Pengikut

Rabu, 28 Ogos 2013

Pengorbanan Guru dalam Menyemarakkan Hari Kemerdekaan

Assalamualaikum semua. Selamat pagi dan salam Kemerdekaan
Nampaknya Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-56 kian hampir. 
Sudah bersediakan kita untuk menyambutnya? 
Apakah yang telah kita lakukan untuk menyemarakkan sambutan Hari Kemerdekaan tersebut di samping nilai kefahaman yang menunjang dalam diri. 


Sempena Hari Kemerdekaan sekolah saya telah menjalankan Bulan Patriotik yang mana Pertandingan Kelas Tercantik sempena Hari Kemerdekaan akan dijalankan pada hari Jumaat ini. Jadi, sebagai guru kelas saya memainkan peranan penting dalam menjayakan usaha ini. 

Sebelum ini pun telah saya hias kelas dengan bendera Malaysia. Hari ini rasanya hendak tambah lagi. Bukan soal menang menjadi keutamaan dan bukan soal kalah yang harus difikirkan sebaliknya, berjayakah seorang guru dalam menyemarkkan Hari Kemerdekaan? 

Dengan tindakan saya yang tidaklah sebesar mana ini, saya mengharapkan semangat murid untuk mencintai Tanah Air, menghargai Jalur Gemilang terus marak dalam diri biarpun pelaburan itu dilakukan dengan sumber kewangan saya sendiri.


32 ulasan:

  1. selamat menyambut bulan kemerdekaan cikgu ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat menyambut hari kemerdekaan juga untuk TelingaBulat.

      Padam
  2. mintak-mintak kelas cikgu menang ! hihi

    BalasPadam
  3. good luck ye cikgu ... teringat waktu main hias2 kelas dulu ... selalu menang ... hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. Dulu tolong cikgu hias kelas, sekarang kena hias kelas sendiri.

      Padam
  4. selamat hari kemerdekaan! perasan sangat tahun ni tak ramai yang letak bendera kat kete. tak macam zaman kecik2 dulu :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat hari kemerdekaan kembali. Itulah yang perlu kita semarakkan.

      Padam
  5. Wah bersemangat waja cikgu ni.. Semangat macam tu lah kita semua mahukan..

    BalasPadam
  6. semoga semangat kemerdekaan di hati rakyat Malaysia...bukan hanya sekadar mengibar jalur gemilang sahaja...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harap-harap begitulah. dari hatilah terbitnya tindakan mengibarkan bendera.

      Padam
  7. terima kasih cikgu :) semangat cikgu :)

    BalasPadam
  8. hihi, pengalaman yang sama mama buat dulu nih... harap kelas cikgu muncul juara ye, sematkan semangat patriotik dalam jiwa anak-anak bangsa kita betapa bertuahnya hidup di bumi malaysia ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin. Kita sama-samalah berperanan dalam menjayakan hasrat ini.

      Padam
  9. saya sokong cikgu !

    BalasPadam
  10. kalau budak sekolah semangatla sambut merdeka. iqa dah besar ni mcm tak rsa ape je.hak.teruk.

    BalasPadam
  11. syabas cikgu!!!selamat hari merdeka ye :)

    BalasPadam
  12. tahun lepas saya gantung bendera besar jadi langsir tingkap, pintu dan pembalut meja cikgu. tahun ni tak bt ape2, mood trial SPM je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya bercadang nak buat macam tu juga. Tengoklah nanti, kalau rajin, hehe. Oh, ya ke. Semoga berjaya.

      Padam
  13. selamat menyambut hari kemerdekaan.. boleh juga diadakan pertandingan menulis cerpen sempena hari kemerdekaan di kalangan murid-murid.. tentu ramai yang berbakat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat menyambut hari kemerdekaan Aiza. Oh, kalau sekolah menengah mungkin sesuai. Tapi, sekolah rendah kalau nak cuba boleh jugakan. Ada aktiviti telah diaturkan. Insya-Allah, nanti hari kejadian saya kongsikan.

      Padam
  14. semai semangat kemerdekaan dengan menghias kelas menggunakan bendera malaysia..bagus tu..selamat merdeka bro :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kemerdekaan Fizi. Itu yang saya mampu lakukan.

      Padam
  15. Terima kasih. Usaha yang kecil saja ni.

    BalasPadam
  16. lagi seronok kiranya buat bersama-sama murid

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, aktiviti menghias kelas ini turut dibantu oleh murid saya.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78