Assalamualaikum.
UKCG - IPG |
Tarikh permohonan kemasukan ke Program Perguruan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia, Ambilan Jun 2014 berbaki kurang enam (6) hari sahaja lagi akan ditutup, iaitu pada 30 Mac 2014.
Oleh itu, kepada calon lepasan SPM yang berminat untuk memohon masih mempunyai masa untuk berbuat demikian.
Di sini juga, saya ingin membuat peringatan kepada calon bahawa permohonan program perguruan ini harus melalui beberapa tapisan sebelum ditawarkan mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana M.uda Perguruan.
UJIAN KELAYAKAN CALON GURU (UKCG)
A. Sesi Ujian Bertulis
- Terdiri daripada Bahagian A dan Bahagian B yang MESTI dijawab oleh calon dalam tempoh 45 minit.
B. Sesi Ujian Kecerdasan Fizikal
- Semua calon MESTI menjalani Ujian Kecergasan Fizikal.
- Calon yang memilih Pendidikan Jasmani sebagai opsyen pertama (1) atau kedua (2) MESTI menjalani Ujian Amali Pendidikan Jasmani.
- Calon MESTI menandatangani Surat Akuan Calon dan diserahkan kepada pengawas yang bertugas sebelum ujian dilaksanakan .
SESI TEMU DUGA
- Temu duga akan dilaksanakan pada hari yang berasingan dengan UKCG.
- Calon yang memohon Pendidikan Muzik, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab akan menjalani ujian amali semasa sesi temu duga.
PEMILIHAN
- Calon yang terpilih untuk mengikuti program yang ditawarkan, adalah bergantung kepada keputusan UKCG, prestasi dan skor merit semasa temu duga serta perakuan panel (Kelulusan oleh Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penajaan KPM adalah muktamad).
Panduan UKCG
Bagi ujian bertulis, calon mestilah bersedia untuk menjawab soalan Kuantitatif, Bahasa Inggeris, INSAK (Inventori Sahsiah Keguruan), Analitikal dan Verbal.
Rujuk juga entri ini:
1. SEMAKAN UJIAN KELAYAKAN CALON GURU 2014
2. CONTOH SOALAN INSAK UNTUK UKCG
3. ETIKA PAKAIAN MENGHADIRI UKCG
4. 5 CHECK POINT UJIAN KECERGASAN FIZIKAL
mesti ketat kan ujian ni.. nk jadi pendidik, mesti bukan calang2 orang.. :)
BalasPadamSekarang ni dah ketat pemilihannya Pha Is.
PadamSebelum menjadi guru pun dah kena cabar bab ujian kelayakan..
BalasPadamTapisan ini perlu supaya calon yang layak sahaja boleh jadi guru.
PadamUjian ni tak ganggu hujung minggu kan?
Padammenarik, berguna untuk mereka yang bakal menjalani temuduga ke ipg nanti..
BalasPadamMoga membantu dengan sedikit perkongsian ini.
Padambakal guru kena strong ni .
BalasPadamYa, betul tu. Kena kuat fizikal dan mental.
Padammenarik ni...
BalasPadamMoga bermanfaat.
Padammenark ni, maklumat berguna untuk yang berkenaan
BalasPadamMoga calon UKCG dapat membuat persediaan yang rapi.
Padamsangat bermafaat perkongsian ini untuk mereka yang berkenaan..
BalasPadamPerkongsian yang sedikit ini diharapkan bermanfaat kepada calon UKCG, Kak Aiza.
PadamSemoga dpt menghasilkan pendidik yg benar2 berkualiti agar generasi kita akan lebih berkualiti dlm pelajaran, adab sopan & seluruh sosio budayanya.. in shaa Allah...
BalasPadamHarapan saya juga begitu, tapisan yang rapi perlu dilakukan untuk melahirkan guru yang betul-betul berkualiti.
Padammana nk cek kita layak UKCG ni? bole tunjuk ajarkn syifaa ..
BalasPadamSyifaa, dah boleh semak di http://apps.moe.gov.my/smg/02/020002/spcg/index.cfm
PadamSemakan Ujian Kelayakan Calon Guru : http://apps.moe.gov.my/smg/02/020002/spcg/index.cfm
BalasPadamTerima kasih atas perkongsian ini.
