Ketika ini pasti ramai yang sedang mengikuti perkembangan misteri kehilangan pesawat MH370. Pelbagai usaha sedang dilakukan untuk menjejak MH370. Pada masa yang sama kita mengharapkan semuanya selamat.
Sewaktu saya bersekolah dahulu, seringkali guru memaklumkan bahawa sekiranya kapal terbang terhempas atau terlibat dalam nahas, perkara utama yang dicari selepas menyelamatkan mangsa ialah Perakam dan Penyimpan Data (Kotak Hitam). Apakah fungsi dan peranan kedua-dua kotak hitam ini?
Sewaktu saya bersekolah dahulu, seringkali guru memaklumkan bahawa sekiranya kapal terbang terhempas atau terlibat dalam nahas, perkara utama yang dicari selepas menyelamatkan mangsa ialah Perakam dan Penyimpan Data (Kotak Hitam). Apakah fungsi dan peranan kedua-dua kotak hitam ini?
Perakam dan penyimpan data (Kotak Hitam) |
Fungsi Kotak Hitam
- Kotak yang digunakan untuk merakam data penerbangan (FDR) dan perakam suara kokpit (CVR).
- FDR mencatat hingga 700 parameter yang berkait dengan operasi dan aktiviti penerbangan pesawat seperti kelajuan, tekanan udara, ketinggian, posisi kawalan kokpit, kompas, pengukur mesin dan aliran bahan bakar.
- CVR merakam suara manusia, suara mesin dan bunyi lainnya di kokpit kira-kira 25 jam terakhir.
- Ia merakam perbualan antara juruterbang dan menara kawalan udara serta untuk mengetahui tekanan udara dan keadaan cuaca sepanjang penerbangan.
- Data FDR dan CVR disimpan pada Memory Boards yang dilindungi CRash Survivability Memory Unit (CSMU) yang mempunyai beberapa lapisan daripada aluminium tipis, silika dan baja tahan karat atau juga titanium yang kuat dan tahan terhadap letupan pesawat.
- Ada dua unit kotak hitam yang diletakkan pada bahagian depan pesawat dan bahagian ekor pesawat yang diyakini mudah dijumpai jika berlaku tragedi.
- Rakaman komunikasi sepanjang penerbangan menerusi kotak hitam ini penting untuk mengetahui punca kemalangan membabitkan pesawat.
- Kotak hitam pertama dicipta rakyat Autralia, Dr David Warren.
Sebelum kotak hitam ini dijumpai, tidakkah ada cara atau teknologi yang boleh digunakan untuk mengesan kedudukan pesawat seperti MH370 ini? Jika tidak ada, kita sebagai umat Islam masih ada satu "senjata" terakhir yang boleh dilakukan iaitu, DOA. Marilah sama-sama kita mendoakan mereka ini selamat.
Biarpun kita hanya mampu merancang, Allah SWT menentukannya, namun sekurang-kurangnya kita telah berusaha.
Sumber: Berita Minggu
Maha Suci Allah , Allah Maha Besar :'(
BalasPadamsemoga kesemua mangsa berjaya ditemui.. aminnn
BalasPadamTerus berdoa.
BalasPadamsemoga Allah permudahkan pencarian mereka ... aaamin .
BalasPadamHanya Allah jua yg mengetahui rahsia & segala yg tersembunyi.. mudah2an Allah membantu atas segala yg diusahakan... aamiin..
BalasPadamTeruskan berdoa...semoga segalanya selamat.
BalasPadamkita panjatkan doa moga semuanya dlm keadaan selamat amin
BalasPadamWalau bukan keluarga tetap terasa hiba bila mendengar berita ni..semoga semuanya selamat
BalasPadamWalau bukan ahli keluarga...tetap terasa hiba. Semoga semuanya selamat..Amin
BalasPadamsmoga ianya berjaya dijumpai..
BalasPadambaru akak tahu menegnai kotak hitamdoakan semoga diberikan petunjuk..
BalasPadamsedih sangat..ye,kotak hitam memang penting bila terjadinya kemalangan kapal terbang..
BalasPadam