Pengikut

Ahad, 7 Julai 2013

Sekitar Kejohanan Sukan Tahunan SK Batang Kali, Kali Ke-55

Alhamdulillah, berjaya juga mengemaskini blog ini. Beberapa hari lepas agak sibuk menyiapkan mural dan  persiapan Kejohanan Sukan Tahunan. Wah, apa yang boleh saya katakan kejohanan ini merupakan antara kejohanan sukan tahunan sekolah rendah yang termeriah yang pernah saya saksikan. 

Syabas kepada AJK Pelaksana dan guru-guru yang memberi komitmen yang jitu. Tahniah kepada murid-murid yang berjaya memenangi acara yang dipertandingkan. Yang tidak berjaya jangan putus asa. Jangan jadikan kekalahan ini sebagai penghalang untuk anda terus mara ke hadapan.  

Tidak lupa juga kepada tetamu kehormat ADUN Batang Kali, YDP PIBG dan ibu bapa yang datang memeriahkannya. 

Kontijen kejohanan berkumpul menanti acara lintas langsung perbarisan

Sorakan Biru Boleh

Tengoklah comel sungguh dua "ekor" lebah dan dua "kuntum" bunga matahari

bunga merah yang terserlah 

Kontijen Prasekolah turut mengambil bahagian

Kontijen kejohanan berkumpul di hadapan jemputan

 Khemah yang bakal menempatkan kontijen biru 

Acara tarik tali akhir

Sukantara bagi kategori prasekolah

Keputusan:
Juara                    - Rumah MERAH
Naib Juara           - Rumah HIJAU
Tempat Ketiga     - Rumah KUNING
Tempat Keempat - Rumah BIRU

Setelah berpenat lelah dan bertungkus lumus dalam menjayakan kejohanan ini esok  (8 Julai 2013) guru besar telah mengumumkan CUTI PERISTIWA

Kenangan ini tidak akan saya lupakan. Sangat bermakna untuk saya. 

P/S: Terima kasih pembaca yang sudi singgah dan membaca entri saya. Insya-Allah, saya akan mengunjungi blog anda juga untuk membaca entri yang menarik itu. Tunggu!


26 ulasan:

  1. Rumah mana yang juara? Sekolah Adik saya pun baru2 ni adakan Hari Sukan juga.

    BalasPadam
  2. Teena Tna,

    Rumah MERAH juara. Ya, kebanyakannya sekolah telah menjalankan sukan tahunan mereka.

    BalasPadam
  3. ingat aktiviti sek dulu..:)..sokong umh biru..yeee!!..hee

    BalasPadam
  4. saya datang membaca. diam-diam
    -MARSLI N.O

    BalasPadam
  5. teringat sukan semasa sekolah dulu.. aiza dari sekolah rendah hingga sekolah menenegah kebetulan dapat rumah biru..

    BalasPadam
  6. teringat zaman sekolah dulu kalau hari sukan nilah hari paling seronok sekali....

    BalasPadam
  7. siti ZAHARA,

    Terima kasih kerana menyokong rumah Biru, walaupun mereka kalah dari segi pungutan mata tapi menang bersorak dan semangat kesukanan itu yang dibanggakan.

    BalasPadam
  8. MARSLI N.O,

    Terima kasih Tuan. Diam-siam ubi berisi.

    BalasPadam
  9. Mizz Aiza,

    Wah, bagusnya. Sememangnya kena dengan naluri Aiza kan, Biru.

    BalasPadam
  10. Adhie Sunan Saifuddin,

    Ya, meriah dan suka sangat.

    BalasPadam
  11. hehe...seronok sukan sekolah...meriah

    BalasPadam
  12. Patutlah ramai je budak2 sekolah di batang kali semalam. Ada pertandingan rumah tercantik tak? Pasti seronok tengok gelagat kanak2 ni. Semangat kesukanan itulah yg ingin dipupuk disamping menyihatkan badan. Semoga maju jaya...

    BalasPadam
  13. faiq,

    Semuanya dah jadi kenangan. Kini, kita sebagai cikgu kena bimbing dan wujudkan suasana seperti dulu juga untuk murid-murid kita.

    BalasPadam
  14. Bin Muhammad,

    Semalam lalu ke Batang Kali ke? Ada, rumah Kuning menang. Nampak ke? Saya dah kongsi gambar tu, tapi ada postur yang kurang menarik pula untuk tontonan umum. hehehe

    BalasPadam
  15. rindu zaman skolah dolu2... hihihi... pernah skali je menang perbarisan... sbb pakai kostum lebah utk rumah kuning...wakaka...

    BalasPadam
  16. cantiknya diaorang,.. dulu masa mama sekolah, rumah biru mesti johan 2 tahun sekali..
    rindunya nak perbarisan cam tu..
    kiri kanan, kiri kanan..
    haha

    BalasPadam
  17. Shaqir Ir Manz,


    Terima kasih sudi singgah dan tingglkan komen.

    Oh, memang menjadi kelebihanlah kalau dah ada kostum.

    BalasPadam
  18. Norhasniza Khalid,

    Huhuhu, boleh pergi bagi sokongan kepada anak-anak kan kalau ada hari sukan.

    Biru... kalah tahun ni, huhu

    BalasPadam
  19. meriah!!!!sy ske umah biru...tapi,umah biru akhir skali....hmmm...x pe... biru boleh!!!!!!

    BalasPadam
  20. P#oneX,

    Kalah bermaruah, huhuhu. Biru Sentiasa Boleh.

    BalasPadam
  21. meriahnya majlis...siap dgn mascot lagi...... memang kreatif...pada masa inilah baru kita nampak kerja sama setiap pasukan... semua nak yg terbaik.....

    BalasPadam
  22. wahh meriahnye :) teringat masa dulu dulu , acik olahragawan tau :) hihihiihi

    BalasPadam
  23. meriah je :) teringat kengan masa skolah rendah dlu2..

    BalasPadam
  24. Remy hazza,

    Ya, saya sangat kagum dengan kreativiti dan semangat berpasukan yang ditunjukkan.

    BalasPadam
  25. S.K.A,

    Kenangan pada waktu kanak-kanak dan remaja sememangnya sangat berharga.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78