Pengikut

Ahad, 14 Julai 2013

Berkawan Biar Seribu

Assalamualaikum, alhamdulillah masih dapat berbuka dengan rezeki-Nya. Bagaimana pula dengan anda? Sama-samalah kita muhasabah diri dalam berbelanja menikmati juadah di bulan Ramadan ini. Agar kita bukanlah golongan yang dizalimi hanya kerana suka membazir.

Berkawan biar seribu. Kata-kata ini seringkali kita ucapkan untuk menggambarkan apabila kita menjalinkan perhubungan persahabatan. Dalam konteks dunia blogger ini, pasti ada yang Followersnya sudah mencecah ratusan mahupun ribuan pengikutnya. Tahniah! 

Walaupun Followers saya setakat entri ini seramai 165 orang, saya tetap bersyukur kerana ada yang mahu berkawan dan membaca hasil tulisan saya. Pasti ada yang membuat tanggapan, blog saya ini terlalu ilmiah, bosan dan entah apa-apa, kadangkala sukar difahami. Saya tidak pernah menyalahkan anda, kerana masing-masing ada citarasanya sendiri. 

Bagi saya, setiap blogger mempunyai prinsip dan tujuanya masing-masing mengapa mereka menceburkan diri dalam dunia blog ini. Antaranya, ada yang suka bercerita tentang diri sendiri, keluarga, dunia persahabatan, percintaan, semasa, pendidikan, politik, budaya, pekerjaan mahupun pendidikan. Pasti setiap blog yang anda ikuti itu anda dapat kenal pasti pendirian blogger tersebut. 

Bagi saya, biar sedikit Followers asalkan mereka ini setia bersama kita. Mereka ini setia membaca dan meninggalkan komen sebagai respon terhadap entri yang ditulis. Itu sudah cukup membanggakan saya dalam persahabatan dunia maya ini. 

Oleh itu, sekiranya anda tidak keberatan, saya ingin mengundang anda semua untuk menyenaraikan blogger yang pada perkiraan anda setia bersama anda dan sering mengomen setiap entri anda. Secara tidak langsung, bolehlah kita bersama-sama menjalinkan perhubungan yang lebih luas. Yang sudi, boleh tinggalkan link blogger tersebut di kotak komen saya. Segala usaha anda itu saya ucapkan terima kasih. 



43 ulasan:

  1. Norhasniza Khalid@mama,

    Maaf ya, saya pun tak tahu ke mana perginya komen mama tu. Tengok dalam spam, tak ada sebab dan publish.

    Betul kata mama, follower tu sekadar nombor. Paling penting tulisan kita dibaca dan diberi respon.

    BalasPadam
  2. Betol tu...takm kira banyak mana followers kita tu...bukan mereka semua ikhlas pun helmi...cukuplah kita ikhlas berkawan walaupun hakikatnya Allah tak pernah pertemukan kita....
    Mungkin followers cik akak tu tapi hanyak beberapa orang je setia bersama cik akak....

    tak kenal maka tak cinta...hihi

    BalasPadam
  3. aik, hilang?.. hihih.. takpe, yang penting hasil kita ada yang menilai.. bukan kita menulis syok sendiri..
    (ulang komen yang hilang tadi)..hihi

    BalasPadam
  4. Nao Mei,

    Betul tu cik akak. Biarlah, kalau mereka nak kejar follower. Bagi saya yang setia bersama saya sangat saya hargai, termasuk cik akak.

    Hahaha, tak kenal maka tak cinta.

    BalasPadam
  5. Norhasniza Khalid,

    Mama, ya hilang dua-dua komen mama tu. Tapi saya dah respon.

    Betul tu, kalau kita tulis, orang tak baca tak guna juga kan.

    BalasPadam
  6. aik dah ramailah tu folower. dah kira ok tu.
    saya baru jer 13
    tak de hal pun kih kih kih
    bukan dapat duit pun kalau ramai folower

    BalasPadam
  7. betul tu acik setuju, wahh makin hebat blog ini, tak pe tak follower banyak janji ada yang sudi bace

    BalasPadam
  8. Aku Penghibur,

    Wah, jangan cakap macam tu. Blog ini tiada apa pun yang hebat. Saya menulis sekadar nak berkongsi.

    BalasPadam
  9. ahaha..aah. follower2 ni dah mcm kawan da. sumenye ada kaitan antara satu sama lain.

    btw, best je baca entri brother.

