Assalamualaikum semua.
Saya sedang belajar untuk memahami dan mengerti bahawa tidak semua pembaca adalah pembeli tegar buku. Namun, bagi saya pembeli tegar buku adalah pembaca yang setia.
Tiga buah buku yang dipesan |
Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi membeli Tetamu Istimewa. Mulanya saya agak malu untuk mempromosikan Tetamu Istimewa kepada kawan lama yang sekali sekala bertanya khabar. Namun, saya terpaksa tebalkan muka, walaupun hidung tak mancung untuk promosikan buku pertama saya ini.
Bagaimanapun, antara kawan saya itu yang mesra disapa Din, tanpa berfikir panjang telah memesan dua buah. Katanya, satu untuk dia dan satu lagi untuk adiknya (Iddya). Oh, terharu rasanya, walaupun mereka ini adik-beradik, duduk di bawah satu bumbung, mereka sanggup membeli lebih daripada sebuah, walhalnya boleh saja mereka berkongsi membacanya. Barangkali, inilah yang dinamakan sokongan.
Ada juga yang berkata kepada saya, "promosikan di blog, hang banyak followers, Insya-Allah, akan ada pembelinya". Saya sekadar tersenyum menyambut cadangannya itu. Dalam hati saya-tidak semudah itu.
Alhamdulillah, terima kasih kepada Mizz Aiza atau Kak Aiza yang menjadi followers atau rakan blogger pertama yang membeli Tetamu Istimewa daripada saya. Insya-Allah, barangkali akan ada yang mengikutinya, setelah respons balas yang diterima daripada entri sebelum ini. Saya masih menantikan pesanan itu.
Nota: Kepada Din, Iddya dan Mizz Aiza, buku akan diposkan hari Isnin. Insya-Allah.
Alhamdulillah, terima kasih kepada Mizz Aiza atau Kak Aiza yang menjadi followers atau rakan blogger pertama yang membeli Tetamu Istimewa daripada saya. Insya-Allah, barangkali akan ada yang mengikutinya, setelah respons balas yang diterima daripada entri sebelum ini. Saya masih menantikan pesanan itu.
Nota: Kepada Din, Iddya dan Mizz Aiza, buku akan diposkan hari Isnin. Insya-Allah.
Wahh bagus ni.. saya pun nak satu cikgu Helmi.. mmg tak kesempatan ke kedai buku.. :)
BalasPadamBaik, pesanan diterima.
Padamhelmi..ada akaun maybank tak?
BalasPadamSaya tak ada Maybank lah, kak kathy. Cuma ada CIMB dan BSN sahaja.
Padamalamak...akak tak ada akaun cimb dan bsn..:(
PadamAda cadangan lain ke?
PadamInilah satu-satunya buku saya cik akak. Cuma baru terima stok. Kalau cik akak berminat nak beli, maklumkan kepada saya ya. Saya sangat mengharapkan sokongan kalian semua.
BalasPadamalhamdulillah.. bersama kita menyokong antara satu sama lain.. akak belikan untuk bacaan bersama-sama anak saudara akak juga.. mak akak sendiri pun suka membaca.. cuma akak je yang malas sikit membaca, hehe..
BalasPadamTerima kasih Kak Aiza. Insya-Allah, hari isnin ni saya poskan buku tersebut.
Padamsemoga penerbitan buku ini akan memberikan lebih semangat kepada cikgu. amin. hehe
BalasPadamsemoga dengan penerbitan buku ini akan memberi cikgu lebih semangat :D
BalasPadamTerima kasih Syuk.
PadamSaya syorkan cikgu buat satu page tap khas diblog ini untuk Buku terbitan cikgu. Beri sinopsis ringkas dan diletakkan harga, cara utk menghubungi, cara penghantaran dan order serta cara pembayaran. Boleh juga guna pengisian form khas yang tidak disiarkan maklumat pembelinya. Tidak semua pembeli mahu pendedahan akan pembelian mereka.
BalasPadamPromosi berterusan dan berkesan pasti membuahkan hasil....Insyaallah.
Sekadar idea...tidak semestinya diikut... :)
Terima kasih BM atas cadangan yang diberikan. Sebenarnya saya telah menerbitkan satu entri statik yang menjelaskan secara ringkas tentang promosi buku ini.
PadamBoleh rujuk entri ini.
http://mieadham86.blogspot.com/2014/02/stok-buku-kumpulan-cerpen-remaja-tetamu.html
Insya-Allah akan ditambah baik selepas ini.
Tahniah cikgu..Semoga rezeki bertambah!!!
BalasPadamTerima kasih, atas doanya. Amin.
PadamWah wah :)
BalasPadamMohon singgah ke blog saya awksweetgitu.blogspot.com :)
Insya-Allah, akan singgah nanti.
PadamTahniah! Dah ada buku tu ;)
BalasPadamAlhamdulillah, buku pertama saya. Jika berminat, maklumkan kepada saya.
PadamWah! Seronoknya cikgu. Semakin ramai pembeli. Insyaallah mereka akan berpuas hati dengan buku cikgu.
BalasPadamSaya juga menantikan buku Hanif.
PadamItu tandanya mereka2 itu memberi sokongan pada cikgu...
BalasPadamAlhamdulillah. Ida dah baca ke buku saya tu, hehehe.
PadamP/S: Ida, nak tanya kenapa kadangkala susah juga nak scroll ke bawah entri di blog Ida.
tahniah bro, inshaAllah, ada rezeki fizi beli satu..
BalasPadamBaiklah, terima kasih.
Padam