Pengikut

Ahad, 29 Jun 2014

Contoh Rencana dan Sumber Rujukan Tugasan Sejarah PT3 2014

Assalamualaikum.

kredit foto dari cpiasia.net


Sudahkah calon PT3 (Pentaksiran Tingkatan 3) menerima soalan tugasan mata pelajaran Sejarah? Jika belum boleh klik di sini: Tugasan PT3 Sejarah. Baiklah, jika calon sudah menerimanya, sudahkah calon membaca dan meneliti soalan tugasan tersebut? Kemudian, faham betul-betul soalan dan cara bagaimana PT3 dilaksanakan. Selepas itu, barulah bertindak dengan bimbingan guru

Apabila saya membuat carian tentang tugasan PT3 Sejarah umpamanya, saya ada singgah di beberapa blog yang berkongsi tentang tugasan ini. Kebanyakan calon yang meninggalkan komen pada entri tersebut meluahkan bahawa mereka tidak faham. Ada juga yang menyatakan bahawa bentuk rencana itu bagaimana? Jadi, saya cuba jelaskan secara ringkas. 

Pelaksanaan PT3 melalui Tugasan


Hanya mata pelajaran Sejarah dan Geografi sahaja yang diberikan tugasan dalam PT3. Tugasan Sejarah PT3: Rencana Perpaduan Kaum di Malaysia. Calon dikehendaki menulis sebuah rencana yang panjangnya 300 patah perkataan dalam waktu Pengajaran dan Pembelajaran di sekolah. 

Biarpun pelaksanaan itu dilakukan dalam waktu PdP di sekolah untuk menulis rencana 300 patah perkataan, calon juga dikehendaki membuat perancangan seperti yang dinyatakan dalam Kerangka Pelaksanaan Tugasan. Hal ini penting kerana mengikut Rubrik Penskoran markah perancangan dan penyediaan awal bahan membawa markah sebanyak (30 markah) dan penulisan rencana 300 patah perkataan itu pula membawa markah sebanyak (70 markah).

Rujukan Tambahan:
(a) Pengenalan – menjelaskan tentang isu-isu perpaduan kaum secara umum 
(b) Menghuraikan kepentingan perpaduan kaum 
(c) Menghuraikan faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum 
(d) Menghuraikan cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum
(e) Mencadangkan langkah-langkah untuk mengekal dan memantapkan perpaduan kaum di Malaysia 
(f) Membuat rumusan
(g) Menyenaraikan sumber rujukan 

KBAT dalam Tugasan PT3


Sekiranya calon PT3 hendak tahu, tugasan menulis rencana ini adalah soalan berbentuk KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi). Sekiranya sebelum ini, calon hanya menjawab soalan objektif tetapi kini, calon perlu berfikir dahulu sebelum bertindak. 

Tidak banyak bezanya menulis karangan atau pun  rencana. Seharusnya, calon PT3 tidak mengalami masalah untuk melaksanakan tugasan ini. Sekiranya dalam penulisan karangan calon hanya perlu menulis isi, huraian dan nyatakan contoh, tetapi untuk menulis rencana calon PT3 perlu memasukkan isi, huraian, contoh dan sumber rujukan. Dalam bahan Tugasan Sejarah PT3 telah diberikan contoh menulis sumber rujukan

Contoh dan Sumber Rujukan 



Saya tertarik dengan perkongsian Cikgu Razak dengan draf awal untuk menyiapkan tugasan ini. Oleh itu, saya salin untuk dikongsikan dengan calon PT3 semua. 


1. Tajuk rencana (contoh -  Perpaduan kaum di Malaysia/ apa sahaja yang sesuai daripada petikan di atas dianggap betul  contohnya  Perpaduan Teras kejayaan negara , bersatu teguh bercerai roboh , perpaduan rakyat di negara ini, dll )

2. Nama penulis – Nama kita

3. Isi kandungan: bahagikan isi kandungan berdasarkan konstruk yang dikehendaki

Pengenalan - Isu-isu Perpaduan Kaum Secara Umum


(a) Pengenalan – menjelaskan tentang isu-isu perpaduan kaum secara umum  ( cadangan )

·         Dasar pecah dan perintah British
·         Sistem pendidikan zaman British
·         Pendudukan Jepun
·         Peristiwa 13 Mei
·         Isu agama dan budaya- trend terkini

Kepentingan Perpaduan Kaum di Malaysia


(b) Kepentingan perpaduan kaum ( cadangan )

·         mewujudkan masyarakat harmoni dan aman
·         memelihara kedaulatan Negara
·         mewujudkan perasaan cinta kepada Negara/ patriotisme
·         meningkatkan imej Negara di mata dunia
·         membangunkan ekonomi negara
·         mengekalkan kestabilan politik
·         membina masyarakat yang saling menghormati

Faktor yang Menyumbang kepada Pengukuhan Perpaduan Kaum


(c) Faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum ( cadangan )

·         Peristiwa 13 mei
·         Sistem pendidikan penjajah/ sekolah vernakular
·         Penubuhan parti politik
·         Isu perkauman ( bahasa , budaya , pendidikan , agama , kerakyatan
·         Dasar pebdidikan kebangsaan

Cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum


(d) Cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum ( cadangan )

·         kewujudan pelbagai aliran sekolah
·         parti politik berasaskan kaum
·         kesan dasar penjajahan british
·         Sikap individulistik dalam masyarakat
·         Penyalahgunaan media sosial – menimbulkan isu sensitif
·         Campurtangan kuasa luar

Langkah-langkah untuk mengekalkan dan memantapkan perpaduan kaum di Malaysia


(e) langkah-langkah untuk mengekal dan memantapkan perpaduan kaum di Malaysia ( cadangan )

