Pengikut

Isnin, 8 Julai 2013

Transformasi Pendidikan Melalui SPPBS

kredit foto daripada laman sppbs.moe.gov.my

Alhamdulillah, selesai mengemaskini dan memasukkan band dalam SISTEM PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (SPPBS) sehingga bulan Jun 2013. Tentu ibu bapa yang mempunyai anak tahun Satu, Dua dan Tiga ataupun Tingkatan Satu dan Dua, pasti maklum akan hal ini. Murid-murid ini mereka telah mengikuti Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)

Melalui sistem ini murid akan dinilai menerusi PBS iaitu Pentaksiran Berasaskan Sekolah yang mana permakahannya bukan lagi dalam sistem nombor ataupun peratusan, sebaliknya Band. Dalam sistem Band ini yang mengandungi penskoran dari Band 1 hingga 6, murid akan diberi eviden (lembaran soalan) untuk menjawabnya. 

Oleh itu, saya nasihatkan kepada ibu bapa supaya memastikan anak-anak mereka sentiasa hadir ke sekolah dan memberi tumpuan sepenuhnya sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP). Hal ini kerana, guru akan memberi eviden selepas mereka mengajar. 

Sekiranya murid itu tidak datang, boleh dipertimbngkan untuk diberi eviden itu pada waktu yang lain. Namun begitu, sebolehnya biarlah murid-murid ini menjawab bersama dengan rakan-rakan mereka selepas guru menjalankan PdP. 

Ibu bapa janganlah risau sekiranya anak-anak mereka tidak mencapai Band 5 dan 6 sekalipun. Hal ini bagi saya, ibu bapa juga tahu akan tahap dan potensi anak-anak mereka. Band 5 dan 6 bagi saya adalah tersangat tinggi untuk dicapai terutamanya murid di kelas hujung. Itu tidak bermakna murid tidak boleh mencapainya, sekiranya dia betul-betul layak dan memenuhi kriteria dalam Band 5 dan 6 guru tidak akan teragak-agak untuk memberinya. 

Perhatikan perincian dari Band 1 hingga 6 dalam jadual di bawah:

Band
Tahap
1
Tahu
2
Tahu & Faham
3
Tahu, Faham & Boleh Buat
4
Tahu, Faham & Boleh Buat dengan Beradab
5
Tahu, Faham & Boleh Buat dengan Beradab Terpuji
6
Tahu, Faham & Boleh Buat dengan Beradab Mithali

Saya tertanya-tanya juga kepada guru yang mengajar di kawasan pendalaman, bagaimanakah sistem ini dijalankan sekiranya kemudahan internet tidak dapat dicapai. Ada sesiapa guru-guru yang berada di sana atau kenalan yang boleh berkongsi cerita? Silakan.


29 ulasan:

  1. Oo..mcm tu ye..ilmu ni..time kcih..=)

    BalasPadam
  2. siti ZAHARA,

    Ya, sistem pendidikan yang baru untuk KSSR dan KSSM begitulah. Kadang-kadang tu pening juga.

    BalasPadam
  3. bagus entri ini, dpt membantu masyarakat termasuk ibu bapa yang masih kurang jelas tentang sistem ini. Tahniah,dan salam kenal dr cikmatahariku..:)- hebatnya karya2cikgu...:)-

    BalasPadam
  4. Cik Matahariku,

    Terima kasih singgah di sini. Salam kenal juga dari saya.

    Ya, ibu bapa perlu difahamkan supaya tidak berlaku kekeliruan.

    BalasPadam
  5. Nurzulaiqa Nazri@Professor,

    Ya, seperti yang saya nyatakan dalam jadual.

    BalasPadam
  6. assalam, terima kasih berkongsi ilmu..

    BalasPadam
  7. BUNDA,

    Waalaikumusalam, sama-sama. Ilmu tak rugi kalau berkongsi.

    BalasPadam
  8. Oh! Jauh berubah sistem pembelajaran dan penilaian di sekolah. Adakah ianya bertambah baik? Hanya masa yg akan menentukan.
    Jadi cikgu pun xhabis2 juga kena belajar... :)

    BalasPadam
  9. Bin Muhammad,

    Cikgu tak pernah berhenti belajar untuk menambah ilmu.

    Huhuhu, soalan yang subjektif untuk dijawab. Ada pro dan kontranya.

    BalasPadam
  10. dah macam MUET pula sistem pemarkahan ni.. kalau di kawasan pedalaman tu memang agak sukar untuk access internet..