    BalasPadam
  10. bagi pandangan aiza pula, jumlah followers tak penting.. yang penting kepuasan kita untuk menulis dan berkongsi.. di samping tu kita menambah kenalan yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang pendidikan.. seronok bertukar-tukar pendapat sebab tak semua perkara kita tahu dan mahir.. kepuasan menulis tu dirasai apabila dapat menghasilkan satu entri yang berkualiti (walaupun rasa syok sendiri).. jangan hanya memandang kepada kuantiti entri yang banyak, tapi lihatlah kepada pengisiannya (entri sedikit, tapi berkualiti).. maaf, komen ni panjang pula..

    BalasPadam
  11. Pengalaman saya dua tahun berblog, tak semestinya setiap post, perlu ada komen. Yelah kadang-kala kita sahaja post untuk memberi kelegaan hati.

    Ada juga la geram apabila ada komen hanya bagi meninggalkan komen.

    Well, we always do that, and that's what we got, right?

    Apapun, saya berlapang dada. Dunia blog Melayu berbeza dengan dunia blog Inggeris.

    Yang penting kita bersepakat atas mana yang boleh dan kita berlapang dada atas perbezaan yang ada. Bukankah setiap manusia diciptakan unik?

    BalasPadam
  12. Nurzulaiqa Nazri@Professor,

    Ya, follower tu memang kawan kita. Harap-harap mereka ni ikhlas berkawan .
    Terima kasih.

    BalasPadam
  13. Mizz Aiza,

    Betul tu, cuba kita bayangkan setiap entri yang kita tulis itu memberi manfaat kepada pembaca. Kita seronok pembaca pun seronok membacanya.

    Daripada kenalan inilah kita dapat berkongsi ilmukan.

    BalasPadam
  14. Wong,

    Terima kasih atas perkongsiannya.

    Betul tu. Manusia ini berbeza-beza sikapnya. Jadi, kita perlu menghormati antara satu sama lain.

    BalasPadam
  15. assalam,

    betul tu bukan berapa ramai followers yang kita pandang tetapi yang setia baca dan melawat blog kita berulang kali..tu paling penting.

    Salah sorang followers dan pengomen setia ialah blogmizzaiza.blogspot.com

    BalasPadam
  16. Follower ramai tak semestinya mereka setia dengan blog kita, apa yg penting pengunjung setia kan :)


    Singgah balas dan follow :)

    BalasPadam
  17. klo nk ikutkn follower aku lg la sikit..dah bertahun tahun ade blog..fllwr br 200..relak..je..hehe

    BalasPadam
  18. Salam. Ehe... apa yang penting, perkara yang kita sampaikan untuk dapat menjadi bekal kepada kita pada akhirat kelak. Follower hanya nombor. Teruskan menulis!

    BalasPadam
  19. yang penting kita iklas berkawankn cikgu helmi..follow tu angka je..tpi yg betul2 setia ngan kita..kita saja yg tahukn..=)

    BalasPadam
  20. setuju..setiap blogger ada gaya tersendiri...ada minat dan kecenderungan sendiri..:)

    saya cenderung suka dengan gaya tulisan seperti tuan, teruskan!

    BalasPadam
  21. perlahan2lah... lama2 nanti ramai yang follow nanti.. yg penting ada n3 menarik & terbaru !

    BalasPadam
  22. BUNDA a.k.a KN,

    Waalaikumusalam, betul tu saya bersetuju.

    Ya, Mizz Aiza seorang blogger yang "ramah". Di mana sahaja, tentu dia menjadi top komentar.

    BalasPadam
  23. Myra Jay,

    Kesetian itu yang penting. Saya jika orang itu selalu datang ke blog saya, insyaallah saya akan selalu ke blognya juga.

    Sama-sama. Terima kasih juga follow blog saya.

    BalasPadam
  24. faiq,

    Oh, begitu. Ya, saya juga akan rilek juga. Akan tetap terus menulis.

    BalasPadam
  25. Siti Muthiah,

    Betul tu kak, yang penting pengisian blog kita akan menjadi penilaian di akhirat juga.

    Jom menulis!

    BalasPadam
  26. siti ZAHARA,

    Huhuhu... hanya kita yang tahu siapa yang setia mengunjungi blog kita. Termasuk siti ZAHARA yang setia. Terima kasih.

