Pengikut

Isnin, 3 Februari 2014

Cara Betul Menulis Nombor dalam Penulisan

Sebelum pulang ke Batang Kali, malam ini sempatlah mengemas dan menyusun koleksi majalah di rak buku. Salah satu sebab lain, saya mencari bahan untuk dibawa pulang sekali. Apabila membelek majalah Pelita Bahasa, April 2010 ada sebuah artikel yang menarik perhatian saya dengan judulnya "Nombor dalam Penulisan" tulisan Mohd. Hashim Osman. 

Tulisan ini menjelaskan cara betul menulis nombor dalam penulisan. Saya pasti, termasuk juga saya-kita masih ragu-ragu untuk menggunakan nombor dalam penulisan dengan cara yang betul. Saya kira, tulisan ini mampu memberi pencerahan dan dijadikan sebagai rujukan untuk membetulkan yang biasa, dan biasakan yang betul. 

nombor - kredit foto dari lifefinggerr.blogspot.com


1. Nombor yang kurang daripada 10 (1-9) perlu ditulis dengan perkataan atau ejaan sepenuhnya. 
Contoh: Kakak membawa pulang empat ekor anak kucing yang ditemuinya semasa balik dari sekolah. 

2. Bagaimanapun, hukum penggunaan angka (11 dan seterusnya) tidak boleh dipakai sekiranya nombor itu terletak pada permulaan ayat, sebaliknya perlu dieja sepenuhnya.
Contoh: Dua belas orang pelajar dimasukkan ke wad kerana keracunan makanan.

3. Nombor bagi tahun kalendar atau tarikh tidak perlu ditukarkan kepada ejaan sebaliknya dikekalkan dalam nombor. 
Contoh: 31 Ogos 1957 merupakan kemuncak kejayaan perjuangan menuntut kemerdekaan negara daripada penjajah British. 

4. Nombor besar yang melibatkan unit ribu, juta dan bilion-nombor tersebut ditulis dalam bentuk perkataan dengan didahului oleh nombor. 
Contoh: Menjelang tahun 2010, jumlah penduduk Malaysia dijangka mencecah 25 juta orang.

5. Nombor yang berkaitan dengan matematik, sains dan teknik, angka tersebut digunakan sama ada pada permulaan ataupun tengah ayat. 
Contoh: Dalam ujian makmal itu nanti, kami memerlukan 3 gram ketulan natrium dan 1 liter air suling. 

6. Nombor yang melibatkan nilai mata wang (RM dan sen), angka boleh mewakili nombor tanpa menukarkannya kepada bentuk perkataan. Begitu juga halnya dalam menulis nilai ringgit yang besar.
Contoh: Kerajaan negeri telah bersetuju memperuntukkan RM 1.2 juta bagi mendirikan masjid baharu di pekan Sungkai. 

7. Kata sendi ke digabungkan dengan nombor untuk menyatakan kedudukannya. Jika kedudukan tersebut ditulis dalam bentuk angka, tanda sempang diletakkan selepas kata sendi ke.
Contoh: Shahira merupakan anak ke-6 dalam keluarganya. 

8. Jika nombor kedudukan ditulis dalam bentuk perkataan penuh, tanda sempang digugurkan dan kata sendi ke ditulis secara bergabung dengan nombor berkenaan. 
Contoh: Shahira merupakan anak keenam dalam keluarganya. 

Sumber: Pelita Bahasa

23 ulasan:

  1. wah terima kasih cikgu untuk penjelasan ni
    saya tahu yang pertama tu aje, tapi jarang amalkan =)

    BalasPadam
  2. OOoooo informasi yang sangat bagus cikgu

    BalasPadam
  3. alamak yang selalu acik tulis ..terima kasih cikgu atas infomasinya

    p/s : harap dapat vote blog acik untuk favorite lifestyle blog di media social awards. cara-cara ada di blog acik

    BalasPadam
  4. bagus entri ini. kadang-kadang bila nak terlalu singkat, ejaan jadi yang bukan-bukan. hasilnya kadang-kadang, ada jugak sampai kita tak faham apa yang hendak disampaikan.

    BalasPadam
  5. Inilah informasi yang sangat bagus utk saya! Ada soalan cikgu...
    Yang mana betul dan pebggunaan yg tepat :
    RM 1 atau RM 1.00
    25% atau 25 peratus atau dua puluh lima peratus
    Salahkah kalau angka juta kita tulis semua dalam bentuk angka... 1,000,010
    kurun ke 18 atau kurun kelapan belas (keliru juga penggunaan ke...jauh atau rapat)

    Nombor dalam point artikel:
    1) atau 1. atau 1 - .......
    angka roman pula bagaimana?

    Kalau guna simbol boleh ke? seperti :
    10/8 atau 10 per 8
    20 kali ganda atau 20 x ganda

    Banyak lagilah tapi cukuplah itu dulu...maaf cikgu! banyak soal...macam butak sekolah pula... :)




    BalasPadam
  6. kak ni nama je cikgu tapi selalu buat silap juga, helmi tambah2 kesalahan no.3 tu. tqvm..

    BalasPadam
  7. terbaik entri ini..) penjelasan yang mantap dan meyakinkan..terima kasih cikgu..

    BalasPadam
  8. terima kasih cikgu..dah lama tak skolah ni..seronok bila ada entri macam ni..

    BalasPadam
  9. terbaiklah cikgu ! lengkap tu. hehe

    BalasPadam
  10. Assalam
    Terima kasih ya Cikgu. Panduan yang berguna sangat dalam penulisan.

    BalasPadam
  11. T kasih diatas perkongsian cikgu Helmi... selalu tulis main hentam je hehee.. :D

    BalasPadam
  12. alhamdulillah..ini sangat penting sekali.kathy pun kadang kala tersasul juga..terima kasih helmi..

    BalasPadam
  13. salam singgah. terima kasih atas perkongsian saudara :) doakan saya dapat menghabiskan pengajian dengan jayanya !

    BalasPadam
  14. Oooo.. baru tauu... hehehe.. ok insyaallah boleh aplikasikan selepas ini.. :D

    BalasPadam
  15. ilmu baru untuk akak.. selalunya akak main tulis sahaja ikut suka hati.. hehe..

    BalasPadam
  16. Wah! Terima kasih atas perkongsian cikgu. Cuma yang nombor 5 tu... pertama kali saya tahu. :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78