Assalamualaikum semua.
Adakah kalian semua masih dalam suasana Tahun Baru Cina? Bukankah elok, sambil sambut Tahun Baru Cina, baca pula cerpen Kuih Bakul Limau Mandarin. Cerpen ini saya tulis sewaktu belajar di IPG Kampus Perlis. Ketika itu semangat untuk menulis cerpen sempena Tahun Baru Cina sangat berkobar-kobar. Akhirnya, terhasillah cerpen ini dan tersiar di Harmoni ketika itu pada tahun 2011.
Setelah itu, cerpen ini memenangi hadiah penghargaan dalam Hadiah Sastera Kumpulan Utusan ExxonMobil (HSKU) 2011 kategori cerpen remaja. Saya sangat tidak menduga. Alhamdulillah, inilah yang dinamakan rezeki dari Allah SWT.
Menurut Laporan Panel Penilai HSKU:
Cerpen "Kuih Bakul Limau Mandarin" menampilkan Lim Meng, watak remaja berjati diri dan tabah, walaupun disisihkan oleh bapanya. Sikap bapanya yang ego serta sering memihak kepada abangnya tidak sesekali memutuskan perasaannya terhadap keluarga. Kesanggupan remaja ini untuk pulang pada Tahun Baru Cina serta memaafkan bapanya walaupun pernah dihalau oleh bapanya wajar menjadi iktibar kepada remaja. Sebagai bahan pembinaan sahsiah, cerita bertema begini mempunyai fungsinya dan wajar disebarkan.
Cerpen ini mengirimkan perutusan didaktis bahawa sifat ego dan bertindak tanpa usul periksa tidak akan membawa keuntungan kepada sesiapa, malahan akan membinasakan diri sendiri. Begitulah akibat yang diterima oleh Lim Pooi apabila dia menuduh anaknya Lim Meng sebagai pembawa sial dalam keluarga sedangkan hakikatnya tidak demikian. Rentetan dan alur penceritaannya tersusun menuju ke klimaks dengan menunjukkan perubahan sikap watak bapa selepas dia mengetahui perkara sebenar. Penyusunan plot sebegini berfungsi melenturkan perasaan pembaca dan memberikan kesan emotif yang tinggi.
Masih ada" rezekinya" lagi yang belum saya dapat umumkan di sini melalui cerpen ini. Insya-Allah, sampai masanya nanti akan saya kongsikan berita itu di sini.
Istimewanya lagi, cerpen ini dibukukan dalam kumpulan cerpen remaja: Tetamu Istimewa bersama 14 buah cerpen lagi yang pastinya menjanjikan satu pengalaman pembacaan yang indah dan menarik.
Tetamu Istimewa diterbitkan oleh Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM), berharga RM20. Sekiranya kalian berkesempatan ke Kedai Buku 1Malaysia kalian boleh dapatkan buku ini dengan harga RM17. Dengan ketetapan harga ini, kalian boleh membaca 15 buah cerpen yang menyorot pelbagai sisi kehidupan remaja. Barangkali, kalian sendiri pernah melaluinya.
Tetamu Istimewa telah pun diulas oleh seorang penulis dalam ruangan Ulasan Buku Mingguan Malaysia. Boleh rujuk entri ini, Kumpulan Cerpen Bertema Remaja.
Saya masih mencari masa yang sesuai untuk ke Wisma ITBM untuk mengambil stok buku ini. Saya juga ingin dapatkan kepastian, adakah kalian berminat untuk mendapatkan buku ini dari saya?
wah! Ada unsur suspense di sini.....! Rezeki apa agaknya ya.... :)
BalasPadamTunggu ya. Biar suspen sikit.
PadamT kasih diatas perkongsian cikgu Helmi.. belum berkesempatan nk ke kedai bugu lagi.. in shaa Allah.. pasti akan dptkannya nnti sbb teringin sgt nk membacanya.. :)
BalasPadaminsyaAllah, nanti bila berkesempatan nk cari jgk la buku ni cikgu
BalasPadamMenanti 'rezeki' yang masih menjadi misteri... :)
BalasPadamTak sempat baca lagi buku ni hehehe
BalasPadambestnyer..novel helmi ni ada jual kat kedai buku BADAN tak?
BalasPadam