    BalasPadam
  27. Ummu Amar,

    Terima kasih. Saya menulis hanya apa yang saya tahu. Moga dapat dikongsikan dengan pembaca.

    BalasPadam
  28. Kesuma Angsana,

    Terima kasih ya, nasihatnya. Insya-Allah, selagi ada pembaca yang hendak membaca saya akan terus menulis dan berkongsi.

    BalasPadam
  29. Salam,
    Kalau nak follower naik mendadak, tips cik akak (Nao Mei - ada dalam entri beliau) adalah paling berkesan, tapi harus diingat! Dari 100 mungkin kurang dari 10 yang setia utk mengikuti entri anda.

    Terpulang...bagi saya, teruskan dengan entri yang menarik dan berkualiti. kenal pasti sasaran anda. Selalu bw dan tinggalkan komen yg berkualiti dan bernas.

    Selebihnya...sabar dan yakin. Teruskan berusaha...

    BalasPadam
  30. sy lngsung xkisah psal jumlah follwer =) yg pntg ada kwan setia yg sudi bca dn tinggalkn komen distiap entri..syukurlh sbb ada yg sudi nk berkwan dgn kita..

    BalasPadam
  31. hamba sokong seratus peratus pendapat sahabat...yang penting sahabat hamba di alam maya ni setia bersama jatuh bangun dalam berhalaman

    BalasPadam
  32. 3no gr33ny,

    Terima kasih. Sahabat yang baik akan sentiasa di sisi.

    BalasPadam
  33. Bin Muhammad,

    Waalaikumusalam, Terima kasih atas nasihat dan tunjuk ajarnya.

    Saya tidak kisah sangat dengan follower, asalkan ada yang setia dengan Tetamu Istimewa. Mungkin ada kelemahan dan kekurangannya lagi. Insya-Allah, akan terus mempertingkatkannya.

    BalasPadam
  34. S.K.A,

    saya setuju. Yang penting mereka ini sudi membaca entri yang kita tulis untuk manfaat bersama.

    BalasPadam
  35. remy setuju.... followwer bukan pengukur .... yg penting persahabatan dialam maya...saling support each other.....

    BalasPadam
  36. Remy hazza,

    Ya, kalau kita sokong antara satu sama lain, siapa lagi kan. Jadi, penulis menulis sesuatu yang bermanfaat. Pembaca tentu akan memperoleh manfaat itu. Alangkah eloknya lagi kalau disebarkan juga kepada orang lain. Moga manfaat itu terus meluas.

    BalasPadam
  37. Berkawan biar beribu, bercinta biar satu. Hehe~ Saya hargai kawan2 yang sudi singgah blog & komen entri saya yang tak seberapa tu. :) Followers ramai pun tak semestinya dia baca apa yang kita tulis.

    BalasPadam
  38. Alhamdulillah...Walaupun blog CK berusia tak sampai 2 bulan, tp ramai yg sudi berkawan dan supported termasuklah TI sendiri. CK mengucapkan byk2 terima kasih :)

    BalasPadam
  39. Aida Ismail,

    Setuju, yang penting follower tu baca apa yang kita tuliskan. Saya juga menghargai kedatangan Aida ke sini. Terima kasih.

    BalasPadam
  40. Cikgu Kacamata,

    Alhamdulillah, itu tandanya pembaca sangat menghargai tulisan CK.

    Terima kasih juga kerana sudi menjadi rakan saya dan meninggalkan komen di sini.

    BalasPadam
  41. saya suka baca entri cikgu.tak semestinya entri kita dapat memenuhi kehendak semua pembaca.tulisan kadang2 boleh mencerminkan karakter kita.kita tak boleh menulis mengikut kehendak orang lain,sebab kita dah menipu diri sendiri.biarlah kita menulis apa yang kita suka dan selesa ^^

    kawan blog yang ramai perlu,supaya hubungan silaturrahim dapat diperluaskan,dapat berkongsi pengalaman,bertukar2 pendapat.bagi saya jumlah followers turut menaikkan semangat untuk sentiasa berkongsi entri.

    kawan2 setia yang komen memang ramai,termasuk cikgu.terima kasih ye.selamat berbuka ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kerana suka membaca entri di blog saya.

      Tidak dinafikan juga follower yang ramai tu menunjukkan blog itu menarik. Betulkan, kalau dah ramai yang baca dan tinggalkan komen kita jadi lebih bersemangat untuk menulis.

      Selamat berbuka.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78