Pengikut

Biodata Saya

Biodata Penuh:



Pengenalan Diri:

Nama: Mohd Helmi bin Ahmad
Tempat Lahir: Alor Setar, Kedah
E-mel: mie_adham86@yahoo.com

Pendidikan: 

Persekolahan Rendah
Sekolah Kebangssan Haji Hassan Itam (1993-1998)

Persekolahan Menengah
Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Aziz (1999-2005)

Universiti
Universiti Putra Malaysia: Bacelor Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu) (2006-2009)

Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis: Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI-SR) - Pengajian Bahasa Melayu, (2010-2011)

Pekerjaan:
Bertugas sebagai seorang guru:

SJK(C) Choong Chee, Ulu Yam Lama, Selangor - Oktober 2011 hingga Januari 2013
Sekolah Kebangsaan Batang Kali, Batang Kali, Selangor - Januari 2013 hingga kini 

Pencapaian:

  1. Memenangi Hadiah Penghargaan Hadiah Sastera Kumpulan Utusan- ExxonMobil (HSKU) Kategori Cerpen Remaja – “Bunga Telur Kenduri Kahwin (2010).  
  2. Cerpen "Rancanganku Rancangan-Mu" tersenarai 20 cerpen terbaik bagi penilaian Hadiah Sastera Kumpulan Utusan-ExxonMobi (HSKU) 2010 Kategori Cerpen Remaja.
  3. Cerpen “Akhir Sebuah Doa” telah memenangi Tempat Kedua kategori cerpen dalam Sayembara Menulis Cerpen dan Puisi ASASI 2011, anjuran Angkatan Sasterawan Nasional Kedah (ASASI). 
  4. Puisi “Layang-layang Impian” telah mendapat Sagu Hati kategori puisi dalam Sayembara Menulis Cerpen dan Puisi ASASI 2011, anjuran Angkatan Sasterawan Nasional Kedah (ASASI). 
  5. Memenangi Hadiah Penghargaan Hadiah Sastera Kumpulan Utusan-ExxonMobil (HSKU) Kategori Cerpen Remaja – “Kuih Bakul Limau Mandarin (2011). 
  6. Cerpen "Piala Penentuan" tersenarai 16 cerpen terbaik bagi penilaian Hadiah Sastera Kumpulan Utusan-ExxonMobil (HSKU) 2012 Kategori Cerpen Remaja. 
  7. Cerpen "Cikgu" tersenarai 16 cerpen terbaik bagi penilaian Hadiah Sastera Kumpulan Utusan-ExxonMobil (HSKU) 2012 Kategori Cerpen Remaja. 
  8. Cerpen “Dunia Pilih Kasih” telah memenangi Tempat Ketiga dalam Sayembara Cerpen Anis 2012/2013, anjuran Majalah Anis.  
  9. Memenangi Hadiah Penghargaan Hadiah Sastera Kumpulan Utusan-ExxonMobil (HSKU) Kategori Cerpen Remaja – “Rombongan Masuk Jawi (2012). 
  10. Cerpen "Kuih Bakul Limau Mandarin" telah dipilih menjadi teks antologi Komponen Sastera (KOMSAS -Kuingin Berterima Kasih)Tingkatan 1 mulai 2015. 
  11. Cerpen "Pinang nan Sebatang" tersenarai 16 cerpen terbaik bagi penilaian Hadiah Sastera Kumpulan Utusan-ExxonMobil (HSKU) 2013 Kategori Cerpen Remaja. 
  12. Cerpen "Kekabu Mimpi" tersenarai 26 cerpen terbaik bagi penilaian Hadiah Sastera Kumpulan Utusan-ExxonMobil (HSKU) 2013 Kategori Cerpen Remaja. 
  13. Cerpen "Rakit Buluh di Tahun Baru" tersenarai 26 cerpen terbaik bagi penilaian Hadiah Sastera Kumpulan Utusan-ExxonMobil (HSKU) 2013 Kategori Cerpen Remaja.  
  14. Kumpulan Cerpen Remaja: Tetamu Istimewa, ITBM-2014 memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia(HSPM)2014 Kategori Kumpulan Cerpen Remaja.   
  15. Kumpulan Puisi Remaja: Madu di Tangan, ITBM-2015 memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) 2015/2016 Kategori Kumpulan Puisi Remaja. 


