Pengikut

Sabtu, 26 Julai 2014

Kepulangan di Aidilfitri

Assalamualaikum.



Alhamdulillah, malam tadi selamat sampai di kampung pada pukul 10.40 malam. Bertolak petang semalam kira-kira pukul 3 petang. Bagi yang hendak memulakan perjalanan pulang ke kampung hari ini, berhati-hati di jalan raya. Memandulah dengan selamat. 

Sememangnya kepulangan di Aidilfitri sebagai anak rantauan sangat nostalgik. Sewaktu saya menuntut di UPM dahulu, sebulan awal ke Pudu Sentral untuk membeli tiket. Bagi yang pernah menaiki bas sewaktu musim perayaan pasti mengingatinya apabila perjalanan ke arah Utara penumpang perlu menaiki bas di Hentian Jalan Duta. 

Kali pertama saya menaiki bas di sini, saya hampir-hampir tertinggal bas apabila saya menyangka bas akan berhenti di platform yang ditetapkan. Rupa-rupanya bas saya telah bertolak. Oh, nasib baik ada bas yang terakhir yang membuat perjalanan ke Alor Setar. Saya terpaksa menumpang bas tersebut untuk pulang ke kampung.


Rabu, 23 Julai 2014

Ketupat Palas di Hari Raya

Assalamualaikum.

Wah, seminggu saya tidak menerbitkan sebarang entri! Bukan tidak dijenguk blog ini, tetapi tiada apa yang hendak dikongsikan. Namun, hari ini saya rajinkan jemari untuk mencoret sebarang kisah untuk perkongsian bersama. 

Saya pasti, mood untuk berhari raya semakin dirasai. Saya pun begitu. Berkira-kira untuk pulang ke kampung untuk berjumpa keluarga, berbuka bersama dan menyambut Aidilfitri. Bagaimanapun, kami warga pendidik masih dalam dilema sama ada hari Jumaat ini sekolah dberi cuti ataupun tidak. Pada mulanya, khabar angin mengatakan cuti, namun sehingga hari ini hitam putihnya belum dikeluarkan. Oleh itu, hari Jumaat ini sesi persekolahan perlu diteruskan. 

Menyentuh tajuk entri kali ini, seperti terakam satu nostalgia bagi saya setiap kali menyambut Aidilfitri. Saya pernah menulis sebuah cerpen berjudul Ketupat Palas Nasi Himpit. Cerpen ini disiarkan di majalah Era Muslimah pada tahun lepas kalau tak salah. Mengisahkan pasangan kembar dari sebuah keluarga yang mengidam untuk menikmati ketupat palas. Sedangkan ibunya tidak tahu untuk menganyam ketupat palas. Puncanya, generasi kini yang tidak pernah hendak belajar untuk menganyam ketupat palas. Biarpun si ibu cuba belajar daripada video di internet, sememangnya amat sukar hendak dipraktikkan.

Keduanya, pastilah konflik sampingan yang saya wujudkan adalah perselisihan faham antara anak dengan ibu menyebabkan (perkahwinan yang tidak direstui) telah membawa haluan anak mengikut suami. Namun, pengahirannya, saya pertemukan semula si anak dengan si ibu yang akhirnya menyebabkan pasangan kembar dapat menikmati ketupat palas (nenek). 

Di tempat saya, sememangnya ketupat palas menjadi juadah wajib untuk disediakan. Kemudian, kari daging dijadikan pencecahnya. Ada juga yang menyediakan serunding. Oh, nikmatnya mengecurkan liur!

Beberapa hari menjelang hari raya, ayah akan membeli daun palas di pasar hari. Kemudian, mak saya akan membuka daun palas lebih awal (menganyam kelongsong ketupat). Saya turut membantu. Pada sehari sebelum hari raya, mak akan menanak pulut separuh masak yang telah diadun dengan santan dan dimasukkan sedikit garam. Kerja saya pula mengeluarkan pulut tersebut daripada periuk lalu diletakkan di atas talam (dulang) besar agar pulut itu sejuk. Hal ini penting supaya kerja-kerja menyumbat pulut dalam kelongsong mudah dilakukan. Setelah siap dianyam, saya akan menggunting tangkai ketupat yang panjang sebelum dimasukkan ke dalam periuk untuk direbus.

Bagi saya ketupat palas penyeri hari raya. Tak ada ketupat palas macam tak raya pula.


Selasa, 15 Julai 2014

Selangkah Memasuki Gerbang Ilmu

Assalamualaikum.

Salam Nuzul Al-Quran saya ucapkan. Alhamdulillah, hari ini merupakan hari ke 17 kita berpuasa di bulan Ramadan. 



