Pengikut

Isnin, 10 Mac 2014

Perkembangan Terkini Hari Ketiga Misteri Kehilangan MH370

Kita masih menanti perkhabaran daripada misi pencarian misteri kehiangan MH370. Bagaimanapun, dalam tempoh waktu itu, terdapat pelbagai spekulasi dan andainya yang dibuat oleh pelbagai pihak sama ada individu, organiasasi mahupun negara-negara luar. Tindakan ini bukan sahaja boleh menyulitkan misi pencarian ini bahkan secara tidak langsung menggambarkan mereka ini tidak menghormati keluarga mangsa yang terlibat. 

Saya kurang pasti sama ada telah dibuat satu medium khas atau pun tidak untuk masyarakat mengetahui perkembangan terkini hasil daripada misi pencaraian misteri kehilangan MH370 ini. Seharusnya, satu medium seperti blog, laman web, facebook khusus menyalurkan berita tentang misi ini perlu dibuat. 

Di sini saya cuba berkongsi perkembangan terkini hari ketiga misteri kehilangan MH370 berdasarkan laporan surat khabar utama di Malaysia. 

misteri kehilangan MH370

  • Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 yang berlangsung tanpa henti  dan diperhebat dengan tambahan tiga pesawat
  • Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengesahkan beberapa tompokan minyak yang ditemui di Laut China Selatan bukan minyak yang digunakan oleh pesawat MH370.
  • Ketua Penguatkuasaan APMM Wilayah Timur, Datuk Nasir Adam sebaliknya berkata, minyak itu digunakan oleh tongkang, bukannya pesawat udara. 
  • Pangkalan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 10 Tok Bali di sini menjadi tumpan media tempatan apabila ia dijadikan satu daripada pusat mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang Sabtu lalu.
  • Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) terus mengambil bahagian dalam operasi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang dengan menggunakan dua pesawat C130 Hercules dan sebuah helikopter tentera laut Sikorsky S-70B. 

Datuk Seri Hishammuddin memberi keretangan

  • Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan laporan media asing bahawa kerajaan China akan mengambil alih siasatan kehilangan pesawat MH370.
  • Hishammuddin berkata, pasukan China yang dihantar ke Malaysia sendiri menegaskan mereka hanya datang untuk membantu dalam siasatan itu. 
  • Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) akan mengerahkan ejen dan pakar teknikalnya bagi membantu siasatan dalam kehilangan pesawat penerbangan Malaysia Airlines MH370
  • Panglima Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM), Jeneral Tan Sri Rodzali Daud berkata terdapat kemungkinan besar pesawat tersebut cuba berpatah balik dari laluan asalnya disebabkan masalah-masalah tertentu
  • Jabatan Penerbangan Awam Vietnam mengesahkan, objek kuning mirip rakit keselamatan yang ditemui di lokasi perairan mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 yang hilang adalah pembalut kabel. 
tompokan minyak

  • Australia telah menghantar dua pesawat mencari dan menyelamat jenis P-3C Orion, Maritime Surveillance Aircraft untuk membantu operasi mencari pesawat MH370
  • Kebarangkalian MH370 dirampas pengganas amat rendah, menurut pakar anti keganasan antarabangsa, Profesor Rohan Gunaratna
  • Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan tidak akan membuat sebarang kesimpulan mengenai dakwaan ancaman pengganas yang dikaitkan dengan pesawat MH370
  • Pasukan penyelamat Amerika Syarikat berkata objek mencurigakan yang dikenalpasti terapung di pulau Tho Chu tidak ada kena mengena dengan pesawat Malaysia Airlines MH370

Objek terapung yang dikaitkan dengan MH370

  • China sudi menawarkan bantuan dalam tiga aspek iaitu mencari pesawat, membantu dalam siasatan dua individu yang dikesan menggunakan pasport palsu sebagai penumpang dan membanti keluarga penumpang pesawat itu dari China. 
  • India sedia menawarkan bantuan untuk membantu kerajaan Malaysia dalam operasi mencari pesawat Malaysia Airlines yang hilang dua hari lalu.
  • Hampir 20,000 nelayan laut dalam seluruh negara sudah digerakkan bagi membantu pasukan mencari dan menyelamat pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang dilaporkan hilang, Sabtu lalu. 
  • Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata sebanyak 1,788 bot nelayan C dan C2 di perairan Kelantan, Terengganu, Perak, Perlis dan Pulau Pinang akan membantu operasi berkenaan secara sukarela sambil menjalankan kerja menangkap ikan. 
USS Pinckney

  • Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) berkata, pihaknya telah menghantar sebuah kapal perang bagi membantu operasi mencari pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) yang dilaporkan hilang, kelmarin.
  • Sebuah kapal pemusnah peluru berpandu USS Pinckney sedang dalam perjalanan dari perairan antarabangsa di Laut China Selatan menuju ke selatan pantai Vietnam bagi membantu operasi mencari pesawat MH370 itu.
  • Kapal perang Pinckney membawa dua helikopter yang boleh digunakan untuk operasi mencari dan menyelamat. Ia dijangka tiba di kawasan operasi mencari dalam tempoh 24 jam.
  • Dalam tinjauan udara yang dilakukan petang semalam di kawasan 70 hingga 100 batu nautika dari pantai di perairan Terengganu, Kelantan dan sempadan Thailand dan Vietnam, tidak menemui apa-apa petunjuk berkaitan pesawat MH370 yang hilang itu

Sumber- mysumber.com, Berita Minggu, Utusan Malaysia

9 ulasan:

  1. Salam,

    aish.... makin suspen dibuatnya... adoiyyai...

    BalasPadam
  2. Risau pula dibuatnya ...

    BalasPadam
  3. sekarang ni banyak sangat khabar2 tntang kejadian ni.. tak au nk percaya yg mana satu..

    BalasPadam
  4. ghaibnya MH 370 sgt menjadi teka teki ... semoga ada berita baik esok .

    BalasPadam
  5. Apakah yg sebenar2nya berlaku ye.... wallahualam...

    BalasPadam
  6. doakan yg trbaik untuk MH370....

    BalasPadam
  7. setiap hari ternanti-nanti berita terkini.. namun masih tiada khabar berita..

    BalasPadam
  8. moga semuanya segera selesai..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78