Pengikut

Ahad, 21 Julai 2013

Edisi 1 + 1


Saya mengenali penulis Bahruddin Bekri melalui blog ini, Keindahan Itu Dingin. Blog ini memuatkan cerita pendeknya yang digayakan dengan bahasa yang cukup sederhana tetapi sangat memikat. Jika anda membacanya sekalipun, pasti akan melekat. 

Cerita pendek yang ditulis adalah berlegar sekitar kehidupan sahaja. Namun begitu, beliau bijak menyampaikannya. Nescaya selepas kita membacanya, pasti kita akan terfikir apa-apa sahaja yang disampaikan. 

Lantas, karyanya menjadi buruan saya. Sebelum ini saya pernah menulis artikel di Dewan Bahasa, tentang Transformasi dalam Pendokumentasian Hasil Penulisan yang mana saya ada menyentuh tentang buku Hidup Penuh Cinta yang memuatkan cerita pendek beliau yang dikumpulkan daripada blognya. 


Buku terbaharu yang saya beli ialah edisi 1+1 iaitu Dunia Ini Sederhana Kecil dan Doa untuk Aku. Doa untuk aku pernah diadaptasi ke drama TV. Sayangnya saya tidak berkesempatan menontonnya. 


Kedua-dua buku ini sangat unik. Digabungkannya dengan cara menjungkir balikkan kedua-dua judul. Pasti, jika anda membacanya di khalayak, orang akan memandang serong kepada anda kerana mereka mengatakan bahawa anda buta huruf kerana membaca buku yang terbalik. Namun dari satu sudut anda seorang yang siuman dan rajin membaca. 

Walau bagaimanapun, teknik ini bukanlah baharu kerana sebelum ini karya Andrea Hirata pernah dilakukan begini iaitu Padang Bulan dan Cinta di Dalam Gelas.

kredit foto dari bloomingedelweiss.blogspot.com  


50 ulasan:

  1. bunda ni jarang membaca apalagi novel...sekarang ni tv selalu keluarkan drama adaptasi so memang bunda tak ketinggalan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya dah lama tak baca novel. Novel dukana yang saya baca pun belum habis lagi. Ni beli lagi yang baru.

      Adaptasi sekarang ni memang semakin rancak.

      Padam
  2. kisah dari novel yang diadaptasi menjadi drama memang menarik.. aiza pun dah lama tak membaca novel..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh mulakan semula, biarpun mengambil masa yang lama sedikit.

      Sayangnya saya tak berpeluang menonton drama ini.

      Padam
  3. whoa, cikgu suka novel2 cinta ye ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagi saya yang suka membaca dan menulis, saya membaca semua tema. Hal ini dapat mencambahkan idea dan gaya penulisan saya.

      Namun tidak semua novel "cinta" yang saya baca. Melihatkan pada nama Bahruddin Bekri yang saya tahu langgam penceritaan dan bahasanya, saya menganggapkan novel ini ada istimewanya dan lari daripada cinta biasa.

      Padam
  4. wahhhhh bestnya :) acik suka novel nie, tak kenalkan acik blog tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Acik dah baca ke? Nampaknya saya terlambatlah macam ni.

      Padam
    2. hihihi acik suka beli lgi2 cm gini :)

      Padam
    3. Wah, tak sangka ya. Saya baru nak baca. Novel dia yang lain ada beli juga ke?

      Padam
  5. hi hi hi bab novel macam ni saya tak baca. tapi kalau novel-novel sejarah tetang tokoh2 tu ada saya baca seperti salahuddin ayubi dan sebagainya. terutama novel cinta cintan. saya juga membaca novel kemanusiaan yang tiada mengena dengan novel cinta remaja

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ustaz, setiap pembaca ada kegemarannya sendiri kan. Saya juga tak suka baca novel cinta yang popular ni. Tapi, saya merasakan novel ini bukan soal cinta. Kalau Doa Untuk Aku, mengisahkan doa yang dijadikan penguat semangat untuk berjaya setelah ibunya meninggal.