Sewaktu balik bercuti persekolahan lalu, saya sempat membelek-belek rak buku saya yang semakin sendat. Wah, teruja saya apabila koleksi buku saya semakin banyak! Nampaknya pada tahun akan datang sekiranya dimurahkan rezeki lagi untuk saya membeli buku, maka saya perlu memikirkan alternatif lain untuk menyimpannya sama ada membeli rak baharu ataupun menindannya lagi seperti yang dilakukan sekrang ini.



Saya masih menyimpan antaranya buku nota persekolahan saya dan adik-adik saya. Biarlah buku ini masih di rak itu selagi ada ruang untuknya selama mana buku ini bertahan. Biarpun, buku-buku nota ini pernah disuarakan supaya dibuang sahaja kerana dalam keluarga saya sudah tidak ada yang bersekolah. Namun, atas sifat sayangkan buku tersebut saya masih pertahankannya untuk disimpan. 

Biarpun orang menganggap buku bukan lagi sumber terbaik untuk mendapatkan maklumat atas alasan, mahal, sukar untuk diperolehi, lambat untuk dicapai namun saya masih percaya bahawa buku adalah bahan terbaik untuk kita memperkayakan ilmu. 

Saya sememangnya berhasrat untuk membina sebuah perpustakaan mini. Jika perlu bolehlah dibuka untuk rujukan orang ramai pula. Selangkah kita memasuki gerbang ilmu kita selamanya berada dalam kejayaan. 


Sabtu, 12 Julai 2014

Kumpulan Cerpen: Kelopak Bunga Pahit

Assalamuaalikum.


Lama menyepi, bukan bermakna menghilang. Sebaliknya, bergelut dengan tugasan di sekolah sepanjang minggu ini, hinggalah pada hari ini hari persekolahan ganti sempena Hari Raya Aidilfitri nanti. 

Setelah tersihir dengan sebuah buku Berkelana di Belantara Kata, saya beralih pula dengan sebuah buku lagi iaitu Kumpulan Cerpen: Kelopak Bunga Pahit karya Fatimah Busu. Buku ini pernah saya baca ulasannya yang tersiar dalam Berita Harian. Lantaran itu, keinginan untuk membacanya membuak-buak sehinggalah saya mendapat tahu yang Nisah Haron (pemilik Ujana Ilmu) mengedarkannya. Oleh itu, tanpa membuang masa saya memesan buku ini daripada beliau. Harga buku ini RM35 dan kos penghantaran RM5. Jadi keseluruhannya RM40. Buku ini setebal 191 halaman.

Sememangnya, Fatimah Busu menjadi antara penulis wanita yang saya kagumi selain Zurinah Hassan. Zaharah Nawawee, Khadijah Hashim, Siti Zainon Ismail. Mereka ini antara penulis yang sudah layak mendapat sesuatu dalam dunia penulisan di negara kita ini. Bagaimanapun, kita nantikan sahajalah adakah Sasterawan Negara yang ke-13 nanti muncul seorang penulis daripada golongan wanita ini. 

20 buah cerpen 


Berbalik pada buku ini, Kelopak Bunga Pahit menghimpunkan 20 buah cerpen Fatimah Busu termasuklah Kucing Kurus, Kampung Nan Jauh di Mata, Surat Cinta, Aku, Citera Idilfitri 1431, Tunggu Bumi Diterbalikkan, Primadona Tanpa Panggung, 28 Disember 2012, Aduhai Penulis Wanita Malaysia, Ceritera Andeh Isteri Pak Pandir, Bunga-bunga Berguguran, Bunga-bunga Bertaburan, Ceritera Sepohon Beringin, Perkembalian Seorang Hang Tuah, Oh OMPP, Oh MARA, Oh Tuhanku, Warkah untuk Junjungan, Adaptasi, Perjalanan ke Negara Api, Majlis Raya Merdeka Wak Long / Pak Dogol, Air Mata di Pasir Pekan dan Kelopak-kelopak Bunga Pahit. 

Cerpen-cerpen yang termuat dalam kumpulan ini sarat dengan kritikan atau protes termasuklah hal agama, sosial dan politik. Antara beberapa buah cerpen ini seperti menceritakan bagaimana kisah kehidupan Fatimah Busu pada satu-satu masa yang berhadapan dengan liku-liku dugaan dan cabaran. 

Citera Idilfitri 1431


Sempena bulan Ramadan dan Aidilfitri yang bakal menjelang ini saya kira cerpen Cireta Idilfitri 1431 antara cerpen yang harus dibaca. Cerpen ini memperlihatkan fenomena semasa yang berlaku pada bulan Ramadan dan Idilfitri. Pada bulan Ramadan dan Idilfitri, katanya kanak-kanak leka bermain mercun, adakalanya meriam hingga terlupa akan keselematan diri. Setelah Idilfitri disambut pula, kanak-kanak dibiarkan "menjadi pengemis" dengan memunggut duit raya di rumah-rumah yang tidak dikenali. Seharusnya dua perkara ini tidak berlaku pada zaman sekarang ini. 

