Assalamualaikum semua. Selamat pagi.
Pada 5 Oktober 2013 lalu, sempena Majlis Penyampaian Hadiah Sayembara Anis/Asuh telah diadakan satu Forum: Menjengah Kecantikan Hakiki. Dalam forum ini telah dibincangkan tentang kecantikan hakiki dan kecantikan yang sering didambakan oleh kebanyakan golongan perempuan.
Apakah yang dikatakan kecantikan hakiki? Dan, bagi kalian kecantikan bagaimanakah yang diidamkan?
Menurut kata ahli panel, Ustaz Dato' Zawawi, kecantikan hakiki adalah kecantikan pada akal, hati dan nafsu. Akal yang cerdik, hati yang baik, nafsu yang terdidik adalah antara kriteria kecantikan hakiki.
Menurut ahli panel Puan Noor Laila pula, lelaki atau suami harus merendahkan pandangan terhadap perempuan yang haram ataupun bukan muhrimnya. Lelaki dianugerahkan satu nafsu yang harus didikdik dan dikawal sebaiknya. Sekiranya nafsu sudah menguasai akal, dan hati pasti sesuatu yang dahsyat boleh berlaku.
Apabila ditanya apakah perempuan atau isteri yang terlalu obses terhadap kecantikan atau dengan kata mudah mahu kelihatan cantik? Ada antara mereka ini sanggup mengubah fitrah kejadian dengan melakukan pembedahan.
Dalam konteks obses ini ada kala permintaan itu datangnya daripada suami dan keduanya, isteri itu sendiri yang mahu kelihatan cantik sama ada untuk kepuasan diri sendiri ataupun untuk memikat suami. Seharusnya, kedua-dua pihak harus berbincang untuk memahami kecantikan bagaimana yang harus dipamerkan untuk memenuhi kemahuan masing-masing.
Pernahkah kalian bangun pagi lalu melihat cermin? Apakah perkataan pertama yang terbit daripada mulut?Cantik? Hodoh? Kedut? Jerawat? dan sebagainya.
Sekali kita berkata diri kita hodoh. kedut, jerawat, cantik? kita seolah-olah mendoakan perkara itu berlaku. Oleh itu setiap kali melihat cermin bacalah doa dan mendoakan diri kita seperti apa-apa yang diingini.
Kecantikan sangat subjektif untuk ditakrifkan. Tidak semestinya orang itu melihat diri kita tidak cantik, orang lain juga begitu. Oleh itu, kecantikan hakiki yang perlu dilihat dan dijaga ialah kecerdikan akal, hati yang baik dan nafsu yang terurus.
amin...berfikiran postif
BalasPadamPenerangan yang baik =) suka pendapat ustaz Zawawi tu..janganlah mengejar sangat kecantikan luaran sampai terabai kecantikan dalaman. sama-sama muhasabah diri..Inshaa'Allah bangun pagi dan tengok cermin kena banyak puji diri sendirilah lepas ni hehe..
BalasPadamSetuju. Kecantikan dalaman yang terjaga pastinya menerbitkan cahaya kecantikan pada luarannya.
PadamSetuju kakak dgn kata melihat cermin cemuh diri sendiri. Kena bersyukur sebab sempurna dah pun berbanding mereka yg kurang bernasib baik.
BalasPadamMoga cantik dalaman dan cantik luaran...In Shaa Allah
BalasPadambiar cantik dalaman,luaran tak cantik pun takpe,janji kemas dan tak selekeh...hihi
BalasPadamKecantikan dalaman itu lebih penting daripada kecantikan luaran. Apa-apa pun sebenarnya berbalik kepada fitrah, bila kita bersyukur dengan apa yang Allah beri, kita takkan terniat pun nak ubah apa-apa pada wajah kita contohnya seperti melakukan pembedahan dan sebagainya.
BalasPadamMengubah ciptaan Allah swt tu pun haram kan? Kecuali atas sebab-sebab tertentu yang dibolehkan (tahu setakat apa yang saya belajar dalam syariah islamiah).
Semoga kita bersyukur dengan ciptaan Allah swt. Dalam dunia ni semua Allah cipta elok, cantik, sempurna, manusia kan sebaik-baik kejadian :)
Setiap hari, kali pertama kali tengok cermin mesti hati berkata..."dah tua dah aku ni..."
BalasPadamBila tak lihat cermin...huh! lupa diri..hehe
p/s; artikel permintaan telah di publish. Jgn menaruh harapan tinggi sangat ye...maklumlah, masih cetek ilmu.
perbaiki hati dan hubungan dengan Allah, cantik di hati maka kecantikannya akan juga terpancar pada zahir.
BalasPadamassalam, bunda suka dengar ceramah ust zawawi, biasanya dalam tv...santai, berjenaka tapi penuh mesej berguna..
BalasPadamSetuju sangat dengan ayat cermin tuh. Kadang-kadang kita tak tengok cermin boleh lupa diri kejap. Kihkih. Apepun Ustaz Zawawi memang terbaik!
BalasPadambetul tu helmi... kecantikan dalaman paling penting.. kalau tengok cermin mesti la akan puji diri sendiri cantik.. hehe..
BalasPadammemang best ustaz zawawi ni..
BalasPadamceramah dari beliau tak membosankan,.. :) satu perkongsian yang menarik..
BalasPadamyaya pun sukakan ceramah ustaz zawawi ni.. byk yg tersirat cuba disampaikan..
BalasPadamPerkongsian yg sgt baik.. mmg benar, klu dalamannya cantik, in shaa Allah, luarannya akan cantik juga. T kasih
BalasPadam