Pengikut

Isnin, 4 Januari 2016

Sinopsis Novel Songket Berbenang Emas Komsas Tingkatan 5 2016

Assalamualaikum.


Novel Songket Berbenang Emas merupakan novel Komsas Tingkatan 5 yang mula digunakan pada tahun 2016. Novel hasil karya Khairuddin Ayip ini merupakan terbitan DBP. Novel ini digunakan di ZON 1 : NEGERI PERLIS, KEDAH, PULAU PINANG, DAN PERAK. 

Sinopsis Songket Berbenang Emas


Songket Berbenang Emas mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang murid yang cerdik dan disenangi oleh teman-temannya. Namun, Dahlia menghadapi masalah keluarga hingga mengganggu tumpuannya terhadap peperiksaan yang bakal didudukinya. Sebagai anak sulung, Dahlia terpaksa memberikan perhatian kepada keluarganya. Apabila ibunya dirawat di Hospital Permai, dia terpaksa keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya. Tekanan bertambah kerana hubungannya dengan Azhari dipandang serong oleh jirannya. Tindakan berani Dahlia terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said tidak dihargai, malah dicemuh pula kerana gagal menyelamatkannya. Walau bagaimanapun, Dahlia tetap tabah menghadapi pelbagai dugaan. Hadiah atas kesabarannya menghadapi pelbagai dugaan hidup ialah kejayaannya yang dapat melanjutkan pelajaran ke Jepun dan pertunangannya dengan Azhari.

Novel ini digarap bab demi bab. Terdapat 28 bab dalam novel ini.

Kandungan Bab

Bab 1 - Kalau;ah Engkay Mengerti
Bab 2 - Detik-detik Hati Tersentuh
Bab 3 - Jangan Tinggalkan Kami
Bab 4 - Dibuai Kenangan Indah
Bab 5 - Kata Setajam Pedang
Bab 6 - Ditelan Arus Deras
Bab 7 - Derbudi Berbalas Nista
Bab 8 - Bayang-bayang Kecelakaan
Bab 9 - Apabila Tamak Menguasai Jiwa
Bab 10 - Selamat Tinggal, Asrama Puteri!
Bab 11 - Pedihnya Melayan Kerenah Anak
Bab 12 - Air Mata Menitis di Hospital Permai
Bab 13 - Pahitnya Menelan Kenyataan
Bab 14 - Hilang dari Kandang
Bab 15 - Ingin Mempersunting Bunga di Taman
Bab 16 - Bisa Ular Tedung
Bab 17 - Kupertahankan Tanah Sekangkang Kera
Bab 18 - Budi Tanpa Mengira Warna Kulit
Bab 19 - Apabila Dua Jejaka Bertemu
Bab 20 - Ingin Kujunjung Langit
Bab 21 - Hijrah Remaja Harapan
Bab 22 - Kain Merah yang Reput
Bab 23 - Sinar Kebahagiaan
Bab 24 - Runtuhnya Tembok Kesombongan
Bab 25 - Inilah Kampungku!
Bab 26 - STPM, akan Kugapai Kecemerlangan
Bab 27 - Bunga-bunga Kejayaan dalam Genggaman
Bab 28 - Koi-bito

Biodata Penulis: Khairuddin Ayip


Khairuddin Ayip dilahirkan di Batu Pahat, Johor pada 25 Februari 1962. Beliau telah menerima pendidikan di Sekolah Kebangsaan Pintas Raya (1969 hingga 1974), Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Ismail (1975 hingga 1979), dan Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Bentara Luar (1980 hingga 1981). Seterusnya, beliau melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim (1982 hingga 1984) dan Universiti Putra Malaysia (1996 hingga 1999).

Beliau banyak menghasilkan buku kreatif seperti novel remaja, cerpen dan sajak. Hasil penglibatannya dalam bidang penulisan kreatif, beliau telah memenangi beberapa anugerah seperti tempat ketiga Sayembara Hadiah Sastera Remaja ESSO-GAPENA II, 1980 (Guruku Ibuku Jua), tempat pertama Peraduan Menulis Novel Kanak-kanak DBP 1987 (Sayang Disayang), hadiah penghargaan Novel Remaja Utusan-Public Bank 1989 (bukan Untukku), tempat pertama Peraduan Menulis Novel Remaja DBP 1990 (Songket Berbenang Emas), tempat kedua Peraduan Menulis Novel Kanak-kanak DBP 1991 (Mawar Putih Mawar Merah) dan tempat kedua Peraduan Menulis Cerpen Kanak-kanak Hari Guru Kebangsaan 2000 (Semerah Saga).

Kini, beliau bertugas sebagai Pegawai School Improvement Specialist Coaches + (SISC +) di Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana, Selangor.

6 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78