Buku ini diterbitkan sendiri oleh Fatimah Busu. Bagaimanapun, sekiranya buku ini dicetak ulang lagi, saya memberikan pandangan supaya buku ini disusun semula bentuk hurufnya yang tidak seragam. Kepada yang ingin memilikinya boleh cuba berhubung dengan Nisah Haron sekiranya stok buku ini masih ada. 


Isnin, 7 Julai 2014

Tugasan Sejarah PT3 2014: Membuat Rumusan

Assalamualaikum.



Rumusan atau kesimpulan yang boleh dibuat setelah calon menyiapkan tugasan Sejarah PT3. Rumusan ini merupakan cadangan yang diberikan oleh Cikgu Razak.

(f) Rumusan


Pengetahuan 
Keamanan negara ini sangat penting dalam usaha negara ini menginjak menjadi sebuah negara maju menjelang tahnun 2020. Antara faktor  utama kejayaan ini boleh dicapai ialah melalui situasai keamanan dan kesejahteraan negara sentiasa terjamin atau tidak boleh dikompromi oleh sebarang faktor lain.
Berdasarkan peristiwa  13 Mei 1969  kita wajar  memperkuat semula perpaduan kaum di negara ini agar semua anggota masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni di negara yang kita cintai ini.
Dalam nada yang sama kita seharusnya memahami dan menghayati peristiwa sejarah negara negara ini yang terjajah sekian lama dan memerlukan kekuatan segenap sudut bagi menjamin penjajahan ke atas negara ini tidak lagi akan berlaku .

Iktibar
Kita juga seharusnya mengambil iktibar bahawa perpaduan hanya dapat dicapai jika semua rakyat bersatu padu , bertolak ansur, hormat menghormati antara sesama angota masyarakat

Harapan
Saya berharap agar semua warga negara ini akan sentiasa mematuhi undang-undang/ peraturan, tidak terpengaruh dengan anasir luar dan menghargai jasa tokoh yang telah banyak berjuang bagi mendapatkan kemerdekaan dan memenuhi kemerdekaan ini agar menjadi lebih bermakna akhirnya.

PERINGATAN: Segala bahan tugasan PT3 Geografi yang dikongsikan di blog ini bukan sebagai jawapan sebenar. Bahan ini sekadar sumber rujukan sahaja. Calon diingatkan supaya membaca dan memahami, kemudian mengolahnya sendiri mengikut kemahiran masing-masing. 


Sabtu, 5 Julai 2014

Tugasan Geografi PT3 2014: Kesan Pencemaran Air

Assalamualaikum.



Kesan-Kesan Pencemaran Air

Kepada calon-calon PT3 yang menjalankan kajian kes tentang pencemaran air bolehlah melihat sama ada kesan pencemaran air ini berlaku atau pun tidak di kawasan kajian kes tersebut. 

Kesan Terhadap Kesihatan Manusia

  • Bahan-bahan yang dibuang dalam sungai akan mengurangkan kandungan oksigen dalam air. 
  • Manusia juga boleh mendapat penyakit atau masalah kesihatan yang teruk jika meminum atau menggunakan air yang tercemar. 
  • Sampah-sarap dan najis yang dibuang ke dalam air juga menggalakkan bakteria untuk terus membiak dan menjadi masalah kepada kehidupan di dalam air mahupun kepada manusia sendiri.

Kesan Kepada Kualiti Air

  • Bahan-bahan toksid yang dibuang akan memberi kesan terhadap kitaran makanan dengan mempengaruhi dan meracuni hidupan-hidupan di sungai dan tasik seperti rumpair, burung, ikan dan hidupan lain. 
  • Bahan-bahan toksid yangbercampur dengan air sungai atau tasik,secara langsung akan mempengaruhi kualiti air minuman. 
  • Hal ini memberi kesan negatif terhadap kesihatan, seperti kehadiran nitrat yang berlebihan dalam air minuman yang akan mengakibatkan keracunan darah kepada bayi kecil dan barah kepada orang dewasa.

Mengurangkan Kandungan Oksigen Terlarut

  • Proses yang dihasilkan oleh industri terutamanya industri pemprosesan makanan biasanya kaya dengan nutrien inorganik contohnya nitrogen, fosforusdan kalium disamping sebatian-sebatian organik terlarut. 
  • Oleh itu, nutrien ini menyebabkan risiko pencemaran dilupuskan secara tidak langsung di dalam sungai atau tasik dan menghasilkan keadaan eutrofikasi. Sebatian organik terlarut mengurangkan jumlah kandungan oksigen terlarut(BOD).

