa yang sama dia masih bertindak selaku editor DB.
PadamHaah, tadi saya ada baca juga status mempelawa siapa2 sahaja yang berkaitan untuk mengisi ruangan tu.
Ya, abang Helmi waktu tu editornya En. Armin. hehehe
Tuan Armin pun rasanya ganti sekejap saja.
PadamKak Suhailey tu dah masuk kerja kan, lepas bersalin? Harap-harap ada perubahan lah lepas ni, FB tu hiduplah. Senang sikit nak ikuti perkembangannya.
good jod...saye ni bilalah nak bermula..
BalasPadamBoelh mula dari sekarang. Sehari sebaris, lama-lama boleh bertambah dan maju.
Padamwahh alhamdulilah terbaik :) boleh belajar dengan cikgu nie ..banyak ilmu mahu di kutip...
BalasPadamBoleh, tidak ada masalah jika berminat. Saya boleh tunjukkan cara menghantar karya ke media. Kerja penulisan adalah kemahiran yang perlu dipelajari sedikit demi sedikit.
PadamAlhamdulillah...semoga cik gu terus sukses dalam penulisan..
BalasPadamTerima kasih BUNDA. Moga doa yang dipanjatkan itu diberkati dan dimakbulkan. Amin.
Padamhbat ga cikgu..sbb tu pnulisan cikgu best baca
BalasPadamOh, seganlah apabila ada yang berkata saya ini hebat. Tidaklah, saya sekadar menulis apa yang saya lalui.
PadamAlhamdulillah,
BalasPadamTeruskan menulis karya yang bagus-bagus! :)
Alhamdulillah, terima kasih Cik Hann Johan.
PadamTernyata saudari lebih maju mengorak langkah jauh ke hadapan dari saya.
Jauh saya jauh lagi cikgu Helmi. Lihat sahaja senarai cerpen dan puisinya, lebih panjang daripada senarai saya. :)
PadamSenarainya sekadar berlegar dalam negara saja.
PadamMenarik. Ckg boleh tak kongsikan bagaimana cara ckg mnghabiskan masa utk cipta karya2 yg trbaik ni.? Dan boleh tidak ckg kongsikan alamat Tunas Cipta tuk sy cuba hantar karya2 yg sy tulis. Saya minat menulis dan InsyaAllah akan memilih Major Penulisan pd sem hadapan.. Terima Kasih
BalasPadammacam mana nak hantar
BalasPadam