Padamecah dah check..alhamdulillah dapat.. kena kental pergi interview nanti. huhu
BalasPadamTahniah!
Padamsalam ecah.. gud luck ya.. cikda doakan ecah berjaya.
Padamnanti share la pulak pengalaman ecah.
Saya akan hadiri Ujian UKCG ni. Info yang membantu :)
BalasPadamTahniah, buat yang terbaik.
Padamany useful tips for ukcg test ? what kind of question ukcg ni ? plissss
BalasPadamSaya kurang pasti tentang bentuk soalannya bagaimana. Namun boleh buat persediaan tentang Kuantitatif, Bahasa Inggeris, INSAK (Inventori Sahsiah Keguruan), Analitikal dan Verbal.
PadamUtk ujian kecergasan tu kan, apa je yg dorg nak uji?
PadamMungkin larian sebegitu. Saya tak berani nak bagi secara tepat kerana kurang maklum akan hal ini.
PadamAnalitikal Dan verbal Tu akan ditanya macam mana
BalasPadamSoalannya memerlukan kita membuat analisis. Dia akan bagi situasinya. Semuanya soalan objektif jika tak silap.
PadamTakotnye..nk pgy ujian nie..knpe sye dpt 17/4..padahal tarikh pd kalendar kpm ujian smpai 16/4 jewp..blh x sye Nk kpastian??
BalasPadamSye Nk tnye..knpe sye dpt tarikh 17/4..walhal tarikh akhir pd kalendar kpm last 16/4..
BalasPadamTahniah! Oh, barangkali ada perubahan atau calon yang berjaya menduduki UKCG ramai. Kalau nak pengesahan boleh cuba hubungi KPM bahagian ni.
Padamujian kecerdasan fizikal tu macam mana ya?
BalasPadamNampaknya ramai yang bertanya soalan ni. Saya tak berapa pasti bagaimana ujian ini dilaksanakan. Boleh berhubung terus dengan bahagian urusan ini. Maaf ya.
Padamperlukah saya pergi ujian tersebut ? sekarang ini saya sudah menempatkan diri di salah satu IPTA di Malaysia ..
BalasPadamSekiranya saudara Firdaus dah selesa dan kursus di IPTA itu adalah yang terbaik teruskan. Tidak salah juga untuk mengikuti UKCG ni. Jika berjaya UKCG barulah dipanggil temuduga.
Padamcontoh soalan analitikal dan verbal ?
BalasPadamKenapa UKCG tahun ini agak berbeza ye?
BalasPadamAdakah saudara AK merupakan penuntut IPG? Jika ya, bolehlah kongsikan maklumat bagaimana ujian yang saudara lalui. Moga bermanfaat.
PadamSalam.Soklan kuantitatif tu cane erk?
BalasPadamSoalan kuantitatif tu soalan matematik.
PadamAssalamualaikum. Ujian kecergasan fizikal tu macam mana ya pelaksanaannya?
BalasPadamWaalaikumusalam, mungkin ada modul khusus yang akan dilaksanakan.
Padamassalamualaikum. saya terpilih untuk menjalani ujian UKCG selasa ni. saya dapat course bahasa inggeris. Ujian bertulis masa tengah hari tu, ditanya dalam bahasa melayu atau bahasa inggeris? adakah soalan nya selaras bg semua guru yang memohon jurusan yang lain juga?
BalasPadamWaalaikumusalam. Tahniah saya ucapkan. Untuk UKCG soalannya selaras jika tak silap saya. Jika soalan dalam bahasa Inggeris akan disoal dalam bahasa Inggeris. Ujian bertulis.
Padamassalamualaikum . saya dapat ujian ne . tapi itu laa saya masih lagi blur tntg ujian yg akan diambil . ada apa2 info kaa ttg ujian betulis dan ujian kcrgasan ne ?
BalasPadamWaalaikumusalam, tahniah! Saya kurang pasti akan hal ini kerana saya bukan lepasan PPISMP. Tetapi, apa yang saya kongsikan di atas boleh dijadikan panduan.