Sistem Air Bawah Tanah Tercemar

  • Sesetengah kilang akan memperuntukkan kawasan untuk pembuangan sisa-sisa kilang. Tetapi, apabila berlaku hujan lebat atau loji pecah, sisa-sisa ini akan terkeluar dan menyebabkan dua masalah iaitu, pertama ialah jika sisa ini mengalir di permukaan, maka ianya akan mengalir di dalam sistem saliran terutamanya parit dan sungai. 
  • Masalah kedua pula ialah sekiranya sisa ini mengalir ke dalam sisem bawah tanah yang akan menyebabkan sistem ai  rbawah tanah tercemar. Kedua-dua masalah tersebut akan merosakkan dan mencemarkan hidupan dan keadaan air itu sendiri.

Menjejaskan Keindahan Alam

  • Seterusnya, pencemaran air juga menyebabkan keindahan dunia padamasa kini terjejas. Pantai-pantai yang dipenuh dengan sampah sarap menjengkelkan dan tidak indah untuk dipandang. Sampah sarap yang dibuang dilaut menjadi punca hal tersebut berlaku. 
  • Keadaan air laut ataupun sungai yangberbau busuk akibat daripada bakteria-bakteria daripada bahan-bahan cemaryang dibuang ke dalam air laut atau sungai mewujudkan keadaan yang tidakselesa kepada manusia dan juga hidupan lain di dunia ini.


Banjir

  • Selain itu pencemaran air juga menjadi punca kepada banjir yang berlaku  di dunia pada masa kini. Banjir-banjir yang kerap berlaku disebabkan oleh tersumbatnya parit yang sepatutnya mengalirkan air ke laut ataupun sungai. 
  • Apabila sampah sarap menyumbatkan aliran air tersebut, banjir mudah berlaku dan menyebabkan persekitaran kotor apabila banjir tersebut berlaku. Kesan  langsung daripadanya adalah kemusnahan tapak pembiakan rantai makanan,dan juga mempengaruhi pembuatan makanan, produktiviti makanan, dan kos meningkat.


Kemusnahan Hidupan Akuatik

  • Di Malaysia, aktiviti perindustrian, urbanisasi, serta perladangan menyebabkan pencemaran logam berat, racun makhluk perosak, pencemran organik serta peningkatan keledak dalam air. Ia merupakan pencemaran utama yang memusnahkan kehidupan akuatik. 
  • Laluan utama pencemaran dari darat kelautan adalah melalui sungai. Sungai-sungai yang tercemar seperti Sungai Juru,Sungai Pinang, Sungai Sepang, Sungai Jejawi, Sungai Kelang, Sungai Perai,Sungai Buloh dan beberapa sungai mengalirkan berbagai jenis racun, keledak bahan kumbahan dan najis haiwan ke dalam lautan. 
  • Spesies yang sensitif akan lama kelamaan lenyap, samada disebabkan oleh kematian individu atau kegagalan pembiakan. Bagi spesies yang tahan lasak, pengumpulan bahan toksik dalam badan mereka boleh menyebabkan risiko yang tinggi kepada haiwan-haiwan yang terletak di penghujung rantaian makanan, termasuk manusia.
PERINGATAN: Segala bahan tugasan PT3 Geografi yang dikongsikan di blog ini bukan sebagai jawapan sebenar. Bahan ini sekadar sumber rujukan sahaja. Calon diingatkan supaya membaca dan memahami, kemudian mengolahnya sendiri mengikut kemahiran masing-masing. 

Sumber: Sini

Semakan Tawaran Perguruan IPG Gantian 1 2014

Assalamualaikum.


Terkini! : Kepada calon Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memohon Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) Ambilan Jun 2014 lalu yang tidak berjaya untuk ambilan pertama, boleh menyemak sekali lagi tawaran tersebut untuk calon gantian 1. 

Semakan boleh dibuat mulai 4 Julai hingga 16 Julai 2014.








Jumaat, 4 Julai 2014

Tugasan Sejarah PT3 2014: Cabaran Mengekalkan Perpaduan Kaum

Assalamualaikum.



(d) Cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum ( pilih 3 sahaja )


Cabaran kepentingan etnik dari aspek politik iaitu  politik perkauman boleh menimbulkan perasaan kurang senang hati dan mengukuhkan semangat perkauman jika sesuatu tindakan diambil tanpa mendapat kata sepakat oleh semua pihak. Isu-isu perkauman seperti bahasa, kebudayaan, pendidikan, agama, kerakyatan, dan ekonomi jika dipergunakan untuk tujuan berpolitik, pastinya, ia tidak akan menyumbang ke arah masyarakat yang bersatu padu.Ianya ditambah lagi dengan usaha parti tertentu yang mengemukakan ideologi Malaysian Malaysia bagi  mendapatkan hak yang sama rata dalam kalangan penduduk di negara ini.Sekali pandang ianya merupakan suatu isu yang kecil tetapi sebenarnya isu ini berlawanan dengan kontrak sosial yang dibuat sebelum negara ini mencapai kemerdekaan. 