      Dan yang pastinya tentu buku di PSS Choong Chee tu ustaz dah habis bacakan.

      Padam
    2. HI HI HI. jika yang dikarang oleh penulis terkenal contohnya sastrawan negara semuanya saya dah baca termasuk puisi dan drama diorang saya baca. tapi bab beli buku ni yang menjadi masalah. buku sekarang ni mahal juga. baru-baru ni saya dapat baucher RM250 saya pun beli buku tokoh-tokoh sejarah jer. 2 biji. yang lain beli buku ilmiah agama dan buku cerita kanak-kanak

      Padam
    3. Baguslah ustaz ni. Dua buah ya, ustaz bukan dua biji.

      Boleh galakkan anak-anak ustaz membaca sama.

      Padam
  6. erm... best kalau novel diadaptasikan. mama pengkoleksi novel juga. tapi yang ni tak terperasan pulak ada dijual.. hihi

    nanti senang-senang mama cari ye..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, tentu dah banyak novel yang berada di rak buku mama.

      Novel ini baru diterbitkan tahun ini 2013.

      Padam
    2. banyak jugak yang dah dimakan anai-anai.. sedih :(

      Padam
  7. rasa memang cik akak tak pernah baca kot...
    cik akak lebih kepada buku alaf dan kaki novel je...
    yang lain tak komen...
    memilih juga rupanya cik akak nie...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ikut citarasa lah kan cik akak. Kadangkala yang kita suka, orang tak suka. Jadi, terpulang pada masing-masing.

      Padam
  8. Nampaknya minda penulis kita sama. Saya juga peminat Tuan Bahruddin Bekri!

    Saya mula tertarik dengan penulisan beliau setelah membaca novelnya iaitu 'Penulis yang disayang Tuhan'. Serius saya tak dapat tahan untuk membacanya sampai habis. 2 hari selesai.

    Kemudian saya cuba Google maklumat beliau dan terkejut beliau ada blog. Jarang sekali ada penulis berblog juga berkongsi cerpen mereka secara percuma di Internet.

    Terus, saya terpikat dengan gaya bahasa beliau. Sungguh sopan dan beradab.

    Kerana beliau jugalah, saya mula berinspirasi menulis cerpen. Setiap kali saya membaca cerpennya, saya terpesona, terpikat dan jatuh hati dengan cerpen.

    Saya mula giat menulis cerpen selepas itu. Beliau menunjukkan saya jalan mudah menulis cerpen dengan contoh-contoh cerpen terbaik di blognya.

    Dan terima kasih tuan! Saya tidak tahupun novelnya itu pernah diadaptasi kepada drama.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seperti yang saya katakan, bahasa yang digunakan beliau sangat baik dan meyakinkan. Saya suka.

      Baguslah, salah satu cara yang boleh menyuburkan idea adalah melalui pembacaan. Saya juga pernah menulis cerpen hasil dari ilham pembacaan karya penulis lain.

      Sama-sama. Doa untuk Aku pernah diadaptasi, tapi saya tak berkesempatan menontonnya. Pasti menarik!

      Padam
  9. sesuatu yg menarik.. =) sudah lama xbaca novel..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, ya ke. Mesti dulu peminat novel juga kan.

      Terima kasih singgah dan follow. Maaf, saya tak nak ke blog saudari. Kenapa ya?

      Padam
  10. sekarang pon banyak filem dari novel...dah jadik treadmark...huhuhuhh!!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah. Penerbit berlumba-lumba nak adaptasi novel. Tapi, alangkah seronoknya juga kalau mereka ini cuba adaptasi novel sastera. Ada berani ke?

      Padam
  11. lum pernah baca novel karya beliau..

    BalasPadam
  12. Saya tak pernah baca lagi novel ni. Macam tebal je cikgu. Saya sekarang lebih suka novel genre thriller. Penulis favourite saya of course la Ramlee Awang Murshid ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tebal sebab dua buah novel digabungkan. Campur kedua-duanya lebih kurang 800 muka surat lebih.

