Saya begitu tertarik setelah saya membaca artikel "Menjanakan Kewangan dengan Menulis" oleh Nimoiz T.Y yang disiarkan di Tunas Cipta, Januari 2014 lalu. Sebenarnya, dah lama saya nak berkongsi di sini, namun tidak berkesempatan.
Hari ini adalah harinya untuk sama-sama kita (penulis) atau sesiapa sahaja (bakal penulis) untuk melihat bagaimana penulis mampu jadi kaya hanya dengan menulis. Dengan kata lain, menjana kewangan dengan menulis (maksudnya tidak sama, tetapi menjurus ke arah itu).
- Penulis akan menerima honorarium setelah karya pertama disiarkan secara eceran di majalah ataupun surat khabar mengikut bayaran tertentu yang ditetapkan, baik puisi, cerpen, rencana, ulasan buku, ataupun drama.
- Setelah lama menulis ataupun cukup sahaja bilangan karya (cerpen-10 buah), puisi (30 buah), drama, rencana boleh dikumpulkan untuk diterbitkan menjadi buku ataupun kumpulan cerpen, kumpulan puisi, kumpulan drama. Buku yang diterbitkan ini akan menerima bayaran royalti mengikut cetakan dan kadar bayaran tertentu oleh syarikat penerbitan.
- Karya eceran yang tersiar di media utusan layak dipertimbangkan untuk Hadiah Sastera Kumpulan Utusan Exxonmobil (HSKU). Bagi kategori novel remaja iaitu RM7000. Bagi setiap kategori seperti cerpen dewasa/umum hadiahnya sebanyak RM3000, cerpen remaja iaitu sebanyak RM2500. Bagi rencana sastera, hadiah kemenangannya iaitu sebanyak RM1000.
- Selain itu, buku yang terbit dalam kala tertentu atau pada tahun tertentu layak untuk dihantar kepada sekretariat Hadiah Sastera Perdana Malaysia yang kini dianjurkan setahun sekali. Maksudnya, jika buku itu diterbitkan pada tahun 2014, maka buku ini layak untuk dipertimbangkan pada tahun depan 2015. Hadiah utama dalam HSPM untuk kategori dewasa iaitu RM10,000 manakala kategori remaja dan kanak-kanak RM5000.
- Sekiranya penulis menyertai persatuan penulis negeri, barangkali penulis akan mendapat kemenangan berganda sekiranya persatuan tersebut turut menganjurkan Hadiah Sastera Peringkat Negeri. Misahnya, Hadiah Sastera Johor Darul Takzim yang saban tahun menganjurkan hadiah ini untuk mengiktiraf penulisnya. Sekiranya menang, penulis akan menerima hadiah yang bukan sedikit jumlahnya.
- Penulis turut memperoleh bayaran lagi sekiranya buku tersebut dibeli oleh Perpustakaan Negara Malaysia secara pukal sekitar 500 atau 1000 naskhah. Bayaran tersebut mengikut kadar tertentu yang telah ditetapkan. Barangkali sama dengan royalti yang diterima sewaktu kali pertama cetakan pertama buku tersebut.
- Drama adaptasi novel sekarang ini juga mampu memberikan pulangan kepada penulis novel. Novelis yang karyanya disunting oleh pengarah drama ataupun penerbit drama mampu meraih pulangan yang tinggi. Pulangan itu lebih terarah kepada cetakan novel tersebut.
- Akhir sekali, penulis dan karyanya akan mendapat bonus tambahan sekiranya karya tersebut dipilih sebagai teks Komsas. Bayaran ini mengikut kadar tentu yang telah ditetapkan. Anggarannya sekitar RM90,000 hingga RM140,000 untuk novel, RM25,000 untuk cerpen dan RM16,000 untuk puisi. *bayaran yang dinyatakan berdasarkan maklumat dalam artikel Nimoiz T.Y.
Setelah membaca perkongsian atau dengan kata mudahnya jalan yang ada dalam bidang penulis, anda yakin boleh jadi kaya dengan menulis? Biarpun, hadiah kemenangan untuk pertandingan nyanyian dan industri hiburan lebih tinggi dan lumayan, saya kira penulis tidak cepat melatah. Kita mempunyai perjuangan yang berbeza.
