Pengikut

Isnin, 2 Jun 2014

Kenangan Tidak Mungkin Berulang tetapi Mampu Dicipta

Assalamualaikum.

Setiap orang pasti mempunyai kenangan sendiri. Percaya atau tidak, kenangan tidak mungkin berulang tetapi mampu dicipta. Bagaimana kita menciptanya terpulang kepada kita sendiri kerana setiap orang melalui lorong dan denai kehidupan yang berbeza. 

Mei 2014 telah berlalu. Antara bulan-bulan yang tidaklah prolifik untuk saya menerbitkan entri disebabkan kekangan-kekangan semasa.  Bagaimanapun, saya harus meluahkan rasa keberuntungan kerana masih ada yang sudi bertandang di teratak Tetamu Istimewa

Ada kala, lambat atau jarang sekali saya berkunjung balas. Sesiapa pun jua, pasti berasakan sedikit ralat dan kecewa kerana kunjungannya tidak berbalas. Oleh itu, saya mohon berbanyak maaf atas kekurangan saya ini. 

Saya ingin mengumumkan Top 10 Komentator Tetamu Istimewa pada bulan Mei 2014.


Alhamdulillah, Followers Tetamu Istimewa juga sudah mencecah 1000 orang


Terima kasih kepada yang sudi mengikuti blog yang tidak seadanya ini. Moga perkongsian melalui entri yang diterbitkan di sini bermanfaat untuk semua. 

Oleh itu,sesiapa pun pasti mengimpikan kenangan lalu yang manis berulang kembali. Namun, mampukah kenangan itu berulang dalam suasana dan peristiwa yang sama? Tanpa memikirkan apa yang telah berlaku, ayuh kita cipta kenangan baharu yang lebih indah untuk nikmati.



11 ulasan:

  1. Tahniah...waktu saya komen ni sudah 1001 orang. ;) Teruskan berkarya.

    BalasPadam
  2. Salam Cikgu Helmi. Selamat bercuti....
    Semoga ikatan ukhwah kita tetap kekal terjalin. :)

    BalasPadam
  3. peristiwa yg terjadi pasti ada cerita suka dan dukanya..

    sekalung penghargaan buat mereka jejari rajin komen..:)

    BalasPadam
  4. Wahh... 1000 banyak nyer... :D Tahniah Helmi...

    BalasPadam
  5. tahniah buat helmi..kathy bila nak sampai seribu pun tak tahu..hehehehe..

    BalasPadam
  6. cam lagu samsoon pula, kenangan terindah =)

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah.. tahniah cikgu Helmi. Mmg dlm beberapa minggu ni, ramai yg saya dapati kurang dpt berblogging spt biasa akibat kesibukan masing2 di luar.. Semoga cikgu Helmi terus berjaya.. aamiin.. :)

    BalasPadam
  8. Semua ini atas usaha keras cikgu.. Tahniah untuk segala-galanya. Banyak perkongsian bermanfaat dan berguna buat masyarakat yang setia mengunjungi blog ini. :)

    Insyaallah, saya akan terus setia mengunjungi blog ini. Mencari-cari bahan untuk dibaca. :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78