Alhamdulillah, akhirnya dapat juga saya memuatnaik gambar mendaki Bukit Broga pagi tadi atas bantuan rakan dengan menggunakan laptopnya.
Lihatlah panorama alam ciptaan Allah SWT yang sangat unik dan hebat ini.
Gambar ini diambil sewaktu perjalanan pulang.
Saya, Zura, Jazuli dan Pito bergambar kenangan setelah berjaya menamatkan pendakian.
Zura dan Jazuli (pelajar Master Bahasa Melayu), Pito (editor Pelangi).
Mereka ini merupakan rakan sekuliah sewaktu menuntut di UPM dulu.
Jika anda berjaya menamatkan pendakian pasti anda akan menemui papan tanda seperti di belakang kami. Jika tidak ketemui anda belum lagi sampai di puncaknya.
Lagi sesi bergambar bersama Jalur Gemilang kebanggaan rakyat Malaysia.
Jangan tidak percaya, Zura merupakan perempuan tuanggal yang mengikuti misi kami ini.
Bersemangat sungguh Zura ni.
Sempat lagi bergambar sewaktu hendak turun dari puncak.
Ini merupakan kali kedua saya mendaki Bukit Broga ini. Kali pertama hanya sampai di puncak pertama sahaja.Terima kasih Pito yang mempelawa kami untuk bersamanya mengembara sambil melihat keindahan alam ciptaan Allah SWT ini.
Wah.. cantiknya.. ramai jugak ye yang mendaki bukit ni..
BalasPadamMemang cantik pemandangannya Kak Erin. Ramai. Sejak awal pagi lagi.
Padammemang seronok
BalasPadamSeronok dan teruja apabila dapat sampai ke puncak.
Padamwow!!!mendaki bukit broga yek!!mesti syok tengok pemandangan dari puncak...hehheh...
BalasPadamYa, Bukit Broga di Semenyeh. Seronok. Cantik pemandangan dari atas.
Padamseronoknya mendaki gunung...kita tak pernah lagi mendaki gunung...
BalasPadamBoleh cuba lepas ni kak.
Padamkawan ada pegi tempat ni. bestke?? sejuk tak kwsn ni?
BalasPadamSeronok. Taklah sejuk sangat. Ok, saja. Kalau sejuk, pakai baju tebal sikit.
Padamterbaiklah =) dari tahun 2011 lagi saya nak ke sana..tapi tak tercapai pun lagi.. pasti indah ciptaan Allah di sana..
BalasPadamFais, lepas ni bolehlah pergi ke sana. Tak rugi. Memang cantik.
PadamAssalamualaikum wbt...
BalasPadamowh dah pergi 2 ke 3 kali... boleh google kat searchbox belog saya...
kiteorang g kul 11 malam til lepas subuh kami turun...
masa last pergi orang dah start kenal broga, tak best dah... ramai orang, broga dah jadi kotor...
pastu last time kami pergi adalah hari yang sama dengan insiden seorang pelajar perempuan UiTM rasanya, dihempap batu di Broga...
since then, kami tak p dah.... huhuhuhu