Pengikut

Ahad, 16 Februari 2014

Contoh Evidens PBS Pendidikan Kesihatan Tahun 2 KSSR - B3D2E1, B3D2E2

Assalamualaikum.

Pada tahun lepas saya pernah mengajar Pendidikan Kesihatan Tahun 2, KSSR. Beginilah evidens yang diuji kepada murid. Dalam tajuk ini, murid didedahkan dengan kesihatan diri dan reproduktif. Oleh itu, murid akan didedahkan dengan sentuhan selamat dan tidak selamat. 

Pada mulanya, agak malu juga untuk saya mengajarkan tajuk ini, namun saya cuba sampaikan dengan cara yang sopan dan sesuai dengan murid sekolah rendah. 

B3D2E1, B3D2E2

MODUL 1 : KESIHATAN FIZIKAL
Band 3          : Tahu,Faham dan Boleh Buat
Deskriptor 2   : Menangani pengaruh dalaman dan luaran berkaitan kesihatan diri dan reproduktif
Eviden 1        : Menyatakan maksud dan situasi sentuhan tidak selamat
Eviden 2        : Menyatakan tindakan yang perlu diambil jika berlaku sentuhan tidak selamat
Aktiviti           : Lisan/mewarna

Arahan:
1.    Mempamerkan gambar  sentuhan selamat dan tidak selamat.

2.  Mewarnakan gambar bahagian anggota badan yang selamat (warna biru) dan tidak selamat (warna merah) disentuh.   





7 ulasan:

  1. Tak mengapa kalau untuk tujuan pendidikan..

    BalasPadam
  2. untuk tujuan mendidik tidak mengapa..

    BalasPadam
  3. mcm2 cikgu pj kena buat sekrg ya . dulu simple jer . asalkan anak murid berpeluh , dah ok . ni la sbb my kakak dok membebel jer psl pbs ... byk keje katanya .

    BalasPadam
  4. rasanya utk didikan x mengapa..lagi bahaya kalau mereka nie x tahu bahagian selamat atau x selamat disentuh...tapi disentuh juga..lagi bahaya tuh..

    BalasPadam
  5. Utk pendidikan tiada salahnya, cuma penjelasan yg sebaiknya mmg perlu agar tiada yg salah faham ttg tujuannya...

    BalasPadam
  6. Oooo... Ida pernah terbaca tajuk org post di facebook pasal pendidikan seks yang diajar di sekolah rendah... apakah ini sebahagian daripada itu?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78