Assalamualaikum semua dan selamat pagi.
Selamat berhujung minggu.
Seminggu dua ini saya perhatikan senario keprihatinan yang melanda masyarakat Melayu khasnya semakin parah. Saya kurang enak menghadam cerita yang sengaja dikontroversikan untuk apa-apa tujuan sekalipun.
Masalah rumah tangga yang pada dulunya adalah menjadi kerahsiaan antara pasangan suami isteri, tetapi tidak kini. Seolah-olah masyarakat kita turut diheret untuk memikirkannya bersama.
Kita menjadi pemikir yang tak bertauliah. Mengapa soal itu dan soal ini yang tidak bersangkutan dengan kita harus disebarluaskan menerusi media massa dan media cetak? Tidakkah kita fikir itu bukan sahaja akan menjatuhkan maruah mana-mana pihak?
Berbanggakah kita apabila orang mengatakan bahawa masyarakat Melayu, masyarakat yang sangat prihatin atapun sering jaga tepi kain orang? Saya bukanlah anti kepada aktor itu aktor ini, individu itu individu ini, sebaliknya mengapa kita tidak tonjolkan keistimewaannya ataupun ketabahannya ataupun perjuangannya dalam sesuatu bidang untuk mencapai kejayaan. Bukankah itu lebih manis untuk ditatap tidak kira golongan apa-apapun.
Nota: Bebelan ini sekadar untuk sama-sama kita berfikir. Tidak berniat untuk mempengaruhi sesiapa dan menjatuhkan sesiapapun.
betul tu...
BalasPadamBetul juga...
Padammasalah bila yg aib sentiasa dipandang, yang org buat baik tak pulak di ambil tahu..
BalasPadamSangat terpesong pegangan ini kan.
Padamsangat- sangat dan sangat setuju dgn entri ini..:) pilihan ditangn kita samada nak kongsi hal2 yg baik @ sebar luaskn aib org yg kita sendiri tidak pasti kesahihannya..
BalasPadamPilihlah yang baik lagi mulia.
Padamsetuju sekali dengan uraiannya pak
BalasPadamMengambil tahu hal orang lain berpada-padalah.. Jangan sampai kita mengaibkan mereka.. Tapi sebenarnya bila berlaku sesuatu kepada orang lain, ada yang ambil kesempatan dengan menokok tambah cerita sehinggakan cerita yang hanya biasa-biasa sudah jadi luar biasa... Mungkin orang yang ambil kesempatan itu berhasad dengki.. PHD yang tinggi tak boleh tengok orang lain hidup senang dan tenang.. Semoga kita semua terlindung dari perasaan ini..InsyaAllah..
BalasPadamPHD tidak harus bertandang dalam diri kita.
PadamSinggh pagi en helmi..betul dan sya setuju..sangt tak elok menyebarkan aib org lain
BalasPadamYang dilarang dan lagi tercela jangan kita dekati dan amalkan.
Padamdosa dengan Allah, kta boleh mintak ampun dengan Allah. dosa dengan manusia, mengaib dan menyebarkan..selalu kita lupa. mudah2an kita tak muflis di padang mahsyar. bukan saja pahala kita kita berikan pada mereka yang kita aibkan, kita umpat tapi dosa mereka pula yang kita tanggung kalau pahala kita tak cukup pulak. naudzubillah..
BalasPadamKalau dosa dengan manusia, perlu kta selesaikan di dunia ini juga.
Padambetul tu helmi.. tak elok kita membuka keaiban orang lain.. kadang kala kita tak pasti pun kesahihan berita tu..
BalasPadamApabila dah jadi tak sahih akan timbul fitnah pula.
Padambetul betul. huhu
BalasPadamJagalah aib kita.
PadamDalam media berlaku platform 'bad news is good news'. Dari sini kita akan paham siapa sebenarnya yang diuntungkan?
BalasPadamSalam hangat dari Indonesia.
Mencari keuntungan dengan pemperdagangkan keburukan orang sangat tidak mulia kan.
