Assalamualaikum.
Seminggu ini pelbagai kejadian yang menimpa rakyat Malaysia. Pertamanya dengan program catuan air, kemudian diikuti pula dengan misteri kehilangan pesawat MH370. Semua ini memberi tamparan hebat buat kita semua untuk lebih bersabar dengan ujian yang diturunkan ini.
Misteri kehilangan MH370
MH370 yang membuat penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dikatakan tidak dapat dikesan selepas membuat penerbangan pada pukul 12.41 pagi. Pesawat ini dijangka tiba pada pukul 6.30 pagi.
Bagaimanapun, sekitar 2.40 pagi, tiada isyarat yang dapat dikesan setelah kali terakhir pesawat ini dikesan pada kedudukan longitud 065515 utara dan latitud 1033443 timur. Menurut kerajaan Vietnam, pesawat MH370 dikhuatiri hilang di kedudukan 225 kolometer dari Barat Daya Wilayah Ca Mau, Selatan Vietnam.
Bagaimanapun, sekitar 2.40 pagi, tiada isyarat yang dapat dikesan setelah kali terakhir pesawat ini dikesan pada kedudukan longitud 065515 utara dan latitud 1033443 timur. Menurut kerajaan Vietnam, pesawat MH370 dikhuatiri hilang di kedudukan 225 kolometer dari Barat Daya Wilayah Ca Mau, Selatan Vietnam.
Senarai penumpang dan negara yang terlibat
Posisi terakhir penerbangan MAS MH370 |
Pesawat MH370 berkapasiti 282 penumpang (35) kelas perniagaan dan (247) kelas ekonomi yang mula beroperasi sejak 2002 ini telah membawa 239 penumpang yang terdiri daripada pelbagai negara.
Penumpang warganegara lain yang berada di dalam pesawat ialah China (152 termasuk seorang bayi), Indonesia (7), Australia (7), India (5), Perancis (4), Amerika Syarikat (3 termasuk seorang bayi) , New Zealand (2), Ukraine (2), Kanada (2), Rusia (1), Itali (1), Taiwan (1), Belanda (1) dan Austria (1).
Penumpang warganegara lain yang berada di dalam pesawat ialah China (152 termasuk seorang bayi), Indonesia (7), Australia (7), India (5), Perancis (4), Amerika Syarikat (3 termasuk seorang bayi) , New Zealand (2), Ukraine (2), Kanada (2), Rusia (1), Itali (1), Taiwan (1), Belanda (1) dan Austria (1).
Pesawat dan juruterbang MAS MH370
- Pesawat Malaysia Airlines dalam perjalanan ke Beijing yang hilang semalam dipandu oleh Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53
- Zaharie menyertai MAS pada 1981 dan mempunyai pengalaman terbang 18, 365 jam.
- Pembantu juruterbang penerbangan MH370 ialah Fariq Ab. Hamid, 27.
- Farid berpengalaman terbang, 2,763 jam dan menyertai MAS pada tahun 2007.
- Pesawat Boeing 777-200 yang hilang itu berusia 11 tahun 10 bulan.
- Paling selamat dalam kategori pesawat.
- Membawa 227 penumpang, dua daripadanya bayi dan 12 krew penerbangan. Kesemuanya 239 orang.
Ramai yang beranggapan bahawa pesawat MH370 ini sudah terhempas. Hal ini demikian kerana bekalan minyak pesawat ini hanya boleh bertahan hingga 8.15 pagi. Menurut Pengarah Operasi Penerbangan Jabbatan Penerbangan Awam (DCA), Kapten Datuk Yahaya Abd. Rahman, jika mengikut bekalan minyak, pesawat itu mampu terbang selama tujuh jam tanpa henti tetapi sekarang sudah terlebih kerana sepatutnya kehabisan minyak pada pukul 8.15 pagi ini.
Kali terakhir tragedi yang melibatkan pesawat MAS ialah pada tahun 2013 (10 Oktober). Pesawat MAsWings jenis Twin Otter membawa 16 penumpang termasuk juruterbang terhempas di Kudat, Sabah menyebabkan tiga tercedera apabila ia tergelincir dari landasan dan merempuh sebuah rumah.
Penumpang misteri dalam pesawat satu pembongkaran rahsia
Bagaimana MAS terlepas pandang apabila dua penumpang misteri dalam pesawatnya adalah pemakai memakai pasport curi. Segala-galanya terbongkar apabila MAS mengeluarkan senarai nama penumpang yang hilang. Dua penumpang itu dikatakan warga Itali dan Austria.
Pasport curi yang digunakan penumpang MH370 -Gambar hiasan |
Menurut Kementerian Luar Itali, warganya Luigi Maraldi, 37 yang disenaraikan sebagai penumpang MH370 seperti dikeluarkan oleh MAS, tidak berada di dalam pesawat berkenaan. Maraldi dilaporkan kehilangan pasportnya di Thailand, Ogos tahun lalu.