Sejak zaman penjajahan lagi, masalah integrasi telah wujud terutamanya semasa penjajahan British. Mereka menjalankan dasar “divide and rule” iatu dasar pecah dan perintah agar dapat memerintah dan mengeksploitasi ekonomi negara. Dasar ini jugalah yang memisahkan kaum-kaum utama negara ini mengikut bidang ekonomi yang dijalankan. Masyarakat melayu mengendalikan pertanian dan ditempatkan di kawasan luar Bandar iaitu di kampong-kampung. Masyarakat Cina ditempatkan dilombong-lombong bijih timah dan bandar-bandar kerana aktiviti perlombongan dan perdagangan yang dijalankan mereka. Manakala masyarakat India pula ditempatkan di lading-ladang getah. Perubahan fungsi ini telah menyebabkan ketiga-tiga kaum ini terpisah dan hubungan semakin terhada dan menjadi bertambah renggang.

Cabaran dari segi ekonomi yang paling nyata ialah perbezaan dari segi pekerjaan di mana perbezaan ini diwujudkan oleh pihak British melalui pecah dan perintah sepertimana dinyatakan sebelum ini. Masalah ini telah mewujudkan perasaan curiga dan telah mewujudkan jurang ekonomi antara kaum-kaum terbabit. Akibat daripada dasar yang dicipta oleh British itu, kesannya masih lagi dapat dilihat sampailah sekarang di mana sektor perniagaan masih lagi didominasi oleh orang Cina dan kebanyakkan orang India masih lagi tinggal di lading-ladang. Perbezaan pekerjaan ini telah membataskan interaksi sosial antara mereka kerana masa banyak diluangkan ditempat kerja dan sekiranya rakan sekerja terdiri daripada kaum atau etnik yang sama maka interaksi dan komunikasi hanya berlaku dan berada dalam lingkungan kaum yang sama sahaja. Kesannya adalah di mana perasaan prasangka dan perkauman akan menjadi semakin kuat dan menebal di antara sesama kaum terbabit.

Sistem persekolahan yang wujud di negara ini, pada dasarnya berpandukan sistem Barat yang diperkenalkan oleh pentadbiran British mulai abad ke 19, Pelajaran Cina telah memberi kesedaran kebangaaan pemuda –pemuda Cina. Sekolah Cina bukan hanya menggunakah bahasa Cina sebagai bahasa pengantar, gurunya datang dari negara China, buku teks diimport dari negara China dan berkiblatkan China.

Sekolah Tamil pula menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar yang tunggal. Kebanyakan sekolah Tamil terletak di kawasan ladang dan sebahagian besarnya dibiayai oleh syarikat-syarikat yang memiliki ladang-ladang berkenaan. Kerajaan sebelum merdeka menganggap sekolah Inggeris sebagai sistem persekolahan yang unggul. Kelulusan sekolah Inggeris terdedah kepada pemikiran Barat. Perbezaan di antara sekolah Inggeris dengan sekolah-sekolah lain bukan dari segi bahasa pengantar sahaja, sukatan pelajaran juga tidak sama dan sekolah Inggeris juga memberi kesan kepada perpecahan yang berlaku di dalam masyarakat. Jelas sekali, sistem persekolahan sebelum merdeka memainkan peranan penting mengekalkan keperibadian satu-satu golongan etnik dan, di samping itu, mewujudkan dua golongan terdidik – berpelajaran Inggeris dan berpelajaran vernakular  yang tidak mempunyai pandangan dunia (world – view) yang sama. Pihak Inggeris tidak memberatkan objektif perpaduan dalam sistem pelajarannya. Tidak ada satu dasar pendidikan kebangsaan sepertimana yang kita lihat hari ini. Yang penting bagi mereka ialah memberi pelajaran kepada segolongan rakyat untuk membolehkan sebahagian mereka memenuhi keperluan tenaga dan ekonomi.

Penyalahgunaan media sosial

Penyalahgunaan media sosial  telah mula menular sejak akhir-akhir ini. Media sosial seperti web dan blog serta face book menyebabkan timbulnya  kerenggangan kaum kerana banyak menimbulkan isu sensitif . Beberapa laman web yang bebas bergerak telah memperkatakan begitu banyak isu bersifat sensiti di samping menaburkan fitnah serta berita palsu menyebabkan wujudnya keresahan dalam masyarakat di negara ini. Beberapa kenyataan bersifat rasis dan berunsur perkauman begitu berleluasa pada masa sekarang. Keadaan ini pula tidak diambil tindakan oleh pihak berkuasa kerana pertindihan tugas dan bidang kuasa antara badan penguatkuasa dan badan pengawal komunikasi.  Penyebaran berita palsu dan tohmahan juga menjadi punca perbalahan dan persengketaan terhadap anggota masyarakat di negara ini. Isu kalimah Allah dalam bible yang diterbitkan dalam Bahasa Melayu contohnya  menyebabkan berlaku pertentangan pendapat dalam kalangan rakyat di negara ini. Ianya bakal menyebabkan wujudnya rasa benci dan dendam dalam masyarakat yang mampu mengguggat keamanan negara.