PadamUjian fizikal untuk yang apply pendidikan jasmani je ke untuk semua?
BalasPadamUjian fizikal tu macammana nanti? Susah tak?
Seperti yang diiklankan ujian fizikal untuk semua calon. Barangkali juga ujian kecergasan fizikal itu dalam bentuk ujian bertulis. Tetapi untul yang Pendidikan Jasmani perlu lakukan amali.
PadamTumpang tanya kalau ujian bertulis tu kena pakai baju sukan terus ke pakai baju formal mcm baju kurung dulu?baju sukan mmg wajib utk ujian kecerdasan fizikal
BalasPadamAreena saya kurang pasti, bolehlah berhubung terus dengan bahagian KPM.
PadamHi areena syafiqah, awak dikehendaki pakai baju sukan terus je.
Padamobjektif ke ujian bertulis ni? thanks for this information.
BalasPadamYa, soalan objektif. Jika ada pertukaran maaf ya.
Padamnak tanya soalan yg sama mcm areena.. masa dtg ujian bertulis kena terus pakai baju sukan ke? sbb dia x mention pun suruh pakai formal
BalasPadamSepatutnya KPM harus menghebahkan maklumat sebegini dengan teliti kan. Saya tidak pasti pula tentang perkara ini. Dalam surat semasa semakan tidak dinyatakan ke? Jika saya dapat makluman akan saya maklumkan nanti. Tahniahnya, semoga berjaya.
Padamujian amali sewaktu temuduga utk yg mohon bahasa arab . ermm .. cemana tu ?
BalasPadamRasanya dalam UKCG untuk calon guru Bahasa Arab hanya ujian bertulis sahaja kot. Kalau masa temu duga nanti, kalau ada amali mungkin dia suruh mengajar.
PadamBoleh awk kongsikan contoh soalan amali bhs arab??
Padamberapa jumlah soaln ? 100 ka ?
BalasPadamMaaf ya, saya kurang pasti soal jumlah soalan dan formatnya lagi. Jika saya ada maklumat akan saya kongsikan nanti. Semoga berjaya.
Padamnk tanya,sy dpt pegi ujian ukcg tu...kena pakai baju aper mase ujian bertulis tu??
BalasPadamMenurut calon yang mendapat panggilan UKCG ni, kena pakai tshirt putih dan seluar track. Anda cuba pada surat panggilan.
Padamsalam, sy nk tanye ttg ujian bertulis tu. terdiri drpd bhgian A dan B .. adakah bahgian A dan B tu sama ngn ujian INSAK ? I mean objektif la., dan kita xperlu kan bercakap depan penemuduga ? just jawab soalan tu then ujian kecergsn fizikal then balik kan ?
BalasPadamSalam, sy nk tnya sal ujian bertulis tu .. iakan ada bhgian A dan B .. adakah bhgian A dan B sama ngn ujian INSAK tu ? I mean, objektif la. pastu, kite xperlu kn bercakap depan penemuduga ? just jalnkan ujian bertulis dan kecergasan then balik kan ? terima kasih ..
BalasPadamSalam, sy nk tanye tentang ujian bertulis tu.. ada bahagian A dan B,, adakah bhgian A dan B sama ? I mean objektif .. lagi 1, kita g sana untuk ujian bertulis dan amali je kan ? xada kena bercakap depan penemuduga ?
BalasPadamRasanya tidak. Masa bercakap tu atau soalan lisan masa temu duga nanti.
PadamSaya dapat Pendidikan Khas . Ada tips tak? Saya betul2 berminat dengan pendidikan khas ini. :)
BalasPadamTahniah! Maaf, saya dalam bidang Bahasa Melayu. Mungkin boleh rujuk tentang bidang-bidang pendidikan khas untuk memudahkan untuk menjawab soalan nanti.
PadamTerima kasih ;) syifaa dh cek ^^ alhamdulillah dpt :D
BalasPadamTahniah!
