Pengikut

Jumaat, 19 Julai 2013

Pekasam Pembuka Selera

kredit foto dari www.secubitgaramnor67.com

Saya percaya setiap negeri mempunyai makanan tradisinya. Dan, apabila menyebut makanan tersebut, pasti nama negerinya turut diperkatakan. Bagi saya pekasam merupakan makanan tradisi yang popular di negeri Kedah. Biar sekalipun anda mengatakan bahawa negeri anda juga popular dengan pekasam, saya masih menyatakan bahawa pekasam negeri Kedah tetap yang istimewa. Jangan marah ya. 

Mungkin perbezaan itu terletak pada ikan yang digunakan. Jika di Kedah ikan puyu, haruan, lampam menjadi ikan yang sering digunakan untuk membuat pekasam. 

Di sekolah, seorang guru yang berasal dari Kodiang, ada membuat pekasam. Oh, saya tanpa melepaskan peluang terus menyambar untuk membelinya. Sejak dari hari itu, setiap hari hidangan berbuka saya dihidangi dengan pekasam. Bagi saya, pekasam pembuka selera saya. 

Walau bagaimanapun, saya juga tahu yang ada yang tidak suka akan pekasam. Pertamanya, kerana baunya yang agak kuat. Dan keduanya mungkin menggunakan "ikan darat" (puyu, haruan, lampam). 

48 ulasan:

  1. Kegemaran saya dan ayah. Goreng biar garing, tumbuk cili api, perah asam limau nipis. Makan panas-panas dengan nasi sahaja pun sudah cukup. Lazat!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hui... sedap tu. Ada juga yang suka letak bawang.

      Padam
    2. Saya jarang makan pekasam kerana faktor susah mendapat stok di area KL dan Serdang. Tetapi tidak bermakna saya akan makan setiap hari walau ada orang menjual di sini.

      Suka tips yang diberikan. Kalau terjumpa di nanti, mungkin boleh dicuba masak nanti cara ini.

      Padam
  2. pekasam kalau dimakan dgn nasi panas2...memang membangkitkan selera.......

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Habis tak ada lauk lain pun, dah cukup hanya dengan pekasam.

      Padam
  3. owh saya sejak kawin dengan orang perak baru reti makan pekasam,1st time rasa masa mak mertua hidangkan perghh lepas tu mesti order tiap kali balik kampung he3..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cinta pandang pertamalah ni. Belum cuba, belum tahukan. Jadi, bila dah cuba mesti nak lagi.

      Padam
  4. dulu suka jugak pekasam tapi skrg ni dah kureng skit... huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kurang sebab apa ya? Bau dia ke? Masing-masing ada makanan kegemarannya sendiri kan.

      Padam
  5. Dulu2 mng tak suka sbb bau dia..tpi sejak 'termakan' ikan perkasam kat kampung member..sedappp..smpai skrang..klu tngok ikn perkasam mmng minatlah..tpi tngok juga ikan perkasam depa buat mcm mana..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Awat, depa buat lagu mana? Betul juga kan, kebersihan tu perlu ditikberatkan. Ikan kenalah bersih.

      Padam
  6. o0o..pekasam terkenal di kedah ke.baru taw. kat perak tempoyak. btw,, saya tak suka sgt pekasam. memang sedap.tapi bau dia tak tahan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, tempat lain pun ada juga. Seperti yang saya katakan, memang baunya kuat tapi selepas goreng, sedap.

      Padam
  7. Sape kata x suka kalau dah masuk perut sedap ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Depa yang kata tak sedap tu, depa tak pernah rasa. Huhuhu...

      Kalau dah masuk dalam mulut, perutpun kenyang.

      Padam
  8. cikgu, mama tak pernah makan pekasam tau.... hihi, mana nak dapat yer?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh ya ka. Saya tak pasti pula dekat tempat lain. Di Kedah, banyak tempat yang boleh dibeli.

      Padam
  9. tak pernah lagi merasa ikan pekasam...macam2 makanan kat Malaysia yang perlu dicuba

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh cuba lepas ni. Sememangnya Malaysia kaya dengan jenis makanan. Perlu dicuba.