Campur tangan kuasa luar juga boleh melunturkan perpaduan di negara ini. Beberapa individu yang dikenalpasti sedang berusaha mendapatkan kerjasama daripada Amerika Syarikat dan Australia dalam usaha mendapatkan sokongan dan dokongan terhadap permasalahan yang mereka hadapi. Kehadiran beberapa pemimpin dari luar ini boleh dianggap cuba mencampuri urusan negara ini kerana cuba mempertikaikan isu hubungan sesama jenis dan hak golongan  lesbian, gay dan transgender di negara ini.Segelintir anggota masyarakat juga mengaitkan isu di atas sebagai isu hak asasi manusia di negara ini. Dengan menjadikan isu ini sebagai isu hak asasi maka ianya mendapat sokongan sebahagian daripada anggota masyarakat.

Segala bahan tugasan yang dikongsikan di blog ini bukan sebagai jawapan sebenar. Bahan ini sekadar sumber rujukan sahaja. Calon diingatkan supaya membaca dan memahami, kemudian mengolahnya sendiri mengikut kemahiran masing-masing. 

Sumber: Sini 


Khamis, 3 Julai 2014

Tugasan Geografi PT3 2014: Konsep dan Punca Pencemaran Air atau Sungai

 Assalamualaikum.



PENCEMARAN AIR ATAU SUNGAI

Pengenalan Kepada Pencemaran Air


Pencemaran air ini berlaku apabila terdapat perubahan dari segikandungan, keadaan, warna dan kualiti sehinnga tidak sesuai dan memberikesan apabila digunakan. Pencemaran berlaku sama ada dari segi biologi, kimia, dan fizik. Pencemaran air bukan hanya berlaku di sungai sahaja,tetapi juga di laut,pantaidan lain-lain secara sengaja atau tidak sengaja. 


Punca Pencemaran Air 

Bahan Pencemar dari Kilang

  • Punca utama yang menghasilkan pencemaran ini lebih kepada bahan pencemar dari kilang-kilang yang berdekatan dengan sumber air tersebut. 
  • Masalah timbul apabila cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan toksikyang mencemarkan air sungai. Kebanyakan kilang membuang sisa cecair dan pepejal ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar. Irni biasanya dikaitkan dengan bahan agrokimia.

Pembaungan Sampah

  • Punca utama pencemaran air ialah bahan buangan domestik. Bahan-bahan buangan domestik yang terdiri daripada sampah sarap dan bahan kumbahan dibuang sewenang-wenangnya ke dalam sungai. 
  • Bahan kumbahan disalirkan ke dalam parit dan sungai sebagai cara termudah menanganinya. Sampah organik mereput dan diuraikan oleh bakteria dengan oksigen yang terlarut di dalam air. Ini mengakibatkan kekurangan oksigen dalam air yang menggugat kehidupan akuatik.

Pertanian

  • Pertanian juga dikenal pasti sebagai punca pencemaran air. Pengilangan hasil-hasil pertanian menghasilkan banyak bahan kimia cecair yang disalirkan ke dalam sungai-sungai. 
  • Hampas-hampas organik yang menjadi bahan buangan pemprosesan dibuang ke dalam sungai. 
  • Selain itu, penggunaan baja, pestisid dan insektisid untuk membunuh haiwan perosak mencemarkan sumber air. Ini menghalang penembusan cahaya ke bawah permukaan air dan mengakibatkan kematian tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan akuatik.

Industri Perlombongan

  • Can gali petroleum di dasar laut dan tumpahan minyak adalah antara bukti nyata. Penggerudian perigi-perigi minyak dan letupan tangki minyak menyumbang kepada gejala ini. 
  • Apabila minyak ini bercampur dengan air laut atau sungai, is akan mengakibatkan air tercemar. Ini memberi kesan kepada kehidupan air seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan akuatik yang seterusnya menjejaskan sumber protein manusia.

Bahan Radioaktif dan Ujian Nuklear

  • Bahan-bahan buangan radioaktif dan ujian-ujian bom dan nuklear di laut-laut juga menyumbang kepada pencemaran air. 
  • Banyak bahan buangan radioaktif yang terhasil dani makmal-makmal dan buangan hospital yang mengandungi sisa-sisa toksik larut dalam air serta mencemarkan air sungai dan laut. 
  • Stesen-stesen nuklear juga menyalirkan bahan buangan ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar. Ujian-ujian bom di laut juga menyumbang kepada pencemaran air laut.
Untuk mengolah pencemaran air ini, calon PT3 haruslah menyesuaikan mengikut kawasan kajian kes. Diingatkan juga bahan ini sekadar perkongsian dan rujukan sahaja.

