Pengikut

Sabtu, 8 Mac 2014

Kreativiti Susun Atur Bilik Darjah

Assalamualaikum.

Sebelum ini saya pernah berkongsi tentang Kreativiti Hiasan Bilik Darjah. Entri tersebut kupasannya lebih kepada hiasan fizikal yang boleh mencantikkan bilik darjah, mewujudkan suasana ceria, menarik dan bewarna-warni bagi mencetuskan rasa teruja dan keseronokan murid-murid untuk belajar. Untuk mengetahuinya lebih lanjut, boleh baca entri tersebut. 

Bilik darjah yang menarik, kreatif dan kondusif

Saya yakin dan percaya bahawa kita semua pernah melalui sistem pendidikan di sekolah. Dalam sistem pendidikan ini pula menyediakan bilik darjah yang dijadikan tempat penyampaian dan penerimaan sesuatu ilmu dari seorang guru kepada seorang murid. Proses ini akan lebih lancar sekiranya penyediaan tempat atau bilik darjah itu lebih sesuai, selesa dan mesra atau kata lain kondusif. 

Oleh itu, kreativiti susun atur bilik darjah yang menarik, kreatif dan kondusif amat penting dalam menjana perkembangan proses pembelajaran dan pengajaran (PdP). Bagaimanakah yang dikatakan susun atur bilik darjah seperti ini? 

Bilik darjah sekolah di Malaysia

Sekolah di Malaysia yang rata-ratanya mempunyai bilangan murid yang berbilang jumlahnya menyebabkan guru-guru haruslah bijak dalam menyusun atur bilik darjah tersebut. 

Di sekolah saya, bilik darjah kelas pertama mencecah 45 orang murid dan bilik darjah kelas terakhir sekitar 25-30 orang murid. 

Bagi bilik darjah yang sedikit bilangan muridnya, menjadi satu kelebihan untuk guru-guru menyusun atur bilik darjah tersebut berbanding bilik darjah yang bilangan muridnya ramai. 

Pelan lantai susun atur bilik darjah

Pelan lantai susun atur bilik darjah di bawah ini boleh dijadikan sebagai rujukan kepada guru-guru untuk merancang bagaimana hendak menyusun atur bilik darjah di sekolah masing-masing. 

Bagaimanapun, saya kurang selesa dan berminat untuk menyusun atur meja murid berempat-empat ini dan kedudukannya menyisi daripada guru. Saya lebih selesa kedudukan meja murid yang berhadapan dengan guru dan berdua-dua sahaja. 

Pelan lantai susun atur bilik darjah

Petunjuk Pelan Lantai Susun Atur Bilik Darjah
-kredit foto dari belajartinggitinggi.blogspot.com


Pengurusan fizikal bilik darjah

Sebenarnya susun atur bilik darjah meliputi juga pengurusan bilik darjah. Apabila menyentuh pengurusan bilik darjah, secara tidak langsung segala apa yang diuruskan itu bukan sahaja murid bahkan kerusi, meja, almari, papan info, bakul sampah dan beberapa item lagi yang seharusnya ada dalam sebuah bilik darjah. 

Pengurusan fizikal - susun atur meja dan kerusi
-kredit foto dari syadidhabib.blogspot.com

Guru yang kretif akan sedaya upaya menyusun atur bilik darjahnya dengan sebaik mungkin tanpa menjadikan jumlah murid ramai atau tidak sebagai kekangan. Hal ini demikian, kerusi dan meja yang menjadi item utama dalam bilik darjah haruslah disusun kemas dan teratur. Susun aturnya haruslah mengambil kira kesesuaian bilangan murid. 


Sudut papan info juga harus diurus dengan baik
-kredit foto dari eitazulfikli.blogspot.com

Selalunya sudut papan info atau kenyataan berada di hadapan bilik darjah dan di belakang bilik darjah. Papan info di bahagian hadapan bilik darjah boleh dipaparkan maklumat berkaitan carta organisasi kelas, jadual tugas, jadual waktu, kalendar dan sebagainya yang difikirkan perlu. 

Manakala, papan info di bahagian belakang boleh diletakatkan hasil kerja murid mengikut mata pelajaran. Papan info ini hendaklah dikemas kini dari masa ke masa.

Kreativiti susun atur bilik darjah juga merupakan satu kemahiran yang perlu ada pada seorang guru. Guru yang kreatif mampu mewujudkan satu suasana PdP yang menarik sekaligus merangsang minat murid untuk datang ke sekolah untuk belajar.


12 ulasan:

  1. Bagus info nie.. betul tu kesesuaian bilik darjah yang baik dan bagus mampu memberi impak kepada pelajar ... mendorong pelajar untuk belajar dengan lebih baik :D

    BalasPadam
  2. HUHU . Masa sekolah menengah selalu jadi AJK Keceriaan & Kebersihan . Yang tak best , papan kenyataan yang telah dihias selalu dirosakkan , kerusi meja tak tersusun . Aishh , dugaan . HUHU :)

    BalasPadam
  3. Saya suka cara pengisian artikel cikgu yang pelbagai tapi masih terkait dengan niche. Bilik darjah yg kemas dan teratur pasti memberi suasana yang selesa, bersih, segar dan menarik, pasti menaikkan semangat utk berada didalam kelas serta belajar.

    BalasPadam
  4. Tahniah....suka saya...boleh dijadikan buku penulisan anda tentang P & P ...

    BalasPadam
  5. hmm... memang terbaiklah..kena selalu kemas dan hias dan perlu menarik so,anak murid ceria jer masuk kelas..

    BalasPadam
  6. guru kelas perlu kreatif di dalam menyusun atur peabot di dalam bilik darjah.. apabila bilik darjah cantik dan kemas, pasti murid-murid pun bersemangat untuk belajar.. :D

    BalasPadam
  7. masa kat sekolah menengah dulu, awal tahun je, mesti "berdebat" nk susun meja macam man.. pastu lawan antara kelas, sususnan meja yg mana yg paling kreatif..

    BalasPadam
  8. teringat pula zaman sekolah. suka sangat ubah meja dan kerusi leps hbis exam

    BalasPadam
  9. perkongsian yang menarik bro :)

    BalasPadam
  10. Perkongsian ini mengingatkan saya tentang masa sekolah dulu-dulu, bertugas menyusun meja, mengemas bilik kelas...nostalgia juga tu...;)...

    BalasPadam
  11. Saya bersetuju dengan pendapat cikgu Helmi tentang penyusunan kerusi & meja di bilik darjah.. susunan secara berempat itu dikira baik utk pelajar berinteraksi sesama mereka tetapi kurang penumpuan kepada papan hitam dan guru ketika pembelajaran. Kepada murit yg membelakangkan papan hitam, amat sukar bagi mereka jika hendak menyalin sesuatu di papan hitam.. kesian.. sebabnya, ia pernah terjadi kpd saya sewaktu di darjah 4 dahulu.
    Hampir setahun saya belajar & perlu menoleh & menoleh setiap kali mendak menyalin di papan hitam. Sakit leher & masih ingat sehingga kini....

    BalasPadam
  12. Nice!
    Jom follow blog saya www.rehanswardrobe.blogspot.com
    :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78