Pengikut

Ahad, 2 Februari 2014

Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) - Cara Kemaskini

Selepas maklumat murid dalam Sistem Maklumat Murid (SMM) dikemaskini, guru kelas perlu mendaftar nama murid dalam Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) dan terakhirnya guru kelas perlu kemaskini maklumat murid dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) pula.


APDM telah pun dibuka. Oleh itu, guru kelas perlu daftar masuk dengan memasukkan ID Pengguna dan Kata Laluan.

Guru boleh klik pautan ini.


Cara kemaskini APDM

1. Setelah cikgu daftar masuk, cikgu haruslah terlebih dahulu memastikan nama cikgu didaftarkan di kelas yang betul

2. Kemudian, di bahagian aplikasi-cikgu klik data murid untuk memastikan jumlah murid yang berada di dalam kelas cikgu cukup. Contohnya:



3. Semak nama murid dan maklumatnya.


4. Sekiranya ada murid yang bukan sepatutnya berada di dalam kelas tersebut, cikgu boleh pindahkan murid itu ke kelas yang sepatutnya dengan klik kemaskini kelas


5. Jika murid kelas cikgu tidak cukup, cikgu boleh membuat carian dengan klik daftar murid tanpa perlu menunggu guru kelas lain pindahkan murid tersebut dan masukkan salah satu maklumat murid tersebut. Kemudian, apabila maklumat murid itu sudah dijumpai, cikgu boleh daftar murid tersebut ke kelas cikgu.

6. Seterusnya, cikgu perlu kemaskini maklumat ibu bapa murid tersebut. 


7. Setelah siap kemaskini, diingatkan supaya cikgu log keluar ataupun daftar keluar untuk menjamin keselamatan ID cikgu tidak diceroboh. 

Semoga berjaya!

Nota: Diingatkan kepada guru kelas supaya tidak memadam data atau maklumat murid yang bukan dari kelasnya.

9 ulasan:

  1. Cikgu tiap-tiap pagi cik akak kena isi benda nie..huhu...
    Malas bila tak dapat buka..huhu

    BalasPadam
  2. Semoga memudahkan semua yg terlibat..

    BalasPadam
  3. banyak kerja cikgu eh skg ni..

    BalasPadam
  4. Dah macam kerani pula kerja cikgu ye...

    BalasPadam
  5. Mungkin kerja cikgu2 ni semakin bertambah tetapi rasanya berbaloi dan manafaat untuk masa hadapan

    BalasPadam
  6. panduan berguna untuk rujukan guru kelas..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78