Pengikut

Isnin, 1 Julai 2013

Oh, Inikah yang Dinamakan Transformasi?

kredit foto daripada http://www.mycen.my/puduraya/

Baru-baru ini kecoh apabila pengusaha bas ekspres mahu naikkan harga tiket 30 peratus sempena hari perayaan. Oh, benar tidak logik. Kepada yang tidak menggunakan perkhidmatan bas ekspres sudah tentulah tidak terasa sangat. Tapi, yang menjadikan bas ekspres untuk pulang ke kampung menyambut hari raya, berjumpa dengan bonda dan ayahanda tercinta pasti merasainya. Akhirnya, isu ini selesai dan mendapat kata putus hanya 10 peratus sahaja kenaikan yang dipersetujui. 

Pernahkah anda menuju ke Pudu Sentral dari arah belakang? Maknanya, menyusur terowong dari stesen Plaza Rakyat. Oh, saya rasa seperti takut untuk masuk ke pintu dari arah belakang ini. Kedatangan anda akan disambut oleh beberapa orang entahlah ulat tiket ataupun orang tengah yang akan bertanya ke mana anda akan pergi. Jika anda tidak melayannya pasti anda akan dicemuh. Inikah budaya yang kita hendak bangga-banggakan? Tidakkah kita sudah mentransformasikan sistem perkhidmatan kita? Kaunter tiket sudahpun dinaiktaraf. Mengapa mereka ini memburu pengguna seperti.....? 

Satu lagi, saya harap selaras dengan kenaikan harga tiket, perkhidmatan bas hendaklah dipatuhi. Terutamanya waktu pelepasan. Janganlah biarkan pengguna sesak nafas menunggu di platform. 

22 ulasan:

  1. masuk situ rasa serabut, mama last pergi situ pun ntah tahun bila.. lemas ..

    BalasPadam
  2. Norhasniza@mama
    Saya kira suasana di dalamnya baik sekali. Tetapi yang tidak baiknya apabila ada yang menyibuk bertanya kita, apabila tak dilayan bukan main marah lagi mereka.

    BalasPadam
  3. memang pon ,kadang begang sebab bro kat situ pakse beli tiket, setuju dengan cikgu sepatutnya selaraskan harga tiket

    BalasPadam
  4. assalam,
    setakat ini bg bunda yg selalu guna perkhidmatan bas ekrpress di stesyen UTC ni belum pernah terserempak lagi dgn ulat2 tiket yg pakse2 org ni...

    lagi pun KL sentral UTC ni dah kurang sgt kegiatan ni...
    sebab sejak dinaik taraf stesyen ni..ramai security yang sering meronda keliling mengawasi keadaan...

    kalu dulu ye, takut sangat nak ke Pudu Raya..

    BalasPadam
  5. Aku Penghibur,
    Kalau betul nak tolong mudahkan pembeli tiket, tunggu saja di depan kaunter. Bukan di depan pintu kan.

    Ya, harga tiket kadang-kadang melampau juga mahalnya.

    BalasPadam
  6. BUNDA,

    Mereka ini bukanlah sangat ulat tiket tapi sebagai orang tengah. Cara mereka itu bagi saya yang perlu dibaiki. Janganlah bila orang tak jawab atau tak layan hendak marah-marah pula.

    BalasPadam
  7. Peningkatan harga tiket bas memang akan terasa buat pelajar terutamanya. Yelah kami nak balik kampung selalunya naik bas. Uhuks.

    Setakat ini di Ipoh, isu ulat tiket jarang berlaku.

    Selalunya kalau ada pun, saya akan abaikan sahaja. Jika mereka marah-marah, saya hanya senyum sahaja. Heheh. Selagi duit saya tak termakan dek tipu daya mereka, mengapa saya perlu marah-marah seperti mereka juga?

    BalasPadam
  8. Saudara Wong, lama menyepi. Rasa rindu ingin membaca komen Wong. Terima kasih.

    Ya, kalau jadi naik 30 peratus tempoh hari, pasti semua akan mengamuk.

    BalasPadam
  9. Leeza Dayasari,

    terima kasih sudi ke sini. Kunjunglah lagi ya. Salam perkenalan.

    BalasPadam
  10. betol 2..kt pudu la sy pling serabut..acik kena trik dgn ulat tiket, tnya nk pergi mn, pdhal teman kwan je, naik 10%?? xptt mcm 2..mnyusahkn rakyat..spt ambil ksmptan pun ada

    BalasPadam
  11. Acik@S.K.A,

    Naik ke tak naik ke sama juga. Sebelum ni pun harga tiket untuk perayaan memang mahal. Kadang-kadang tu lebih 10 peratus. Tapi, bila mereka hendak naikkan secara sah, barulah pengguna heboh. Sepatutnya dari awal kena pertahankan.

    BalasPadam
  12. lagi satu.. semoga pemandu yang diamanahkan membawa puluhan nyawa penumpang itu juga dipilih dari kalangan orang yang mematuhi undang-undang.. aiza pernah memandu pulang ke kampung di perak pada waktu malam dengan kelajuan 110km/jam di lebuhraya, tiba-tiba sebuah bas memotong kereta aiza di lorong paling laju.. ini bermakna dia memandu melebihi 110km/jam.. sedangkan jelas di belakang bas tertera had laju 80/90km/jam.. beginikah sikap pemandu bas yang kita mahukan?

    BalasPadam
  13. Mizz Aiza, betul tu. Selalunya waktu malam. Sebab tu saya jarang balik naik bas malam. Tapi semuanya ketentuan-Nya juga.

    BalasPadam
  14. dah lama tak jejak kaki ke puduraya...rasanya last tahun 90-an ngeeee...

    pernah jugak baca keluhan blogger tentang ulat tiket ni huhu...

    BalasPadam
  15. Sudah lebih 10tahun tak ke Pudu Raya. Wah! sudah berubah! memang canggih dan moden dah sekarang ni. Tapi sayang...orang2nya masih sama juga...perangai masih spt dulu...

    BalasPadam
  16. aleaSaRa,
    wah, lama juga tu. Sekarang sudah dinaiktaraf. Cantik juga. Tapi, kalau di bawah platform juga dinaiktaraf, lagi bagus.

    BalasPadam
  17. Bin Muhammad,

    Lama betul ya. Memang cantik. Nampak moden sikit. Betul tu, orang di dalamnya pun kenalah ubah perangai yang tak berapa elok tu.

    BalasPadam
  18. betul tu...transformasi pada wajah tapi yg isinya masih ada ulat2 yg bermaharaja...... remy time raya nanti nak naik bas jugak......

    BalasPadam
  19. Remy hazza,

    Oh, naik bas juga. Hati-hati ya.

    BalasPadam
  20. Setiap kali musim raya, memang harga tiket melambung. Kesian la diorang yang nak balik kampung jauh2 tu. Mesti tiket mahal.

    BalasPadam
  21. Aida Ismail,

    Terima kasih kerana memahami. Bayangkan kalau orang di "atas" merasai dan balik raya naik bas, apa akan mereka katakan? Mahu mengamuk rasanya.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78