·         Kempen kerajaan
·         Program RIMUP
·         Gotong royong
·         Rumah terbuka
·         Sambutan perayaan
·         Program sukan
·         Slogan I Malaysia
·         Aktiviti kokurikulum

Rumusan


(f) Membuat rumusan ( cadangan )

Pengetahuan 
·         Keamanan dan kesejahteraan negara sentiasa terjamin
·         Berdasarkan peristiwa sejarah lama ( apa peristiwanya ) kita wajar ........
·         Memahami dan menghayati peristiwa sejarah negara

Iktibar
·         Bersatu padu , bertolak ansur, hormat menghormati antara sesama angota masyarakat

Harapan ( saya berharap agar )
·         Sentiasa mematuhi undang-undang/ peraturan
·         Tidak terpengaruh dengan anasir luar
·         Menghargai jasa tokoh

Sumber Rujukan


(g) Menyenaraikan sumber rujukan- buku/ internet/ akhbar/ majalah/


Oleh itu, adalah diharapkan penerangan secara ringkas tentang tugasan Sejarah PT3 ini sedikit sebanyak dapat membantu calon. Calon PT3 juga boleh merujuk contoh dan sumber rujukan semasa proses penyediaan bahan dan penulisan rencana Perpaduan Kaum di Malaysia itu nanti. Semoga berjaya.


49 ulasan:

  1. macam mana nak tulis rencana tu???-

    BalasPadam
  2. boleh bagi sikit huraian pasal pengenalan tu tak ?

    BalasPadam
  3. terangkan sikit huraian tentang pengenalan tu .

    BalasPadam
  4. boleh ke kita mencari nya di website?

    BalasPadam
  5. boleh ke kita cari bahan-bahan di website

    BalasPadam
  6. Terima kasih atas perkongsian ini. Sangat sangat membantu.

    BalasPadam
  7. macam mana nak buat FAKTA,HURAIAN serta CONTOH ?? . dan boleh ke copy bulat2 utk buat rencana sejarah ni ? tak dapat gred F ke ? :'(

    BalasPadam
    Balasan
    1. kita just ambil..isi..lepas tu kita huraikan je

      Padam
  8. Can you write the pengenalan menjelaskan tentang isu-isu perpaduan kaum in one paragraph?

    BalasPadam
  9. macam mana nak buat objektif kajian? or sejarah tak yah buat objektif pun boleh?

    BalasPadam
  10. · Berdasarkan peristiwa sejarah lama ( apa peristiwanya ) kita wajar ........
    Peristiwa yang paling sesuai untuk di tulis dlm Mende ni..?

    BalasPadam
  11. macam mana nak buat proses awal . saya tak faham

    BalasPadam
  12. terima kasih di atas perkongsian ini. Sangat membantu.

    BalasPadam
  13. semua pengenalan,kepentingan dan lain2 kene gabung pastu buat satu karangan ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tidak. Tajuk kecil pastu karanganya.
      Cth: Kepentingan Perpaduan Kaum
      Bla bla bla

      Faktor Perpaduan Kaum
      Bla bla bla
      ------------------------------------------------------------------------------
      Tapi, saya pun tak pasti. Cikgu kmi bagitau mcm tu. Tanya cikgu kmu for more information.

      Padam
    2. gambar hasil kajian tu bagi masuk kat dalam rencana jugak kerrr??

      Padam
  14. berapa perengan aspp

    BalasPadam
  15. boleh ke kite copy ayat kt website n then kite ubah ayat itu menjadi lain tetapi dengan maksud yang sama?

    BalasPadam
  16. blh beri contoh untuk perenggan pengenalan ? please .

    BalasPadam
  17. boleh ker buat tajuk: Langkah mewujudkan Perpaduan kaum

    BalasPadam
  18. Thank you very much !
    They are very helpful !!!

    BalasPadam
  19. nak tanya bolehkah saya menggunakan kes "operasi lalang" sebagai pengenalan untuk menerangkan isu perpaduan?

    BalasPadam
  20. saye penigla x tau camne nak buat tlg......

    BalasPadam
  21. apa fomat yang kita telah buat tu ?bagaimana kita nak buat ni ?saya lansung tak faham

    BalasPadam
  22. apa fomat dia yang kita telah buat ?

    BalasPadam
  23. klw nak masuk kn gambar ke dalam rencana sebagai bukti menjalan kn tugasan boleh x dan saya nak ambil sedikit isi-isi tu dari bahan dan kemudian ubah sedikit dari yang asal???

    BalasPadam
  24. Macam Mana Nak Tulis Rencana Itu

    Balas

    BalasPadam
  25. diam diam diam

    diam diam diam

    diam diam diam

    BalasPadam
  26. rencana ini guna maklumat yang saya cari untuk panjangkan ia atau sendiri fikir ??

    BalasPadam
  27. kalau faktor pengukuhan kaum tu buat gagasan 1 malaysia boleh x?

    BalasPadam
  28. cuba buat rencana kegemilangan melaka?

    BalasPadam
  29. Apakah contoh rencana yang bentuknya bukan ilmiah?

    BalasPadam
  30. Assalamualaikum cikgu..saya pelajar dari SMKA Tun Said,Kota Belud..Baru baru ini saya ada praktikal PT3 rencana sejarah iatu proses kemerdekaan tanah melayu..saya tak faham la napa malayan union x boleh dmasukkan dlm rencana tu..harap cikgu boleh membantu

    BalasPadam
  31. tak faham langsung nk bt proses awal.minta sila beri pencerahan yg sewajarnya agar para pelajar yg menduduki pt3 menggunakan web ni lebih fhm dan mengetahui ape yg patut dilakukuan

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78