Ayuh, penulis muda, kita sama-sama berjuang dalam bidang penulisan! Kepada penulis mapan, teruskan menghasilkan karya untuk tatapan generasi semasa dan mendatang. Sama-sama kita memperkayakan khazanah persuratan negara dan membangunkan negara melalui bahasa dan sastera.
rasanya helmi pun dah byk dpt rm hasil drp penulisan ...
BalasPadamPenulisan banyak membangunkan negara. Itu yang saya pasti. Hiburan picisan melemahkan minda warga kebanyakannya. Itu juga saya pasti.
BalasPadampernah ada cita-cita..:-))
BalasPadamtahniah tuan. semoga diberi ilham yang melimpah ruah untuk terus menulis. mendapat imbuhan dari penulisan saya kira satu bonus mengiktiraf bakat dan penat lelah seorang penulis
BalasPadamwah...itu sudah bagus..
BalasPadamkerjaya menjadi penulis bebas memerlukan semangat yang kental. macam orang berlari maraton jugak, perlahan-lahan tetapi hasilnya banyak. Insya-Allah
BalasPadamBaca entri ni buat saya teruja. Sangat membuak-buak rasanya nak menulis dan terus menulis. Cuma disiplin diri kena mantapkan lagi. Hehe. Banyak bertangguh untuk menulis. Akhirnya, tumpul tanpa sedar. Selamat berkarya cikgu!
BalasPadamSaya setuju. Apabila kita betul ingin menjadi penulis, pastinya masa memang menjadi musuh utama kita. Sama ada kita memotongnya, atau ia memotong kita.
PadamAlhamdulillah..setiap kita dikurniakan bakat yang berbeza..yang manfaatkan kurniaan Allah..pasti berbaloi..
BalasPadamWow....memang dunia penulisan memberi seribu satu kepuasan dalam pelbagai aspek..
BalasPadamMemang teringin nak jadi penulis, tetapi ilmu di dada masih kurang..terlalu banyak kelemahan :)
BalasPadamSaya ingin ucapkan terima kasih kepada cikgu juga. Dengan membaca kisah-kisah cikgu sendiri, saya telah merobohkan tembok kebodohan saya dalam menuntut ilmu penulisan kreatif ini.
BalasPadamInsya-Allah saya juga ingin menerbitkan kumpulan cerpen seperti cikgu nanti. Moga kita dapat bertemu nanti dalam penyampaian hadiah sayembara ITBM.
Sebenarnya, saya juga masih dalam pembelajaran. Sama-sama kita berkongsi ilmu dan pengalaman. Saya juga tidak menyangka, penglibatan saya dalam dunia penulisan hingga berjaya menerbitkan sebuah buku.
PadamTetamu Istimewa adalah hasil kesungguhan saya sebagai seorang penulis baru dan muda. Sebab itu saya selalu syorkan kepada penulis baru, ataupun bakal penulis untuk memilikinya. Cerpen yang terkandung di dalamnya pelbagai. Dari mudah hinggalah yang lebih rumit sedikit. Lebih penting saya mahu mereka juga terinspirasi daripada buku tersebut.Lantaran, mereka juga bercita-cita untuk menerbitkan buku sendiri
Oh, besar impian itu. Insya-Allah. Jika ada rezeki. Saya sekarang ni lebih menulis untuk penerbitan eceran. Belum ada karya untuk projek tersebut. Tapi, niat untuk menyertai pada musim ini masih ada.
Semoga berjaya!
chayok2x! cikgu helmi. rasanya ini satu tulisan untuk memberi semangat pada diri sendiri kan? goodluck. moga idea melimpah ruah ;)
BalasPadamSetiap perkara yg baik pasti akan beroleh sesuatu yg baik juga kan... semoga cikgu Helmi juga terus berjaya... aamiin..
BalasPadamTerima kasih, atas doanya itu Tuan Khir Khalid.
PadamPasti ada imbuhan yang berbaloi jika kita berkemahiran dalam sesuatu bidang serta bijak menonjolkannya.
BalasPadamAlhamdulillah, akan saya gunakan kemahiran ini sebaik mungkin.
Padam