      Dah tahu. Dekat blog tu tengok banyak novel RAM.

      Padam
  13. banyak saya belajar dari blog TI..saya teringin juga mengikuti kelas penulisan. minat ada tapi tak tahu cara yang betul. kena berguru...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, terima kasih. Blog saya sekadar perkongsian tidak formal. Kalau betul-betul nak belajar, boleh ikuti bengkel penulisan. Namun harus ingat bahawa tidak semestinya selepas mengikuti bengkel penulisan boleh terus jadi penulis. Perlu kena rajin berlatih menulis.

      Insay-Allah saya akan cuba berkongsi apa-apa tentang seni penulisan di sini.

      Padam
  14. Bukan malas tapi memang xberminat baca novel. Entahlah...mungkin sebab bidang yg berbeza kot tapi suka pula menulis, pelik lah pula...Haha itulah saya!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tidak menjadi masalah BM. Yang penting membaca. Menulis harus membaca. Jika kita minat membaca tentang sesuatu isu, pasti kecenderungan kita untuk menulis tentang isu itu.

      Padam
  15. first time tengok buku ni...saya minat membaca tapi yelah masa tu selalu takda...beli novel kekadang dah 2-3 bulan baru keluar dari bungkus plastik...curi curi masa jer nak baca..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buku ini baru terbit tahun ni, sebab tu baru nampak kot.

      Kata pensyarah saya dan saya ikuti, tak salah kita beli dulu dan simpan. Ada masa kita baca. Kalau buku itu dah habis stok nanti rugi kita.

      Padam
  16. terima kasih bagitahu kat sini nama blog BB, SY ada baca novel Doa untuk aku,memang best. Cuma pertama kali saya baca novel yang macam tu, macam pelik sikit sebab ada masa ayat yang ditulis dalm novel tu sinis semacam je..heheh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama. Saya memang mengikuti tulisannya di sana. Oh ya ke. Saya belum baca habis lagi.

      Padam
  17. saya fail bab2 baca2 novel nie..haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tidak mengapa. Masing-masing ada minatnya sendiri. Janji, membacalah untuk menambahkan ilmu.

      Padam
  18. Saya mendoakan tulisan2 kita mendapat redha Allah.

    Terima kasih tuan atas catatatn ini. Walaupun rasa segan, tetap jugalah saya menghargainya.

    Terima kasih sekali lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin.

      Sama-sama. Terima kasih kembali kepada Tuan Bahruddin yang sudi singgah di sini. Sememangnya saya senang dengan tulisan Tuan.

      Padam
  19. cntik cover novel 2 =) sy igt buka pmbelajaran ape tadi..sy minat mmbaca, tapi kalau novel xberapa minat..xthulah sbb ape..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kulit depan dia memang cantik dan mesra pembaca.

      Oh, mungkin orang tak suka baca disebabkan novel ni tebal.

      Padam
  20. KA lama dah x baca novel2 ni.. kekangan masa sebenaryer.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin lepas ni boleh mulakan semula. Tak semestinya sekali baca boleh habis kan. Mungkin makan masa sedikit. Asalkan kita membaca, tak kisahlah buku apa pun.

      Padam
  21. knape ye sy x nmpk buku tu ms kt KLIBF?? MMMMM

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya masa di PBAKL dah terbit buku ni. Mungkin tak perasan atau terlalu teruja nak beli buku lain kot. Bolehlah cari selepas ni.

      Padam
  22. Wah!! unikla novel tu..terbalik..mcm nk p tngok kt popular je..
    seronok tak cikgu jalan cerita novel 'Dunia Ini Sederhana Kecil'?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bolehlah pi tengok di Popular atau mana-mana kedai buku. Kalau terpikat baru beli.

      Oh, maaflah saya belum baca lagi.

      Padam
    2. zara dah tngok harga dia rm 29.00..tpi zara blum bli lgi..cuma tngok2 je dulu..heee..=D

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78