Pengikut

Isnin, 15 Julai 2013

Bagaikan Raja Sehari

Assalamualaikum semua. 

Hari ini merupakan detik paling manis bagi Puan Jaharah bt Jalaluddin (cikgu) yang menamatkan perkhidmatannya sebagai seorang guru di Sk Batang Kali. Beliau telah berkhidmat di Sk Batang Kali kurang lebih 30 tahun. Bermula daripada awal penempatan dan berakhir juga di sekolah yang sama. Sesuatu yang jarang berlaku, tetapi pernah terjadi. 

Beliau merupakan seorang guru yang baik hati, bersopan santun dan peramah. Kami semua menganggapnya seperti emak. Banyak memberi tunjuk ajar dan nasihat. Jarang melihat beliau memarahi murid-muridnya. Pendekatan beliau yang lemah lembut senang didekati dan disenangi murid-murid. Jasa dan pengorbanannya selama berkecimpung dalam dunia pendidikan tidak mungkin dilupakan. 

Selepas perarakan, Cikgu Jaharah disandingkan di atas pelamin yang cukup cantik

Guru besar SK Batang Kali yang menyampaikan ucapan 

Cikgu Jaharah yang memberi ucapan terakhirnya di Sk Batang Kali

Cikgu Zuhaimi, Cikgu Zuraidi dan Cikgu Khairul Afrizal yang membuat persembahan yang sangat menghiburkan. Ternyata mereka ini amat berbakat.

Cikgu Alpian merupakan bekas anak didik Cikgu Jaharah tampil membuat persembahan puisi.

Majlis diakhiri dengan persalaman dan perarakan keluar Cikgu Jaharah.

Berakhirlah secara rasmi perjalanan seorang guru di sekolah. Namun begitu, jiwa kami tetap mekar untuk melihat anak-anak didik menggapai kejayaan. 

32 ulasan:

  1. jasa seorang guru yang baik dan berdidikasi pasti sukar dilupakan.. semoga helmi juga menjadi seorang guru yang baik..

    BalasPadam
  2. Dulu kalau cik akak berpisah dengan cikgu2 memang menangis cik akak...indahnya saaat tu kan..untung lah cikgu sekarang dapat tengok anak murid cikgu..:)

    BalasPadam
  3. Kalau cikgu kat sekolah kg, kebanyakan tak pernah pindah sekolah. Dari posting sampai pencen, lagi2 kalau dia memang asal kg tersbut. Kerap juga jumpa . ada tu..3 generasi kadang boleh depa jumpa. Mak, anak....cucu..heeee..

    P/s tahniah buat cikgu yang bersara...lgembira bercampur sebak tu rasanya menamatkan jasa bakti apatah lagi disambut meriah.

    BalasPadam
  4. Mrs. Secretary,

    Ya, memang meriah walaupun dalam bulan Ramadan.

    BalasPadam
  5. Mizz Aiza,

    Terima kasih ya. Harapan saya juga begitu, moga saya menjadi seorang guru yang baik.

    BalasPadam
  6. Nao Mei,

    Kesedihan itu tanda kita seorang yang prihatin. Betul tu, untung Cikgu Jaharah yang dapat tengok anak muridnya yang dah berjaya. Ada anak muridnya yang telah berjaya menjadi doktor dan guru.

    BalasPadam
  7. KhaiRin: anies,

    Ya memang lama. Dari awal posting hingga bersara di sekolah yang sama.

    BalasPadam
  8. ANIM,

    Cikgu Jaharah memang orang tempatan. Sebab tulah dia tak pindah kan, hhehe

    P/S: Moga sambutan ini memberi kenangan terindah dalam diari hidupnya menjadi seorang guru.

    BalasPadam
  9. wahh meriah etul , mcm mcm di buat , jasa guru tak akan dapat di lupakan walaupon dah brsara

    BalasPadam
  10. meriah :) tp dlam msa yg sma msti sedih..sbb kehlgan seorang pndidik yg bgitu dikagumi

    BalasPadam
  11. Aku Penghibur,

    Memang meriah. Ya, jasa guru itu tersemat di jiwa hingga ke akhir hayat.

    BalasPadam
  12. Memang menarik dan meriah acara penghormatan buat cikgu yg bersara. Cikgu helmi xbuat apa2 persembahan ke?
    Seorang guru, bersara dari perkhidmatan namun panggilan cikgu akan kekal hingga ke akhir hayat.

    BalasPadam
  13. S.K.A,

    Sudah tentu kesedihan dan kehilangan itu dirasai. Walaupun saya baru saja berkenalan dengan beliau.

    BalasPadam
  14. Bin Muhammad,

    Saya sekadar mengawasi murid-murid saja. Tak buat persembahan pun.

    Betul tu, cikgu tetap kekal hingga akhir hayat kan.

    BalasPadam
  15. selamat bersara buat Cikgu Jaharah...semoga kita dapat belajar sedikit sebanyak dari pengalaman cikgu2 lama

    BalasPadam
  16. teringat masa ayah bersara dari guru besar, macam raja sehari jugak diarak.. hihi..

    BalasPadam
  17. 3no gr33ny,

    Pengalaman yang tak dapat dijual beli, tapi dapat dikongsi supaya dijadikan teladan.

    BalasPadam
  18. Norhasniza Khalid,

    Penghargaan daripada pihak sekolah dan anak murid sangat dihargaikan. Alangkah bebesar hatinya dapat dirai sebegini.

    BalasPadam
  19. Wah...bestnyer..first time tengok Cikgu diraikan macam ni

    BalasPadam
  20. Adhie Sunan Saifuddin,

    Oh, memandangkan cikgu ni sudah lama menabur bakti di sekolah ini. Sambutannya mestilah istimewa sedikit.

    BalasPadam
  21. meriah majlisnya... dan sememangnya jasa beliau patut dikenang......

    BalasPadam
  22. Remy hazza,

    Beliau tidak minta pun dibuat majlis sebegini. Tapi atas keprihatinan pihak sekolah, majlis seindah ini cuba dilaksanakan sebaik mungkin. Betul tu, jasanya sangat banyak.

    BalasPadam
  23. Amboi meriah sungguh. Siap ada ala2 pelamin lagi. Mesti terharu :)

    BalasPadam
  24. wah!! berbakat jugk cikgu2 dgn muzik ni..=D

    BalasPadam
  25. Lps ni beliau boleh memikirkan utk bercuti :)

    BalasPadam
  26. amboi meriahnyer majlis !

    BalasPadam
  27. Aida Ismail,

    Huhuhu..persandingan raja sehari. Kalau ikutkan Cikgu Jaharah ni tak nak ni semua, tapi kami buat juga.

    BalasPadam
  28. siti ZAHARA,

    Mereka ini memang berbakat. Bukan sahaja boleh bermain alat muzik malah boleh menyanyi.

    BalasPadam
  29. Cikgu Kacamata,

    Antara sebab dia bersara dan tidak mahu menyampung tempoh perkhidmatannya kerana suaminya kurang sihat. Jadi, kita doakan suaminya dikurniakan kesihatan yang baik.

    BalasPadam
  30. Kesuma Angsana,

    Sememangnya majlis ini meriah. Persembahan dan penyampian hadiah kepada beliau tanda penghargaan.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78