Sementera itu, jurucakap Kementerian Luar Austria di Vienna berkata, penumpang negaranya Christian Kozel, 30 yang turut dilaporkan hilang dalam pesawat MH370 sebenarnya tidak berada di dalam penerbangan dan polis mengesahkan dia berada di rumahnya. Pasport Kozel juga dilaporkan dicuri dua tahun lalu ketika dia melawat Thailand.
Walau apapun yang berlaku, sama-samalah kita mendoakan semua penumpang yang berada dalam pesawat MH370 selamat. Paling penting, janganlah kita membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan proses siasatan dan pencarian pesawat MH370 bersama-sama penumpangnya. Jika Allah SWT berkehendakan sesuatu, walau tidak terduga oleh kita segala-galanya mungkin terjadi. Moga doa kita semua dimakbulkan Allah SWT, pesawat MH370 dan penumpangnya ditemui selamat.
Rujukan:
Berita Minggu, 9 Mac 2014
Mingguan Malaysia, 9 Mac 2014
Entri Lain yang Berkaitan:
1. Penemuan Perakam dan Penyimpan Data (kotak Hitam) Bakal Menjawab Misteri Kehilangan MH70
2. Puisi MH370: Harapan dalam Doa Dhuha
3. Gambar 12 Krew Terlibat Misteri Kehilangan MH370
4. Perkembangan Terkini Hari Ketiga Misteri Kehilangan MH370
Astaga , semoga mereka semua selamat hendakNya di atas izin Allah . Sedihnyaaa :'(
BalasPadamAssalamualaikum dan salam singgah sini...sama2lah kita berdoa semoga semua penumpang dan anak kapal pesawat Mas MH370 terselamat dan usaha mencari dipermudahkan olehNya..
BalasPadammacam2 cerita juga di whatsapp. hendaknya kita semak dan teliti kesahihan sesuatu berita yg kita terima. of course, dari sumber yg sah
BalasPadamJadi Maka Jadilah...apa pun agar bersabar terhadap keluarga yang terlibat. Tragedi mengingatkan kepada kita tentang kematian. Di mana-mana pun kematian tetap menanti dan menunggu kita. Di tempat tinggi kah, di dasar lautan kah, di pinggir desa kah dan di mana-mana sahaja, mati pasti mengintai-intai.
BalasPadamdoakan semoga semuanya selamat..
BalasPadamsama2 kita pray untk dpt kan berita yg baik semuanya selamat
PadamSinggah sini... harap ade berita baik..
BalasPadamBerdoa & terus bdoa.
BalasPadamDoa agar dipermudahkan segala urusan..
BalasPadamsemoga semuanya selamat sahaja...amin
BalasPadambanyak persoalan yang belum ada jawapannya
BalasPadamsemoga dipermudahkan urusan pencarian
simpati buat keluarga yang terlibat
Ya Allah kau berikanlah kami panduan dan petunjuk apa kah yg berlaku disebalik kejadian MH370 ini. Kerana kau lebih mengetahui segalanya. Jika ia ada dilautan kau timbulkan lah..jika ia jauh kau dekatkan lah dan jika ia didaratan kau tunjukanlah.....amin ya ALLAH...tiada daya dan tiada upaya melainkan dengan izinmu....
BalasPadamSehingga kini, siasatan masih lagi dijalankan atas semua perkara.. mudah2an dipermudahkan segalanya..
BalasPadamMengapa patah balik?
BalasPadamSiapa dua penumpang misteri?
Minyak tertumpah di vietnam tapi radar kata kapal terbang berpatah balik?
HANYA ALLAH YANG TAHU...
TOLONGLAH KAMI YA ALLAH....
KASIHANILAH KELUARGA MANGSA
Siapa penumpang misteri
BalasPadamKenapa berpatah balik
Minyak jumpa di vietnam
HANYA ALLAH YANG TAHU
Semoga segala misteri dapat dirungkai... Hanya berdoa yang terbaik.
BalasPadamSemoga Allah memberi petunjukNya dengan memudahkan usaha mengesan dan kerja-kerja menyelamat. Kerajaan Malaysia diyakini mampu melakukan yang terbaik dalam usaha ini
BalasPadamSemoga Allah memberi petunjukNya dengan memudahkan usaha mengesan dan kerja-kerja menyelamat. Kerajaan Malaysia diyakini mampu melakukan yang terbaik dalam usaha ini
BalasPadamsmoga segalanya selamat.
BalasPadamAssalamualaikum...moga dpt ditemui dngan segera...
BalasPadamRedha dengan ketentuan Ilahi.
BalasPadamharap yang terbaik..
BalasPadamBERDOALAH.......agar mereka semua selamat.
BalasPadam