Pengikut

Khamis, 3 Oktober 2013

Panduan Temuduga Menjadi Guru

Assalamualaikum semua dan selamat pagi.


kredit gambar dari pensil-tekan.blogspot.com


Pernahkah kalian menghadiri temuduga kerja? Saya pasti ramai yang akan mengatakan ya.

Namun begitu, percayakah kalian bahawa saya tidak pernah menghadiri sesi temuduga sama ada untuk melanjutkan pelajaran ataupun menjawat sebarang pekerjaan. 

Satu-satunya temuduga yang saya pernah hadiri adalah temuduga menjadi guru. Alhamdulillah, sekali temuduga sahaja, lulus.


Entri ini bukan hendak menyebarkan riak atau sewaktu dengannya, sebaliknya saya ingin berkongsi pengalaman tersebut. 

Ketahuilah calon guru sekalian, bahawa untuk menjawat jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) perlulah melalui dua (2) sesi temuduga. Sesi pertama yang mana calon akan melaluinya setelah lulus ujian bertulis. 

Dalam sesi pertama ini calon akan ditemuduga dalam dua situasi iaitu individu dan kumpulan. Sewaktu sesi temuduga ini calon hendaklah mengetahui beberapa aspek yang perlu dititikberatkan. Antaranya seperti berikut:

1. Menggunakan bahasa yang betul.
Calon haruslah menggunakan bahasa yang betul dan mudah difahami. Lihat situasi yang sesuai. Sekiranya calon menghadiri temuduga untuk guru bahasa Inggeris sudah pastilah bahasa Inggeris menjadi keutamaan dan sebaliknya gunakan bahasa Melayu jika calon menghadiri temuduga guru bahasa Melayu. Pernah kawan saya ditegur oleh penemuduga, "itu bahasa mat rempit". Sewaktu itu kawan saya menggunakan dialog, "diaorang" sepatutnya "mereka". 

2. Menunjukkan ketrampilan dan keyakinan dalam menyampaikan hujah atau pandangan atau menjawab soalan.
Calon haruslah yakin dan bersedia dengan sebarang soalan yang diajukan. Oleh itu, calon perlulah membuat persiapan awal sebelum menghadiri temuduga. Isu-isu tentang pendidikan, dasar dan isu semasa haruslah difahami dengan baik. Kemukakan fakta yang betul dan bukannya auta yang direka-reka sendiri. Penemuduga boleh mengesan sama ada calon menguasai tajuk ataupun tidak melalui isi dan huraian yang dikemukakan. 

3. Jadilah calon pertama yang memulakan sesi pembentangan.
Sewaktu sesi kumpulan, calon akan diberikan tajuk untuk dibincangkan. Sebolehnya, selepas penemuduga melepaskan calon untuk memulakan sesi kumpulan itu, jadilah calon pertama yang memulakan sesi pembentangan. Hal ini memberi kelebihan kepada calon untuk mengemukankan hujah yang terbaik sebelum dibentangkan oleh calon lain. Itulah yang saya lakukan. Sampaikan, penemuduga itu memberi peluang kepada saya untuk membuat kesimpulan hasil daripada perbincangan tersebut. 

4. Beradab dan bijak mengawal situasi.
Harus diingat, sewaktu sesi kumpulan itu, calon haruslah bijak menghidupkan sesi pembentangan. Sesi pembentangan haruslah berjalan dalam keadaan terkawal, bukannya seperti perdebatan yang melampaui batas. Ada juga pembentangan yang kaku akibat calon yang terlalu pasif. Jangan gelojoh dan nampak seperti calon cuba mengawal sesi pembentangan, atau dalam kata mudah tamak. Seharusnya, berilah peluang kepada rakan-rakan untuk menyampaikan hujah. Sekiranya ada celahan, pilihlah masa yang sesuai dan secara beradab mengemukan pandangan. 

5. Mengenakan pakaian yang sesuai sebagai guru.
Calon yang menghadiri temuduga guru haruslah kemas dan bersih dalam berpakaian. Sewaktu temuduga selalunya baju putih atau baju berwarna cerah menjadi pilihan. Bagi lelaki haruslah memakai tali leher. Rambut pendek dan bersikat. Ada juga calon yang memakai kod.

6. Kemukakan kelebihan dan kebolehan calon.
Sewaktu saya menghadiri temuduga dulu, saya ada melampirkan salinan karya saya yang pernah tersiar di media. Kemudian, apabila dilihat oleh penemuduga, beliau meminta saya mendeklamasikan sajak di hadapan mereka. Oh, itulah kali pertama saya mendeklamasikan sajak di depan orang lain! Selain itu, saya juga diminta mencipta satu pantun penutup sesi temuduga individu tersebut. Nampaknya, calon yang menghadiri temuduga guru bahasa Melayu, haruslah bersiap sedia dengan kemahiran seperti berpantun, bersyair dan seumpamanya. 

Selepas temuduga ini, barulah calon layak untuk mengikuti kursus perguruan di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). 

Sesi temuduga yang kedua pula sewaktu perlantikan sebagai PPPS dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan  (SPP). Temuduga ini juga penting. Sekiranya calon tidak lepas temuduga ini calon tidak akan dilantik menjadi seorang guru.



49 ulasan:

  1. perkongsian yg bagus ni =) adik saya boleh guna..rasanya temuduga ni tak jauh beza pun dari temuduga jawatan lain..semua orang boleh buat panduan..terima kasih kongsi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama Fais. Kalau begitu, bolehlah terangkan apa-apa yang patut kepadanya.