    BalasPadam
  11. anak mama sek cina, darjah 1.. tapi, mama tak nampak cikgu dorang letakkan band di kertas periksa dia..
    masih dengan jumlah markah..
    confius lah cikgu? keliru..

    macamana kita nak tahu anak kita menguasai semua mata pelajarannya. kalau ikut markah, all the subjek semuanya 90 ke atas. tapi, mama tetap tak puas hati dengan prestasi pelajaran dia..

    maaf cikgu ye... terpanjang pulak mengomen..hihi

    BalasPadam
  12. yup, betul la apa yang saudara tulis ni. ibu syuk kerja sebagai cikgu di sekolah rendah. mengajar subjek bm. memang penting untuk menilai tahap kefahaman dan ketajaman akal budak2 sekolah . mengajar di skbk ye ??

    BalasPadam
  13. Mizz Aiza,

    Kalau susah nak capai internet macam mana nak isi online ya. Tak capailah sistem yang digunakan KPM ni.

    BalasPadam
  14. Norhasniza Khalid,

    Mama, tahniah kerana menjadi ibu yang prihatin. Sebenarnya, mengikuti sistem KSSR, sistem markah sudah tidak digunakan. Hanya guna band. Memang tidak akan ditulis band berapa di atas kertas, kecualilah band yang diuji, contohnya akan ditulis B1D2E1. Dan di bawahnya akan diletakkan sama ada menguasai atau tidak menguasai.

    Sukar untuk mengetahui anak kita sudah mencapai band berapa pada awalnya kerana ada mata pelajaran, murid perlu kuasai atau melepasi eviden bagi setiap band. Contohnya, kalau anak mama tidak lepas salah satu eviden dalam band 2, dia tidak akan mencapai tahap band 2.

    Jadi, pastikan setiap eviden lepas. Eviden ni macam soalanlah. Setiap band ada banyak eviden (soalan). Kalau tak faham, boleh tanya saya lagi atau jumpa cikgu dia di sekolah.

    BalasPadam
  15. syuk shusuke,

    Mak mengajar di sekolah mana? Ya, saya mengajar di SKBK.

    BalasPadam
  16. xtau pn bnde ni..tq bg info..

    BalasPadam
  17. sy dah tk sekolah jd sy tk fhm sgt sistem sekolah skarang..haha.. adik ade tp ttp tk fhm. lain sgt dgn sy sekolah dlu

    BalasPadam
  18. Jie Susanos,

    Sama-sama. Sekarang ni, sistem pendidikan banyak yang telah berubah. Tak macam dulu lagi. Mahu tak mahu, cikgu-cikgu perlu bersedia.

    BalasPadam
  19. drzirakudo,

    Oh, perlu juga ambil tahu. Mana tahu, kalau dah ada anak nanti, senang, huhu.

    BalasPadam
  20. system baru yg lebih menyenangkan..... pemantauan dari awal dapat dibuat oleh ibu bapa...kan lebih mudah......

    BalasPadam
  21. oooooooo cm tu penilainye ,thanks cikgu

    BalasPadam
  22. owhhh bru thu..skrg ni mmg xguna ye markah dn grade?? pakai band pula skrg?? info yg menarik..tknologi yg ada btol2 memudahkn..

    BalasPadam
  23. Remy hazza,

    Harap-harap begitulah. Ibu bapa juga perlu bergerak ke hadapan demi kemajuan akademik anak-anak.

    BalasPadam
  24. Aku Penghibur,

    Ya, begitulah. Sama-sama.

    BalasPadam
  25. S.K.A,

    Sistem ini hanya untuk murid tahun satu sampai tiga dan tingkatan satu sampai dua. Tahun depan bermula tahun empat pula.

    Yang lain masih guna sistem markah.

    BalasPadam
  26. Ada juga keluh kesah yang saya dengar. Dek kerana server tak dapat tanggung muatan akses internet yang banyak membuatkan kadang kadang cikgu tak dapat masuk markah mengikut masa yang ditetapkan.

    Kalau di pedalaman, saya rasa mereka akan keluar sebulan atau dua bulan sekali untuk update hal ini.

    Teringat pula travelog 'Jom Ke Pedalaman' karya Mohd Zaim Jaafar. Kisah tentang guru yang sanggup meredah sungai Rajang demi memandaikan anak bangsanya.

    BalasPadam
  27. Wong,

    Inilah cabaran yang harus dilalui oleh guru. Guru sebagai pelaksana dasar mengikutnya sahaja.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78