Pengikut

Ahad, 23 Februari 2014

Kreativiti Seni Jahitan Cross Stitch

Assalamualaikum.

Sewaktu saya belajar di Universiti Putra Malaysia (UPM) dahulu, saya pernah mengambil kursus Sistem Tulisan Jawi. Sebagai tugasan, kami dikehendaki menghasilkan tulisan khat mengikut kreativiti dan berdasarkan beberapa kriteria yang ditetapkan (tak ingat pula saya). 

Cross Stitch Bismillahirrahmanirrahim yang telah siap

Apabila melihat tajuk tugasan, saya dengan yakinnya mencadangkan kepada ahli kumpulan saya untuk memilih seni jahitan Cross Stitch. Saya juga menyatakan bahawa saya pernah menghasilkannya sebelum ini. 

Setelah dipersetujui, saya meminta bantuan kakak ipar saya yang berada di Kedah untuk mengepos bahan yang diperlukan. Antaranya, kain, peta lakaran, benang dan jarum. Hal ini demikian, kakak ipar sayalah yang menjadi pencetus ilham dan mengajarkan saya menghasilkan seni jahitan Cross Stitch ini. 

Sewaktu menghasilkan Cross Stitch di UPM

Pada mulanya agak kekok juga untuk saya memulakannya setelah lama tidak buat, namun setelah mencuba beberapa kali akhirnya menjadi juga. Kemudian, "ilmu" itu diperturunkan pula kepada ahli kumpulan yang lain. 

Jika tidak salah, daripada sejumlah kumpulan dalam kalangan lelaki, hanya kumpulan saya yang menghasilkan seni jahitan Cross Stitch ini. Perkataan yang menjadi pilihan ialah BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Cross Stitch yang belum dibingkaikan 

Alhamdulillah, setelah dihantar dan dinilai oleh pensyarah, kumpulan kami antara kumpulan yang mendapat markah tertinggi. Kini, hasil kreativiti seni jahitan Cross Stitch ini sudah dihadiahkan kepada sebuah rumah anak yatim sewaktu kami melakukan aktiviti di sana. Harap-harap, masih lagilah terletak elok dan terpamer megah di sana. 

14 ulasan:

  1. Zaman remaja saya , ada gak gatal tangan kacau kakak buat cross stitch .

    BalasPadam
  2. wah, kumpulan cikgu tu kreatifnya. boleh jadi bisnes kalau ditinggikan lagi impian tu :) hehe

    BalasPadam
  3. Wah cantiknya cross stitch yang dihasilkan.. Kalau jual pun mesti ada orang yang nak beli..

    BalasPadam
  4. Satu kraftangan yang menarik. Ianya mudah dipelajari dan kini banyak di jual bahan2nya di kedai kraf...Hanya perlukan sedikit ketelitian dan kerajinan.

    BalasPadam
  5. cantiknya...memang kreatif..

    BalasPadam
  6. Wahh hebat cikgu Helmi kita ni... pandai buat "cross stitch" rupanya.. mmg kreatif & menarik... memori yg manis juga tu... nostalgia.. :)

    BalasPadam
  7. tahniah...tangan berseni ni. untungle bakal orang rumah helmi nanti:-))

    BalasPadam
  8. wahh berseni tangan.. memang cantik ^_^

    BalasPadam
  9. wah.. berbakat betul helmi.. cantik hasilnya.. akak bab menjahit atau menyulam ni tak minat, tapi kalau memasak minat..

    BalasPadam
  10. Saya pun baru tahu jahitan silang ini digelar cross stitch. Saya lihat ada orang buat dan jual dengan gambar pokemon. Laku keras juga.

    BalasPadam
  11. Lamo xdgr cite tetibe kuar karya... hg mmg hebat

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78