Pengikut

Selasa, 25 Mac 2014

MH370: China Mahu Malaysia Beri Maklumat dan Bukti Pesawat yang Disahkan Berakhir di Lautan Hindi

Assalamualaikum.

MH370: China Mahu Malaysia Beri Maklumat dan Bukti

BEIJING: Kementerian Luar China malam ini menuntut Malaysia memberi maklumat dan bukti mengenai pesawat MH370 yang hilang selepas ia disahkan penerbangannya berakhir di selatan Lautan Hindi. 

" China sudah pun diberitahu oleh Kerajaan Malaysia mengenai pengumuman terbaharu itu dan kami memberi tumpuan sepenuhnya," kata kementerian itu dalam satu kenyataan. 

"China sudah pun menuntut agar Malaysia menyalurkan lagi kepada kami semua maklumat dan bukti mengenai bagaimana ia mencapai kesimpulan berkenaan," kata kenyataan itu sambil menekakan agar operasi mencari pesawat tetap diteruskan. - Reuters 

Salah seorang ahli keluarga penumpang warga China yang sedih

MH370: Suasana sedih selubungi keluarga penumpang di Beijing

BEIJING: Ahli keluarga penumpang pesawat MH370 dari China bertukar menjadi histeria sebaik Perdana Menteri Malaysia mengunumkan penerbangan pesawat berakhir di selatan Lautan Hindi, malam tadi. 

Di hotel Beijing tempat di mana ramai ahli keluarga, waris dan sahabat handai berkumpul sejak MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing tidak sampai pada pagi 8 Mac lalu, mereka terus meraung dan menangis sebaik mendengar berita terbaharu itu. 

Sesetengahnya mengeluarkan perasaan marah dan ada juga rebah di lantai.

Seorang wanita menjerit dengan berkata: "Ia tidak benar" sebelum rebah.

Sekurang-kurangnya empat orang terpaksa diusung kerana amat sedih dan mampu menerima kenyataan berkenaan. - Reuters

Sumber: Berita Harian

Nota: Barangkali maklumat dan bukti yang terperinci akan dimaklumkan kepada umum pada sidang media pagi nanti.

9 ulasan:

  1. takziah buat keluarga mangsa.

    BalasPadam
  2. kak pun ada lihat dalam tv, waris yang histeria dan meradang dengan pihak media..
    berat mata memandang, berat lagi mata yang memikul..

    BalasPadam
  3. sedih sangat bila mendengarnya...kadangkala kita harap kebenaran akan segera terungkap,namun ada ketikanya kita tak sanggup berdepan dengan kenyataan dari sebuah kebenaran..sungguh menyedihkan tragedi ini...

    BalasPadam
  4. They deserved a better explanation. Harap kerajaan Malaysia lebih perihatin ..

    BalasPadam
  5. salam takziah buat keluarga mangsa...

    BalasPadam
  6. Pengumuman dibuat tanpa bukti yang jelas dan nyata...pastilah menimbulkan banyak persoalan dan kemushkilan. Harap segalanya dapat diselesaikan dgn baik...

    BalasPadam
  7. emm, saya rasa ini semua adalah pengaruh media

    BalasPadam
  8. pelbagai spekulasi oleh media mereka juga mempengaruhi pemikiran mereka.. media kita bersifat tertutup, manakala media mereka bersifat sangat terbuka berkaitan isu ini..

    BalasPadam
  9. Mmg sukar mereka nak terima.. lebih2 lagi org negara china. Mereka bukan semua tahu maksut redha ni... Semoga diberi ketabahan kpd semua keluarga mangsa... aamiin..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78