Pengikut

Jumaat, 12 Julai 2013

Dukana Bukan Novel Picisan


Saya membeli novel ini sewaktu Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, April 2013 yang lalu. Namun, baru sekarang dapat membacanya. Itupun belum habis lagi. Baru sampai halaman 125 daripada 334. Apabila sudah lama tidak membaca novel, momentum pembacaannya agak perlahan. 

Dukana, hasil karya Ruhaini Matdarin ini merupakan terbitan Institut Terjemahan & Buku Malaysia. Tahukah anda apa maksud dukana? Mengikut Kamus Dewan, edisi Keempat dukana bermaksud tinggi nafsu, kuat syahwat, gasang, gangsang. Jangan terkejut apabila membaca maksud tersebut. Jangan pula menganggap saya membaca novel porno pada bulan puasa ini. 


Ayuh, baca dulu "blur" novel ini. Bagi saya dukana merupakan novel sastera yang tinggi nilainya. Novel ini bukan semata-mata menonjolkan adegan seks, langsung tidak ada sama sekali. Sebaliknya, mencerminkan nilai kehidupan yang apabila ditunjangi nafsu akan rosak binasalah segalanya. 

Hal inilah yang membezakan novel picisan dengan novel sastera. Sekiranya novel picisan sudah tentulah adegan seks dimuluk-mulukkan untuk membangkitkan syahwat ataupun nafsu pembaca untuk meneruskan pembacaan.  

Tidaklah adil untuk saya mengulas panjang kerana saya belum pun habis membacanya lagi. Sememangnya saya meninati langgam bahasa penulis ini yang tampak segar. Adakala anda akan tergelak dengan singgungan penulisnya terhadap sesuatu perkara. 

P/S: Alhamdulillah, hari Terbuka tadi, berjalan dengan lancar.

32 ulasan:

  1. perkataan baru bg sy ni... agk2 boleh tambah imbuhan ke dgn perkataan ni?

    BalasPadam
  2. KhaiRin,

    dukana merupakan kata dasarnya, dalam kamus dewan tidak pula diberi maksud untuk pengimbuhan bersama dukana. Saya fikir, perkataan ini tidak perlu diletakkan imbuhan.

    Mungkin boleh bertanya yang lebih arif.

    BalasPadam
  3. liana sulaiman,

    Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen di sini.

    Saya juga.

    BalasPadam
  4. =) dulu2 saya prnh baca buku2 sastera form 6.. aiyak! byk bahasa klasik y sy xfhm...hahah.. best kan bljr sastera.. =)

    Oh.. xtau lagi kolej apa, saya x view lagi surat twran... =) hek3.. nnti kena bagi perstujuan sblm 26 july.. ^^

    BalasPadam
  5. lebih kurang novel sbgai motivasi diri ye??

    BalasPadam
  6. ITNM memang jelas giat menerbitkan buku-buku terjemahan dan sastera bagus. Saya suka akannya terutama kulit buku terbitan mereka juga segar. Terasa berbaloi membeli.

    Bukan nak salahkan DBP yang kian pudar, tetapi itulah hakikat sebenarnya.

    Nampaknya genre kita berlainan ya Tuan.

    BalasPadam
  7. AiSya LiEza,

    Oh, sastera tidak semestinya bahasa klasik. Mungkin teks yang dikaji meliputi genre hikayat ataupun drama lama.

    Ingatkan dah tahu kolej mana. Huhuhu, saya ni dulupun alumni UPM juga.

    BalasPadam
  8. S.K.A,

    Tidaklah motivasi sangat. Tapi pemaparan norma kehidupan itu yang cuba ditonjolkan sama ada yang baik ataupun kurang.

    BalasPadam
  9. Wong,

    Sekarang ini ITBM. Ya, saya akui ITBM sudah bergerak maju ke hadapan. Berkenaan kulit tu, mula-mula saya sangat teruja. Namun apabila sudah banyak terbitannya yang berkulit putih, nampak sudah tidak ekslusif lagi. Tambahan pula, putih cepat kusam. Perlu dibalut jika hendak kekal cantik.

    Wong, suka genre apa?

