Pengikut

Sabtu, 22 Februari 2014

Sokongan Blogger kepada Tetamu Istimewa

Assalamualaikum.

Sampul pos laju

Selamat berhujung minggu kepada semua. Saya kira hari ini merupakan hari istimewa kepada rakyat Malaysia yang menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0. Kepada yang tidak berjaya, boleh buat rayuan dengan mengisi Borang Rayuan BR1M.

Bagi saya pula, awal pagi tadi saya ke pejabat pos untuk mengepos pesanan Tetamu Istimewa. Pada mulanya nak beli 6 sampul Poslaju sahaja, fikir-fikir balik, alang-alang dah ke sana, saya beli 10. Gambar di atas tu, lebihan setelah digunakan. 

Kali ini saya mengepos pesanan blogger Kathy R'bain (1), Khir Khalid (1) dan penulis Nilamsuri (2). Terima kasih saya ucapkan kepada kalian semua. Sekiranya buku tersebut bermasalah, maklumkan kepada saya semula. Harapan saya, buku itu selamat sampai dalam keadaan baik dan selamatlah kalian membacanya. 

Kepada rakan blogger lain, kalian juga boleh mendapatkan buku ini terus daripada saya. Antara blogger lain yang telah mendapatkan buku ini boleh rujuk di sini

18 ulasan:

  1. Bertambah koleksi novel sbg bhn bacaan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, melentur buluh biarlah daripada rebungnya.

      Padam
  2. Alhamdulillah...semoga selamat sampai ketangan pemiliknya.
    Rumah TI sudah berubah wajah...biru mata hitamku :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, egitulah harapan saya.
      Masih dalam proses mengecat rumah. Belum siap sepenuhnya. Nasib baik biru, bukan putih.

      Padam
  3. semoga terus maju dan murah rezeki,
    insha Allah ada kelapangan saya akan baca review buku ni :)

    BalasPadam
  4. alhamdulillah . insha Allah , akan datang ramai lagi yang akan memesannya .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin. Saya amat mengharapkan sokongan kalian semua.

      Padam
  5. Wahh best ni cikgu... oh ye.. tahniah.. blog berwajah baru.. cantik.. :)

    BalasPadam
  6. akak belum berpeluang membacanya.. dapat sahaja kiriman dari helmi tempoh hari terus dipinjam oleh anak saudara akak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, baguslah hehehe...Nampaknya ia berminat. Nanti bolehlah dapatkan pandangannya tentang buku tu.

      Padam
  7. Tahniah cikgu..semoga bertambah ordernya ya...

    BalasPadam
  8. Tahniah Blog cikgu berwajah baru...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78