      Padam
  10. mula2 bertukar ke SP, saya tak reti makan ikan pekasam. 4 tahun berlalu, ikan pekasam ni jadi ole2 bila balik johor. tapi saya hanya beli dari mak anak murid saya di bt lintang. ikannya tak berbau dan tak hancur bila digoreng. kalau di tjg dawai @ pekan rabu tak kena tekak saya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, kalau di Pekan Rabu tu, mungkin ikan yang dah lama. Kalau ikan baru sedap.

      Padam
  11. kebetulan, saya berniaga di Pasar Ramadhan berhampiran dengan peniaga yang menjual ikan pekasam, mmg sedap penangan ikan pekasam ni terutamanya bila makan sahur :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, ya ke. Beruntunglah. Senang nak dapat stok pekasam.

      Padam
  12. buat sendiri ker. bila nak kawin. kih kih kih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya beli ustaz. Ada cikgu di sekolah jual.

      Soalan cepu cemas ni. Insya-Allah, sampai masanya nanti, saya jemput.

      Padam
  13. pekasam mmg sedap
    penambah selera gitu

    psst..saya ada jual rempah masak hitam...
    jom try rasa rempah masak hitam
    mana tau membuka selera puasa ni,
    atau tuk raya nnt..
    tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau yang suka makan, tahu apa rasanya. Dan, pasti mengidam untuk makan lagi.

      Insya-Allah, terima kasih.

      Padam
  14. ya allah ,terliur .. mesti beli kat bazar ni.

    BalasPadam
  15. tak makan pekasam, tak pernah makan dan seriously tak pernah tengok bila ianya dimasak. ikan pekasam yg org jiaul tu pernah la tengok. mungkin sbb dari kecik saya tak pernah didik utk makan ikan darat. parents pun tak makan..
    time berbuka, saya mmg jenis tak makan. cukup sekadar buah. hanya bersahur yg makan nasi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau anak-anak zaman dulu memang "dididik" makan ikan pekasam. Tapi tidak pada anak zaman sekarang ni. Namun ada juga. Selalunya anak-anak Kedah, suka makan.

      Oh ya ka. Lain orang lain caranya kan.

      Padam
  16. Pekasam memang sedap.. kalau makan nasi putih panas-panas bersama lauk pekasam pun sudah memadai.. :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Kalau goreng panas-panas, kena pula dengan nasi putih panas, mau tambah berpinggan-pinggan nasi.

      Padam
  17. mak acik suka betul benda nie, acik x penh mkn :)

    BalasPadam
  18. aiza memang suka makan ikan pekasam ni.. alhamdulillah tempat aiza di lenggong perak memang banyak pembuat dan penjual ikan pekasam.. balik kampung mesti beli di gerai tepi jalan pekasam yang siap dibungkus kedap udara..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau orang yang suka makan, mesti tak lepaskan peluang untuk beli bila dah jumpa.

      Padam
  19. wah bestnyer, kalau dok asrama ni memang susah nak dapat ikan ni..hehe...btw saya follow sini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Suka makan juga ke? Kalau yang biasa makan, mesti tak lepaskan peluang kalau dapat kan.

      Terima kasih.

      Padam
  20. Kita orang Kedah tak sah no kalau tak pekena pekasam ni.... hehehe.... pekena dengan nasi panas dan toiyu sahaja pun dah sedap...hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, Haniff. Peratusan orang Kedah yang tak makan peksam memang rendah kan. Rugi kalau jadi orang Kedah tak reti makan pekasam.

      Padam
  21. adoi! terbau2 sampai sini...menggoda betul..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya ka Bunda, lepas ni kena tutup tingkap sikitlah masa goreng. Tak baik kalau jiran bau, kita tak pi hantaq.

      Padam
  22. Dulu saya tak gemarkan ikan pekasam sebab baunya sangat kuat masa menggoreng tu. Tapi bila dah try, sedap pula rasanya. Hehe~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah, tak kenal maka tak cinta kan. Bila dah makan, mesti nak lagi.

      Padam
  23. he3 perkasam kedah mmg terbaik =) sy suka mkn time balik kg kt kedah

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78