PadamTerima kasih.
betul tu...tak perlulah kita terlalu mengambil tahu segala rahsia orang lain...terutamanya yang melibatkan maruah orang...
BalasPadamSaya pun kadang-kadang hairan juga dengan masyarakat kita. Yang itulah yang nak diselidik.
PadamKita selalu terlupa cikgu, bila kita pelihara aib orang Allah pasti akan memlihara aib kita. Dan kita juga lupa kita kelihatan baik keran Allah pelihra aib kita, kalau di buka pasti tiada lagi kebaikan yang tinggal..
BalasPadamSeharusnya begitulah. Jadi, sama-samalah kita pelihara aib kita.
Padamsebenarnya, secara tak langsung..orang yg ceritakan aib orang tu yang membuka aib dirinya sendiri..
BalasPadamYa, betul tu.
PadamSetuju dgn entri ni.. mmg betul. Membuka aib sama juga spt menjatuhkan maruah sesaorang.. tiada manusia yg sempurna di dunia ini. Seharusnya kita sama2 berpesan2 utk kebaikan kita bersama.. Salam Sabtu :)
BalasPadamKita perlu tahu, kalau kita cerita keburukan orang, Allah akan dedahkan dua kali ganda keburukan kita.
Padamsalam semua
BalasPadamsaya dri indonesia
komentar perdana :)
Terima kasih saudara Zacky. Salam dari Malaysia.
Padamitu salah satu bad effect dari media dan infotainment. -_-
BalasPadamsalam kenal dari Aceh :)
Salam dari Malaysia.
Padamentri y menarik..hakikat y tidak dpt disangkalkan..
BalasPadamHakikat ini tidak elok dibiarkan kekal. Perlu diubah.
Padamsalam singgah, jom berkunjung ke blog saya
BalasPadamsaya sudah follow blog Tetamu Istimewa,
follback please..
salam dari Indonesia
Terima kasih Penghuni 60. Ya, saka dah pun ke sana. Salam dari Malaysia.
PadamAib jika di bincang dlm satu penyelesaian tak apa.. tapi bila niat untuk memburuk2 kan itu yg jadi masalah.. suatu hakikat pada orang2 di malaysia..
BalasPadamHindarlah untuk terus memburuk-burukkan orang lain. Kerana perbuatan itu di murkai Allah SWT.
PadamMenjadi public figure bukan senang. Serapat mana pun mereka menutup kisah mereka semakin laju pengossip2 media cuba mengorek... kadang2 terfikir perlukah membuka aib seseorang?
BalasPadamItulah yang perlu diubah. Kalau boleh biarlah cerita yang baik ditonjolkan.
Padamzaman sekarng jaga tepi akin orang lebih dasyat..sampai satu alam maya tau..hu3
BalasPadamNauzubillah, kan moga kita janganlah begitu.
Padammama setuju, cerita hal hal peribadi mama rasa tak perlu lah kita nak selongkar sana sini, takut-takut kain sendiri terselak nanti..
BalasPadamItulah yang selalu nak diselak oleh orang kita.
Padamternyata di malaysia tidak jauh berbeda dengan di indonesia.. di indonesia pun begitu .. hehehehe
BalasPadamNampaknya masalah ini berlaku seputar rumpun nusantara.
Padammuhasabah diri...
BalasPadamPerlu sentiasa muhasabah diri.
PadamSetuju sangat2...jangan kita menumpang sama menjaja aib tu..
BalasPadamKalau ini terus berlaku, pasti akan menambahkan dosa.
Padambetul tu, sebaiknya yang baik dijadikan tauladan yg buruk tu buat sempadan. Aib org jangan terus dibuka. Tak perlu artis, sesama kita pun kita kena jaga kan. terima kasih cikgu sbb mengingatkan
BalasPadamYa, betul tu. Sesama kita juga perlu dijaga.
Padamsetuju...
BalasPadamSetuju...
PadamOh, salam blogging dari Malaysia. Terima kasih.
BalasPadam