      Padam
  2. Perkongsian kali ni bukan sahaja boleh digunakan untuk temuduga guru tetapi praktikal juga bagi jawatan-jawatan lain. Sesiapa yang bakal menghadiri temuduga mesti bersedia terlebih dahulu dari segi mental dan fizikal. Dari segi pemakaian juga penting sebab kekemasan perlu diutamakan.

    Perkongsian yang sangat bermanfaat :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Semua aspek akan dinilai. Jadi, bersedialah.

      Padam
  3. Assalamu'alaikum Cikgu Helmi.... ^^

    Bagus perkongsian cikgu tentang temuduga sebagai seorang guru....memang tak dapat dinafikan tugas sebagai seorang guru ini adalah paling mulia kerana mendidik anak bangsa....tapi ada juga yang memilih profession guru sebagai 'last choice' mereka kerana gagal untuk menjawat jawatan yang diinginkan.......tidak semua cuma minoriti sahaja....Ummi juga senang sebagai seorang guru....... tq for sharing cikgu.. ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam Ummi.

      Ya, setuju tugas guru semakin hari semakin berat. Moga perjuangan kita diberkati dan dirahmati oleh-Nya.

      Padam
  4. entri yang bagus untuk panduan semua :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. Moga perkongsian saya ini memberi pencerahan kepada calon.

      Padam
  5. entri yang bagus.. terima kasih cikgu di atas perkongsian tajuk ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa-apa yang bermanfaat akan saya kongsikan. Itu sekadar pengalaman saja.

      Padam
  6. Setuju dgn faiz, mana2 temuduga semuanya sama. Sebelum melanjutkan pelajaran ida pernah bekerja di insitutusi kewangan, juga melalui proses yg sama cuma kita boleh pilih bahasa melayu atau bahasa inggeris ketika sessi temuduga. Ida lebih senang dgn bahasa inggeris kerana sukar utk menguasai bahasa melayu standart yg cikgu terangkan di atas. Sbb tu skrg ida suka berkunjung ke blog cikgu, miss aiza, mama as blog dan mana2 blog yg menulis menggunakan bahasa melayu standart.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, terima kasih. Seimbangkanlah penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

      Padam
  7. Hurm saya agak ssh juga nak control bahasa pasar nih kekadang hu2

    BalasPadam
  8. Menjadi pendidik bukan satu kerja yg mudah.. bagus maklumat ini, boleh dikongsikan bersama saudara & kenalan yg menjurus kearah yg sama spt cikgu Helmi. Semoga kehidupan bertambah berkat ye.. amin. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Tuan Khir. Alangkah lebih baik maklumat dan panduan ini dapat dipanjangkan kepada sesiapapun. Moga bermanfaat.

      Padam
  9. bagus perkongsian tips ni helmi..

    BalasPadam
  10. entry yang bagus..aku pun tatau nak temuduga jadi guru ade rupanya...hehe..walaupun macam sama dengan swasta tapi sebenarnya ade sedikit perbezaan..hehe

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada kriteria yang membezakan setiap temuduga yang dijalankan. Bergantung pada profesion pekerjaan itu.

      Padam
  11. apa salahnya mat rempit nak jadi guru? kira ada vision... kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini dua sudut yang berbeza. Tidak salah mat rempit mempunyai cita-cita yang tinggi. Sebaliknya, pamerkan watak dan peribadi yang boleh dicontohi.

      Padam
  12. Panduan yang bermanafaat buat bakal2 guru. Akak kerja swasta bukan sekli dua gi interview dan berkali2 tapi harap lepas ni tak ada lagilah perlu pergi interview.

    BalasPadam
  13. Panduan yang berguna untuk semua yg ingin pergi temuduga...
    Satu lagi...kena tahu dan dapatkan serba sedikit info ttg pekerjaan yg anda pohon.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sudah semestinya BM. Kalau tidak, awal-awal lagi dah ditolak.

      Padam
  14. terima kasih sudi berkongsi...

    BalasPadam
  15. Bagus entry ni.. Amat berguna buat bakal -bakal calon yang akan menghadiri temuduga :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harapan saya juga begitu. Moga perkongsian kecil ini memberi pencerahan kepada calon semua.

      Padam
  16. terima kasih . bagus lah tapi susah juga nak lepas kan ni.

    BalasPadam
  17. bagus . cukup susah juga nak lepas jadi cikgu ni

    BalasPadam
  18. salam sejahtera cikgu. 14 mei ni saya akan menghadiri temuduga calon guru. berdasarkan surt twaran yang saya terima, sesi temuduga yang dnyatakan adalh secra berkumpulan. manakla sesi temuduga scara individu tdk dnyatakan. adakh ini bermksud, sesi tmuduga yg diadakn hnya 1 iaitu secara brkmpuln.?. mohon bantuan dri cikgu. terima kasih.. :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam sejahtera. Sebelum tu saya nak ucapkan tahniah.

      Jika begitu, barangkali secara berkumpulan sahajalah. Mungkin juga, secara berkumpulan tetapi disoalnya secara individu.

      Walau apapun, bersedialah. Semoga berjaya.

      P/S: Boleh saya tahu, ada atau tidak disertakan sekali helaian peryataan hasrat untuk diisi?

      Padam
    2. trima kasih cikgu. emm x adalh borng pernyataan hasrt tu cikgu. yg ada cuma SURAT PERAKUAN CALON, dn BORANG MKLUMT DRI sahaja. apapun trima kasih ckgu. :-) informasi ckgu sngt mmbntu.

      Padam
  19. salam. perlu ke bawa sijil sijil koko dan perlu ke setiap salinan dicop oleh sekolah?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78