Pengikut

Ahad, 29 Jun 2014

Tugasan Geografi PT3 2014: Konsep dan Takrifan Pencemaran Alam Sekitar

Assalamualaikum.



Calon dikehendaki menjalankan kajian kes tentang kejadian / isu pencemaran alam sekitar (air, udara, bau, tanih) yang berlaku di sekitar tempat tinggal / kawasan sekolah calon. 

Kajian tersebut hendaklah merangkumi perkara berikut: 

2.1 Konsep dan takrifan pencemaran alam sekitar yang dikaji. 

Hasil tugasan calon tidak kurang daripada 300 perkataan. 

2.1 Konsep dan Takrifan Pencemaran Alam Sekitar yang dikaji

  • Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) pencemaran bermaksud perbuatan mencemarkan (mengotorkan) kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap dan sebagainya.
  • Menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik,kimia,biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah,yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan,keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain,tumbuhan dan haiwan.
  • Holdgate, 1979 mendefinisikan pencemaran adalah aktiviti manusia kepada alam sekitar yang memberi impak kepada hidupan dan ekosistem.

Jenis-jenis Pencemaran Alam sekitar


a. Pencemaran Udara

Pencemaran udara ini berlaku apabila terdapat benda asing dalam kepekatan yang mengganggu atau membahayakan manusia ,tumbuh-tumbuhan, binatang dan harta benda. Benda asing ini adalah di dalam bentuk abuk, asap, kabus, wap dan gas (Karbon Monoksida, Nitrogen Oksida, Hidrokarbon, Ozon, Sulfur Oksida ,bau-bauan) ataupun apa-apa campuran bahan-bahan ini. Contohnya, gas-gas beracun, zarah-zarah yang terperangkap hasil dari asap kenderaan, jerebu dari kesan pembakaran secara terbuka dan sebagainya.



b . Pencemaran Air

Pencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku dari segi kandungan, keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan akan memberi kesan terhadap manusia apabila digunakan. Pencemaran ini berlaku sama ada dari segi biologi, kimia dan fizik. Bahan pencemaran boleh didapati dalam pelbagai bentuk iaitu gas,cecair dan pepejal.Pencemaran air boleh berlaku di mana-mana sahaja tempat berair.Oleh itu,pencemaran air merupakan pencemaran yang begitu meluas kerana didapati di seluruh dunia. Contohnya, pembuangan air kumbahan, sisa-sisa kimia, haba, pembuangan sampah dan sebagainya .



c . Pencemaran Tanah

Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan. Pencemaran ini disebabkan oleh bahan buangan sama ada berbentuk air atau pepejal. Bahan pencemar pula terdiri daripada pencemar organik,kimia atau fizik.



d. Pencemaran Bunyi

Pencemaran bunyi ialah bunyi bising yang keterlaluan sehingga menyakitkan telinga. Pencemaran bunyi biasanya melebihi 80 dB(A) dan pencemaran ini mengikut situasi dan keinginan masing-masing. Pencemaran ini boleh dibahagikan kepada empat bahagian, iaitu kebisingan selang-seli, kebisingan selenjar, kebisingan fluktuasi dan bunyi lantunan.


PERINGATAN: Segala bahan tugasan PT3 Geografi yang dikongsikan di blog ini bukan sebagai jawapan sebenar. Bahan ini sekadar sumber rujukan sahaja. Calon diingatkan supaya membaca dan memahami, kemudian mengolahnya sendiri mengikut kemahiran masing-masing. 

Sumber rujukan:
1. http://alamsekitar.my/pencemaran-makna-definisi-maksud/
2. http://pencemaranalamsekitar-sharizal.blogspot.com/2011/03/konsep-pencemaran-alam-sekitar.html



22 ulasan:

  1. macam masuk kelas biologi pulak...walaupun ini kelas bahasa melayu.

    BalasPadam
  2. err...terlepas pandang, tugasan Geografi rupanya...hehe. Tp tak pe cikgu, dulu saya dapat A sebab geografi minat. BM saja kurang...sebab tu salah baca ayat. (alasan)

    BalasPadam
  3. Mengapa x ada yang mengenai pencemaran bau?adakah pencemaran bau dan udara sama ?mempunyai hubung kait?

    BalasPadam
    Balasan
    1. pencemaran bau berkaitan sampah sarap ... kalau udara jerebu , rokok , asap kenderaan ... baik awak buat pencemaran udara ..

      Padam
  4. tq...akhirnye dpt jd kn bhn tuk pt3

    BalasPadam
  5. Balasan
    1. pencemaran bau susah sikit nak cari. Pencemaran udara senang sikit.

      Padam
  6. terima kasih :'))))))))))))))

    BalasPadam
  7. hem pencemaran bau x der ke ? myb susah nk cri sbb pencemaaran bau sme dengan pencemaran udara . so saya hrap ad maklumat ttg pencemaran bau :)

    BalasPadam
  8. really thanks a lot for helping !

    BalasPadam
  9. kena guna konsep dan takrifan pencemaran alam sekitar untuk pendahuluan kan? bukan guna konsep pencemaran udara untuk pendahuluan kan?

    BalasPadam
  10. Pencemaran bunyi tak pernah dengar pun

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78