Pengikut

Jumaat, 28 Februari 2014

Puisi Hari Jumaat: Antara Kau dan Aku

Assalamualaikum.


Antara Kau dan Aku 

Kuburku kuburmu
Dosaku dosamu
Amalku amalmu
Rumahku rumahmu
Hidupku hidupmu
Matiku matimu.

Khabar inginku padamu
mati hanya sekali tidak dua

Agamaku agamamu
hanya satu iaitu Islam

Kitabku kitabmu
hanya satu iaitu al Quran

Padangku padangmu
hanya satu iaitu padang Mahsyar

Tuhanku tuhanmu
hanya satu iaitu Allah SWT

Biar kau dan aku banyak perbezaanya
namun kita masih ada satu persamaan. 

Hanya sesekali kau terpesong
kembalilah pulang ke jalan benar
sebelum kapal hayatmu karam
kau terbenam sesal merintih sendu.

Simpang Empat Kangkong, Kedah
Mohd Helmi Ahmad
15 September 2011

21 ulasan:

  1. wah cikgu padat dengan maksud
    terima kasih buat saya muhasabah diri

    BalasPadam
    Balasan
    1. Puisi lama ni, moga bermanfaat untuk kita semua.

      Padam
  2. seperti biasa,memangmenarik dan begitu mendalam..salam jumaat helmi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, Kak Kathy. Sama-sama kita menghayatinya.

      Padam
  3. Salam,
    Berpuisi cikgu dihari jumaat yg mulia ini. Puisi yang penuh dengan pengisian rohani.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam, tak ada idea nak menulis. Cari puisi lama kongsikan di sini. Moga ada manfaatnya juga.

      Padam
  4. Balasan
    1. Yang penting puisi ini sampai maksudnya kepada pembaca.

      Padam
  5. Puisi yang terbaik... Agar dapat jadi panduan semua :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, itulah sebenarnya perutusan sebuah nukilan puisi.

      Padam
  6. Assalamualaikum dan salam singgah malam di sini...salam Jumaat...puisi yang menarik dan amat mendalam maksud di setiap ayat2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam, terima aksih singgah di sini. Salam Jumaat. Alhamdulillah, moga kesannya juga akan sentiasa diingati.

      Padam
  7. salam jumaat cikgu, puisi yang indah :)

    BalasPadam
  8. Puitis.. sarat dgn seruan & peringatan.. salam Jumaat cikgu Helmi.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Jumaat Tuan Khir. Alhamdulillah, moga pesanan dan peringatan ini lebih kekal lama dalam jiwa kita.

      Padam
  9. puisi penuh bermesej...sama2 kita saling menegur..demi satu..kita seagama
    moga jalan kaki kita sentiasa menuju ke jalanNya

    BalasPadam
  10. Teruja mia baca ni... puitis sungguh...

    BalasPadam
  11. sangat mendalam maksud puisi ini helmi.. berpesan-pesan sesama manusia .. masih belum terlewat untuk memperbaiki diri..

    BalasPadam
  12. Yah. Dan saya baca puisi ini pada hari jumaat. :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78