PadamAda lepasan IPG beritahu ujian bertulis ada 150+ soalan. Jawab 45 minit jeh. Kalau ujian kecergasan fizikal, ada bangkit tubi, tekan tubi, larian sampai tahap 5. Agak mencabar. Kena pastikan stamina cukup. Semua dalam masa 30 minit. Harap bermanfaat. Doakan saya UKCG 15hb ni ye. Terima kasih :D
BalasPadamTerima kasih atas perkongsian ini.
Padamsaya dapat bahsa melayu.. ada tips tak? hehe tak sabar nie
BalasPadamOh, Bahasa Melayu. Tahniah! Saya tidak pasti sama ada soalannya selaras ataupun tidak.
Padamassalamualaikum...terima kasih ats perkongsian yang amat bermanfaat..saya dapat kursus bahasa melayu 14/4 nie..ujian bertulis ok lagi laa kot..tapi UKF tu yang takut sikit..harap harap semua nya ok..
BalasPadamWaalaikumusalam, tahniah! Buatlah yang terbaik.
Padamsalam, saya dpt opsyen math.. ujian ukcg nanti byk soalan math x?? saya nak opsyen sains... nanti boleh tukar opsyen x???
BalasPadamWaalaikumusalam, tahniah! Soal pertukaran tu saya kurang pasti.
Padamsalam. saya dapat bahasa melayu macam saudara. saya dapat 5A je spm. saya dengar kpm hanya ambil 7A ke atas je. benar ke? klu btol, patut ke saya pergi ujian tu? saya org melaka tp dpt ujian di seremban. boleh x kongsikan pengalaman saudara? mohon pendapat dan pandangan segera... terima kasih...
BalasPadamWaalaikumusalam, saudara Ahmad Syahmi boleh cuba dahulu. Jika lulus ujian ini akan dipanggil temu duga pula. Rezeki itu Allah SWT yang aturkan, kita usahalah sedaya boleh. Semoga berjaya.
PadamAhmad Syahmi, Seremban? Dekat Kampus Raja Melewar ya? kita sama tempatlah macam tu. semoga berjaya :)
Padamsaya akan hadiri ukcg ni esok. doakan saya :')
BalasPadamSemoga berjaya Atywaa. Buat yang terbaik. Nanti lepas ujian esok bolehlah kongsikan perngalaman di sini ya. Boleh dijadikan rujukan kepada calon yang lain pula. Nanti saya buat satu entri khusus pengalaman calon UKCG 2014 yang sudi berkongsi. Terima kasih.
Padamasslamualaikum.. terima kasih atas perkongsian :)
BalasPadamnak taya..analitikal n verbal tuh macam mana ek ?
Waalaikumusalam, tahniah ya. Boleh rujuk entri ni: http://mieadham86.blogspot.com/2014/04/format-ujian-bertulis-untuk-calon-guru.html
PadamBagaimanapun, saya nak maklumkan juga analitikal dan verbal tu merupakan soalan untuk MteST-KPLI. Tapi, tak salah kalau nak ambil tahu juga kan.
assalamualaikum,,,,masa ukcg tu soalan insak je ke yang di tanya??ataupun soalan verbal,kuantitatif,bi di tanya jgk??
BalasPadamWaalaikumusalam, oh tidak. Merangkumi semua. Bukan Insak sahaja.
PadamSorry,saya nak tanya 【Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu】 KL ada sama dengan 【Institut Bahasa Melayu Malaysia】 KL ke?Kerana alamat Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu KL yang KPM maklum saya pergi ujian tidak dapat dicari di GPS dan juga Google map.Saya hanya jumpa Institut Bahasa Melayu Malaysia,no telephonenya pun sama,saya ada cuba call telephone itu,tetapi tak ada orang yang jawab.Minggu ini saya harus pergi situ untuk ujian kelayakan calon guru,harap ada org yang jawap saya, terima kasih
BalasPadamRasanya sama.
PadamSaya dipanggil utk ujian ukcg ni, tapi kalau x pergi ada apa2 tindakan x?
BalasPadamKenapa pula tak pergi? Ruginya.
PadamHi,, sy tak minat sebenarnya nak jadi guru, so if sy tak pergi , sy akan disenarai hitamkan ke?
BalasPadamItu saya kurang pasti. Setahu saya untuk sesi pengambilan guru hanya terbuka untuk calon lepasan SPM sahaja melalui program PPISMP. Kemudian, KPLI dan DPLI dibekukan sekarang ni rasanya.
