Pengikut

Ahad, 16 Mac 2014

Petunjuk Terbaru Kehilangan MH370 - Apa Perasaan Keluarga Penumpang?

Assalamualaikum.

Berkat doa kita semua, semalam menerusi sidang media yang dijalankan dan dihadiri Datuk Seri Najib memberikan petunjuk terbaru yang boleh melegakan sedikit untuk merungkai misteri kehilangan MH370 ini. Sebagai rakyat Malaysia sudah pastilah saya berasa gembira dan senang dengan berita petunjuk terbaru ini. 

Apakah perasaan keluarga penumpang pula apabila mendengar petunjuk terbari kehilangan MH370 ini?


  • Seorang bapa kepada salah seorang penumpang pesawat iaitu Selamat Omar,60, yang menyifatkan petunjuk tersebut memberi harapan bahawa pesawat dan penumpang selamat.
"Alhamdulillah setelah lapan hari berteka-teki akhirnya pesawat dapat dikesan dan ia memberi petunjuk bahawa pesawat tersebut berada dalam keadaan selamat begitu juga dengan penumpang di dalamnya.
"Terima kasih dan kami mohon supaya operasi mencari dan menyelamat dapat diteruskan sehingga pesawat dan penumpang dapat ditemui secepat mungkin,"katanya ketika ditemui di Hotel Everly di sini sebentar tadi.

  • Adik kepada Mohd. Razahan Zamani, melahirkan perasaan syukur berhubung petunjuk terbaharu itu dan berharap abangnya selamat.
"Alhamdulillah, doa kami didengar semoga abang cepat balik," ujar Mohd. Fikri Zamani, 11.

Sumber: Berita Harian dan Kosmo

20 ulasan:

  1. Semoga ada sinar dan pengharapan baru... InsyaALLAH..
    Salam hujung minggu dari bunda...

    #DOABUATMH370 :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama kita terus berdoa moga usaha pencarian ini menemui kata selamat.

      Padam
  2. Diharap ada sedikit sinar pengharapan apabila mendengar petunjuk baharu ini. Inshaa Allah. Kita harus terus berdoa untuk #MH370

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin. Semua berharap begitu apabila PM mengumumkan petunjuk baharu tu.

      Padam
  3. mudah2an mrk selamat . cuma masih menjadi teka teki di mana kapal tu berada ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semua orang nak tahu kan, di mana kapal ni berada.

      Padam
  4. semoga meraka selamat.. amin ya LLAH

    BalasPadam
  5. Lega rasanya hati.. Alhamdulillah.. semoga mereka semua ditemui dalam keadaan yang sihat.. Aamin..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama kita berdoa moga usaha pencarian MH370 dipermudahkan dan penumpangnya selamat.

      Padam
  6. alhamdulillah... sekurang-kurangnya menimbulkan rasa lega pada ahli keluarga mereka

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu mama, sekurang-kurangnya memberi kelegaan terutama kepada keluarga mangsa.

      Padam
  7. Semoga tidak putus harapan dan teruskan berdoa mengharapkan segalanya akan selesai dgn segera dan semuanya selamat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan sahaja keluarga mangsa, kita juga diharapkan "menyumbang" doa untuk memudahkan usaha pencarian MH370 bersama penumpangnya.

      Padam
  8. Bersamalah kita semua terus berdoa agar dipermudahkan segala usaha terhadap MH370 ini... aamiin..

    BalasPadam
  9. Aduh... lamanya Ida tak datang blog cikgu ni...banyak tajuk yang belum baca...ermmm sibuk pulak jadi pegawai penyiasat tentang teori konspirasi hehehe...ada satu hari tu lewat masuk kelas, prof perli ida..."pergi menyiasat ker malam tadi?" hehehe

    BalasPadam
  10. berdoa yang baik untuk mereka semua..

    BalasPadam
  11. doa terus di panjangkan..

    BalasPadam
  12. Ya Allah. Tak dapat bayangkan kalaulah jadi salah seorang keluarga mangsa. Sedihnya.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78