Sumber: Sini, Sini

Rabu, 2 Julai 2014

Tugasan Sejarah PT3 2014: Langkah-langkah untuk Mengekal dan Memantapkan Perpaduan Kaum

Assalamualaikum.


Format Tugasan PT3 Sejarah 
Tugasan anda hendaklah mengandungi aspek berikut: 

1. Tajuk rencana 
2. Nama penulis 
3. Isi kandungan: 
(d) Menghuraikan cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum 
(e) Mencadangkan langkah-langkah untuk mengekal dan memantapkan perpaduan kaum di Malaysia 
(f) Membuat rumusan 
(g) Menyenaraikan sumber rujukan 

Bahan ini sekadar rujukan sahaja. Calon diingatkan supaya tidak menyalin bulat-bulat untuk dijadikan tugasan PT3. 

(e) Mencadangkan langkah-langkah untuk mengekal dan memantapkan perpaduan kaum di Malaysia


Dalam mengharungi arus globalisasi serta menerajui dunia ketiga, kita sayugia memperkasakan keeratan serta perpaduan kaum di Malaysia bagi mengelakkan berlakunya rusuhan kaum. Justeru, variasi kaum haruslah bergerak sederap bagai aur dengan tebing sebagai satu sinergi menjurus ke wawasan 2020. Menurut kata Perdana Menteri yang keenam, keakraban rencaman kaum merupakan penawar yang paling mujarab bagi menyemarakkan keakraban kaum bak kata pepatah’ bulat air kerana pembetung bulat manusia kerana muafakat’. Selain itu, sinergi daripada semua pihak berganding bahu melakukan usaha-usaha yang proaktif dan efektif dalam merealisasikan aspirasi rakyat seantero Malaysia.

Konsep 1Malaysia

  • Menurut Perdana Menteri kita, konsep Satu Malaysia dapat dijayakan melalui majlis rumah terbuka perayaan peringkat kebangsaan yang dihadiri oleh pelbagai kaum. 
  • Mereka menghadirkan diri dan mengitimkan hubungan mereka dengan masyarakat yang mempunyai pelbagai kaum dan latar belakang. 
  • Interaksi antara kaum dalam majlis sebegini dapat memperkasakan hubungan antara kaum di Malaysia. Tuntasnya, kemajuan negara kita bergantung kepada perpaduan kaum seperti kata pepatah ‘bersatu teguh, bercerai roboh’.

Aktiviti Kemasyarakatan

  • Perpaduan kaum juga dapat dipupuk melalui aktiviti kemasyarakatan yang memerlukan setiap kaum mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan. 
  • Cara ini dapat memupuk semangat kerjasama dan saling membantu antara satu sama lain dengan menghapuskan sikap mementingkan diri yang tertanam di dalam jiwa masyarakat kini. 
  • Aktiviti memperteguh jalinan kemesraan harus dijalinkan seperti aktiviti gotong royong yang memerlukan sumbangan setiap pihak untuk menjayakan aktiviti tersebut supaya perpaduan secara maksimum dapat dilahirkan. 
  • Pendek kata, aktiviti kemasyarakatan dapat menjadi wadah yang terbaik bagi memupuk semangat perpaduan yang perlu ada dalam diri setiap rakyat seiring dengan hasrat negara untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu walaupun berlainan bangsa mahupun agama.


Hari Keluarga

  • Sejajar dengan konteks perbicaraan, dengan menganjurkan program Hari Keluarga, semangat muhibah antara kaum yang berbeza di Malaysia dapat disemarakkan. Agenda program ini bertujuan untuk mewujudkan nilai keakraban dan membendung sikap diskriminasi. 
  • Serentak dengan itu, menerusi program hari keluarga ini, pelbagai lapisan masyarakat yang hadir dapat berkomunikasi serta bertukar-tukar idea dan pendapat berkaitan dengan sesuatu isu. Sebagai contoh, sekolah-sekolah di seluruh pelosok negara juga dapat melibaatkan diri dalam sambutan Hari Keluarga. 
  • Di samping itu, kerajaan juga boleh mengadakan sambutan ini khas untuk kakitangan kerajaan. Jelaslah bahawa usaha-usaha dalam membentuk perpaduan kaum di Malysia boleh direalisasikan dengan program Hari keluarga yang berpotensi untuk memperkasakan hubungan antara kaum di negara kita.

Sistem Pendidikan

  • Pengenalan satu sistem pendidikan yang sama oleh Kementerian Pendidikan Malaysia telah mewujudkan perpaduan kaun. 
  • Selain itu, sekolah wawasan yang menempatkan tiga jenis sekolah yakni sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan cina dan sekolah jenis kebangsaan tamil juga mempercepat proses perpaduan kaum. 
  • Selain itu, penggunaan bahasa Malaysia iaitu bahasa rasmi negara kita sebagai bahasa perantaraan di sekolah-sekolah kebangsaan turut membolehkan pelbagai kaum berinteraksi antara satu sama lain seperti slogan bahasa jiwa bangsa. 