Buku Perseorangan:
  1. Kumpulan Cerpen Remaja: Tetamu Istimewa, Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) 2014.
  2. Kumpulan Puisi remaja: Madu di Tangan, Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) 2015.
  3. Kumpulan Cerpen: Bila Ayah Berkaca Mata Hitam, Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) 2016.

Antologi:
  1. Antologi Sajak: Surat Waktu, UPM (2006)
  2. Antologi Cerpen Remaja HSKU: Aku Datang, UP&D (2011)
  3. Antologi Cerpen Remaja HSKU: Cerita Akhir Tahun, UP&D (2012)
  4. Antologi Sayembara ASASI: Layang-layang Impian, ASASI (2012)
  5. Antologi Cerpen Remaja HSKU: Sejujur Manggis, UP&D (2013)
  6. Antologi Cerpen Kanak-kanak: Kartunis Muda, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) (2017)

Karya Eceran:

Akhbar
Berita Minggu, Mingguan Malaysia, Utusan Melayu Mingguan, Harian Metro, Sinar Harian, Bacaria, Mingguan Warta Perdana, Media Terkini dan Metro Perdana.

Majalah
Dewan Sastera, Dewan Bahasa, Dewan Masyarakat, Dewan Budaya, Dewan Tamadun Islam, Pelita Bahasa, Tunas Cipta, Dewan Siswa, Dewan Pelajar, Jelita, Wanita, Harmoni, Perempuan, Era Muslimah, Aniqah, Anis, Mingguan Wanita, Fardhu Ain, Seri Dewi & Keluarga, Fokus SPM, URTV, e-BACA dan Asuh.

Tulisan tentang Mohd Helmi Ahmad

Tulisan Akademik/Kajian

    • Unsur Pragmatik dalam Cerpen Melayu: Tetamu Istimewa dan Bila Ayah Berkaca Mata Hitam, Muhammad Amirul Kamarudin, Universiti Putra Malaysia, 2016.
    • Analisis Cerpen "kekabu Mimpi" Berdasarkan Temadan Persoalan, Plot, Watak dan Perwatakan, gaya Bahasa, Nilai dan Pengajaran, Muhamad Nazir Mustafa, Open University Malaysia, 2015.
    • Esei tentang Penulis: Mohd Helmi Ahmad, Yeow Pui Foong, Universiti Malaysia, 2016. 
    • Analisis Cerpen: Budi Beruk - Kesusasteraan dalam Pengajaran Bahasa Melayu, Nor Amelia Ab. Rahim, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Semester 2 2016/2017.


    Tulisan Akhbar
    • Kumpulan Cerpen Remaja: Tetamu Istimewa Bertema Remaja (Wadiassofi Jaafar), Mingguan Malaysia, 26 Januari 2014.
    • Mohd Helmi Ahmad: Mencari Kepuasan Diri (Norhidayyu Zainal), Sinar Harian 14 Ogos 2016 .

    Tulisan-tulisan Lain
    • Tetamu Istimewa: Tentang Jiwa Remaja, Wan Muhammad Hanif Wan Abd Hamid, 2014.
    • Rampai sari Pedoman untuk Remaja: Ulasan Buku Madu di Tangan Karya Mohd Helmi Ahmad, Nimoiz TY, 2015.
    • Kumpulan Cerpen Remaja Tetamu Istimewa: Istimewanya kerana Memaknakan Elemen Sosiobudaya Melayu, Mohd Haniff Mohammad Yusoff, 2015.

    Kemas kini pada: Januari 2018


    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78