Assalamualaikum.
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah pun memasuki Tahun 4 di sekolah rendah sekarang ini. Walaupun PBS ditangguhkan seketika, namun guru dan murid harus meneruskan pembelajaran dan pengajaran (PdP). Oleh itu, di sini saya kongsikan Tema yang dipelajari oleh murid Tahun 4 dalam Bahasa Malaysia.
1. Kekeluargaan
4. Keselamatan
4. Perpaduan
5. Kebudayaan, Kesenian dan Estetika
6. Jati Diri, Patriotisme dan Kewarganegaraan
7. Sains, Teknologi dan Inovasi
8. Alam Sekitar dan Teknologi Hijau
9. Pertanian dan Penternakan
10. Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan
Untuk entri kali ini dan beberapa entri akan datang saya akan berkongsi tentang Rancangan Pelajaran Harian (RPH) Bahasa Malaysia Tahun 4 KSSR mengikut tema yang disenaraikan di atas. Contoh RPH ini diperoleh hasil daripada kursus yang dihadiri oleh guru di sekolah saya pada tahun lepas.
Tema Keselamatan - Banjir |
CONTOH RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
BAHASA MALAYSIA TAHUN 4 KSSR
TEMA: KESELAMATAN
TEMA
|
KESELAMATAN
|
TAHUN
|
4
Wawasan
|
TAJUK
|
Banjir
|
MASA
|
8.30
pagi – 9.30pagi (1 jam)
|
STANDARD
PEMBELAJARAN
|
2.3.2 Membaca pelbagai bahan yang mengandungi ayat
tunggal dan ayat
majmuk berbilang subjek secara
mekanis dengan lancar, sebutan yang
jelas dan intonasi yang betul.
3.2.7 Menulis ayat majmuk secara mekanis
dalam bentuk tulisan berangkai
dengan betul dan kemas.
|
OBJEKTIF
|
Pada akhir pengajaran, murid dapat :
i. Membaca
pelbagai bahan yang mengandungi pelbagai jenis ayat tunggal dan ayat majmuk secara
mekanis dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
ii. Menulis ayat
majmuk secara mekanis dalam bentuk tulisan berangkai dengan betul dan kemas.
|
AKTIVITI
|
1. Murid diperdengarkan lagu `Banjir`
2. Murid dan guru bersoal jawab mengenai cerita/
situasi lagu tersebut.
3. Murid dipaparkan petikan `Tragedi
Banjir` pada skrin .(Aras tinggi)
4. Murid membaca secara mekanis teks yang dipaparkan
tadi.
5. Murid diminta membaca teks secara individu untuk
dibuat pentaksiran.
6. Murid dipaparkan dialog
bergambar pada skrin. ( Aras sederhana)
7. Murid diedarkan lembaran kerja yang mengandungi
petikan. Murid menggarisi ayat majmuk.
8. Murid menulis ayat majmuk yang digarisi dalam bentuk
tulisan
berangkai.
9. Murid diminta membaca secara berkumpulan dengan nada
dan intonasi yang betul.
10. Murid diminta main peranan berdasarkan kad
(situasi banjir) yang diberi oleh guru
11. Murid
dipaparkan gambar
kartun . Murid membaca dan membuat kesimpulan dan nilai.
Pemulihan
Murid mengeja
perkataan yang disebut oleh guru.
Pengayaan
Murid menjawab soalan
pemahaman berdasarkan teks yang dibaca.
|
Ilmu : Sejarah, DSV, Muzik
Nilai : Menjaga
keselamatan diri, menghargai alam sekitar, tolong-
menolong
EMK : TMK
KB : Pembelajaran Koperatif, Kecerdasan
Pelbagai (muzik,interpersonal)
BCB : Bacaan Mekanis
|
|
BAHAN
BANTU BELAJAR
|
LCD, Lembaran kerja
|
PENILAIAN
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
|
Murid dapat membaca mekanis dengan
nada dan intonasi yang betul.
|
REFLEKSI
|
zman dh brubah
BalasPadammy kakak yg tak buat lagi blog pendidikan wpun dah diarahkan oleh jabatan . Domain dah disediakan dibawah .net ... busy katanya .
BalasPadambagus untuk rujukan ibu bapa...zaman skang ni...ibu bapa pun kena belajar sekali :)
BalasPadamhmm..tq helmi..berguna ni..
BalasPadambagus perkongsian ini helmi..
BalasPadamskrg nk mengajar pun dah macam semakin komplicated.. hehehe
BalasPadamT kasih atas perkongsian cikgu.. amat baik utk saya jadikan rujukan.. t kasih.
BalasPadamHanya Allah sahaja yg dapat membalas jasa tuan. tima kasih bnyk2 atas perkongsian ini.
BalasPadamSgt baik dan byk byk berterima kasih.
BalasPadam