    BalasPadam
  10. bahasa sastera nie...kadang2 ada jugak yg kurang saya fahami hihihi

    BalasPadam
  11. Saya akui, ramai yang tidak meminati membaca bahan sastera kerana bahasanya yang kadangkala sukar difahami, terutamanya genre sajak. Kalau genre cerpen, novel kesulitannya terletak pada pemahaman cerita yang hendak disampaikan. Namun begitu, kesulitan itulah yang enak dikunyah sekiranya kita tahu cara mengunyahnya. Tetapi kalau terlalu sukar juga dan membosankan, memang saya pun tinggal saja di rak buku itu.

    BalasPadam
  12. saya pun dah lama tak baca novel

    BalasPadam
  13. redza,

    Terima kasih singgah dan follow ya.

    Saya dah lama tak baca. Lebih banyak baca kumpulan cerpen yang lebih pendek dan tak ambil masa lama.

    BalasPadam
  14. Cinta, bukan minat saya. Seram dan thriller apatah lagi. Selain itu, boleh masuk dalam kategori saya.

    Teringat saya membaca cerpen 'Pusaran'. Sungguh menyentuh hati. Saya lebih suka cerpen fantasi kerana itu Puan Nisah Haron menjadi tokoh yang saya minati.

    Saya lebih menikmati cerpen berbanding sajak. Novel, bergantung kepada keluangan masa saya. =D

    BalasPadam
  15. Wong,

    Masing-masing ada kecenderungan dan minatnya sendiri kan.

    Oh, kalau begitu, cubalah tulis cerpen berkaitan genre tersebut.

    BalasPadam
  16. shaila selalu suka bace novel sahaja...xtau pulak pasal benda ini...heee...

    BalasPadam
  17. baru tahu apa maksud dukana..ada jgk ye novel picisan dn novel dukana..

    BalasPadam
  18. siti ZAHARA,

    Mengikut pentakrifan bijak pandai atau yang ahli dalam penulisan mereka membahagikan novel atau karya penulisan kreatif kepada picisan, popular dan sastera.

    Oh, dukana merupakan tajuk novel sebenarnya. Dan tajuk ini membawa maksud seperti yang saya nyatakan. Namun begitu, novel ini bukanlah novel picisan. Jangan salah anggap pula ya.

    BalasPadam
  19. sudah lama aiza tak membaca novel.. baru aiza tahu maksud dukana tu, terima kasih kerana berkongsi..

    BalasPadam
  20. Mizz Aiza,

    Saya pun dah lama tak membaca novel. Bukan tak ada yang baru, masih ada di rak, tapi belum sempat.

    Sama-sama.

    BalasPadam
  21. Dukana?baru pertama kali dgr..:)

    BalasPadam
  22. cikgu salah eja meminati, jadi meninati ... potong satu markah ... hehe

    BalasPadam
  23. Ummu Amar,

    Sebab jarang digunakan sebab itu kita tidak pernah dengar. Saya pun juga begitu.

    BalasPadam
  24. Rohayu Md Isa,

    Ingatkan siapalh Rohayu ni, rupa-rupanya Cik YuYu.

    Oh, maaflah ya, mungkin tersalah tekan. Terima kasih kerana betulkan.

    Tak masak ya. Tak apalah. Nak juga rasa iar tangan orang lain kan.

    BalasPadam
  25. kiranya ada masa lapang..hamba juga suka mmebaca novel sastera sebegini dek bahasanya yang tinggi

    BalasPadam
  26. 3no gr33ny,

    Baguslah. Tidak ramai yang berminat dan menyisihkan novel sastera yang dianggap berat ini. Belum cuba belum tahukan.

    BalasPadam
  27. Saya kurang gemar novel sastera. Tak tahu la kenapa. Mungkin bahasanya yang agak sukar difahami. Huhu~ Saya suka novel yang biasa2 je, yang santai. Hehe~

    BalasPadam
  28. Aida ismail,

    Setiap orang ada pilihannya sendiri. Saya faham.

    BalasPadam
  29. pilihan ditangan sendiri...genre manakah yg jadi pilhan.... ilmiah.... sastera mahupun sekadar hiburan..... kalau remy... remy suka yg ada pengajaran......

    BalasPadam
  30. Remy hazza,

    Ya, terpulang pada pembaca. Dan, pastikan bahan bacaan itu bermanfaat.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78