Padamujian amali untuk pendidikan islam tu macamana ye?
BalasPadamItu saya kurang pasti untuk pendidikan Islam. Eh, bukankah UCKG dah lepas.
PadamSaya telah dipanggil untuk menjalani temuduga bagi pendidikan islam.. uckg dah lepas, kalau refer kpd sesi temuduga yg encik telah postkan, calon yang memohon untuk pendidikan islam, muzik dan bahasa arab akan menjalani ujian amali semasa sesi temuduga. Sy kurang paham tentang ujian amali tersebut.. sama macam ujian fizikal waktu ukcg lagi tu ke macamana
BalasPadamSaya telah menerima tawaran temuduga bagi subjek pendidikan islam.. refer kpd sesi temuduga yang encik telah postkan, calon yang memohon untuk muzik, amali, dan arab perlu menjalani ujian amali semasa sesi temuduga.. adakah ujian tersebut sama dengan ujian fizikal waktu uckg dahulu?
BalasPadamSesi temu duga yang dikongsikan ini adalah sewaktu UKCG. Jadi, masa menduduki UKCG tempoh hari adakah ujian amali seperti yang dinyatakan ini dijalankan? Saya berkongsi seperti apa yang dikeluarkan oleh pihak KPM di portal iklan permohonan UKCG.
PadamUntuk sesi temu duga nanti, boleh rujuk beberapa panduan yang saya kongsikan seperti panduan temu duga menjadi guru, tips dan soalan temu duga guru dan panduan menulis pengalaman dan pernyataan hasrat di blog saya ini.
Tahniah, dan semoga berjaya.
Selamat sejahtra...baru2 ni sa tidak tersenarai menduduki temuduga..bole buat rayuan ka?atau mungkin ada peluang dipanggil menduduki temuduga??
BalasPadamAssalamualaikum tahniah kerana byk tip berguna utk dijadikan panduan.Alhamdulillah ank saya telah melepasi langkah pertama ujian kelayakan dan kini berpeluang meneruskan langkah kedua temuduga untuk pendidikan Pemulihan awal walaupun option pertamanya dlu adalah Pendidikan Matematik
BalasPadamAsslammualaikum, adakah nama akan blacklist di ipg sekiranya saya mengikuti program diploma di uitm? Saya telah menjalani temuduga.. kalau ade rezeki alhamdullialh.. saya ingin menjadi pendidik.. itulah yang diharapkan
BalasPadamSalam TI, terima kasih atas info yg sangat berguna ini.
BalasPadamMaklumat yang sangat informatif :) Terima kasih Admin
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamKalau kita solat dan berdoa mesti berjaya dengan bantuan ALLAH 😁
BalasPadamSalamm..cmna cth sokln amali utk opsyen pi?..Ada bacaan quran?? Sokln bkaitan hukum² tajwid ad jga ka??
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamTidaklah sampai disenaraihitamkan dalam peluang pekerjaan di bawah kerajaan.
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PadamAssalamualaikum, nk tnya, dari sudut mana calon dinilai semasa ukcg tuk pegi interview?...sma ada lebih kepada ujian fizikal atau bertulis. Dn bgi calon yg mngambil sejarah, apakah soalan2 yg lazimnya dtanya ole penemuduga?...
BalasPadamAssalamualaikum, sya nk tnya, dari sudut mnakah penilaian ukcg tu djalankan. Sma ada lebih kpd fizikal test atau brtulis atau pun keduanya dicombine?. Dn bgi mreka yg amik sejarah, apakah soalan lazim yg akan dibangkitkan oleh penemuduga ktika IV?...
BalasPadamHello saya lulus ujian ukcg dapat iv ipg kursus bm. Tpi saya xberminat nak jadi guru jadi saya tolak tawaran itu dan pergi matrik. Adakah nama saya akan disenarai hitamkan?
BalasPadampemakaian utk ukcg ni mcm mna eaa ,bg lelaki
BalasPadampemakaian utk ke ukcg mcm mna eaa admin? bg lelaki
BalasPadam