Penerapan Nilai-nilai Budaya dan Warisan

  • Dari kaca mata yang lain, penerapan nilai-nilai budaya dan warisan juga merupakan salah satu langkah dalam mendekati matlamat dan harapan para pemimpin kita dalam mencapai perpaduan kaum. Negara Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yakni Melayu, Cina dan India. Rakyat boleh mengaplikasikan budaya kaum mereka dari aspek pemakanan, pemakaian, dan peradaban serta berkongsi dengan kaum-kaum lain. 
  • Sebagai contoh, semakin ramai wanita bukan Melayu yang memakai baju tradisional orang Melayu iaitu baju kurung ke majlis-majlis dan kuliah-kuliah. 
  • Makanan India seperti roti canai dan tose juga semakin diminati oleh kaum yang lain. Oleh itu, kemasukan nilai-nilai budaya dan warisan berbilang kaum ini dapat menimbulkan rasa hormat antara satu sama lain dan seterusnya mengeratkan lagi perpaduan kaum dalam negara.

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)

  • Kerajaan telah mewajibkan remaja yang berumur 17 tahun ke atas menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). 
  • Modul kenegaraan PLKN sememangnya bertujuan untuk melahirkan semangat perpaduan dalam sanubari remaja daripada masyarakat majmuk yang merupakan bakal pemimpin negara. 
  • Selaras dengan modul kenegaraan, para remaja berbilang kaum berpeluang untuk bekerjasama bagai aur dengan tebing dan seterusnya perpaduan dapat disemai melalui aktiviti-aktiviti berkumpulan yang dilaksanakan dalam PLKN. Sesungguhnya, tidak dapat disangkal bahawa PLKN turut memainkan peranan dominan dalam iltizam membentuk perpaduan kaum.


Sumber:
1. http://stpm-study.blogspot.com/2013/09/esei-11-usaha-usaha-untuk-memupuk.html


Contoh dan Panduan Lengkap Menyediakan Tugasan Sejarah PT3 2014

Assalamualaikum.




1. Tajuk rencana -  Perpaduan kaum di Malaysia

2. Nama penulis – Nama kita

3. Isi kandungan: bahagikan isi kandungan berdasarkan konstruk yang dikehendaki

(a) Pengenalan


Perpaduan boleh ditakrifkan sebagai satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan dalam  kalangan mereka. Perpaduan masyarakat merupakan  antara aspek  yang penting dalam membentuk  perpaduan negara. Malaysia kini dihuni oleh beberapa kaum dan etnik  yang bersifat majmuk  yang  membawa kepada wujudnya jurang perpisahan  .


Pada zaman pemerintahan British di negara ini , mereka mengamalkan  dasar pecah dan perintah terutama membiarkan penduduk  negara ini mengamalkan kegiatan ekonomi masing-masing mengikut komposisinya. Orang Melayu dibiarkan berada di kampung yang terlibat dalam bidang pertanian  dan penanaman padi serta menangkap ikan  manakala tenaga buruh di ladang diambil dari  negara India dan di kawasan lombong bijih timah tenaga imigran dari China diambil. Kesannya jurang perpaduan mula timbul disebabkan kegiatan ekonomi yang diusahakan di samping  tempat tinggal yang berbeza . Keadaan ini mengurangkan kebarangkalian penduduk Melayu , Cina dan India bersama-sama dalam satu lokaliti.Kesan jangka panjang keadaan ini ialah wujudnya jurang pemisahan antara kaum.

Bersama-sama dengan kedatangan imigran ini ialah sistem pendidikan mereka yang dibawa ke negara ini. Orang Cina dan India memiliki sistem sekolah vernakular sendiri yang membawa masuk guru, buku dan sukatan pelajaran dari negara mereka. Kesannya di negara ini telah wujud satu sistem pendidikan yang di dalamnya terdapat sekolah aliran agama , Inggeris, Cina , Tamil dan aliran  Melayu.  Kesan langsung wujudnya sistem  pendidikan zaman British ini menyebabkan terhalangnya proses asimilasi yang boleh memungkinkan pergaulan kaum dapat dilakukan dengan sempurna.

Penaklukan Jepun di Tanah Melayu pada Perang Dunia Kedua iaitu pada 1941-1945 juga tak kurang mendatangkan kesan yang hebat ke atas hubungan integrasi kaum di negara ini. Pihak Jepun pula mengamalkan dasar anti-Cina dan pro-Melayu yang ternyata mengeruhkan lagi keadaan semasa dengan menyebabkan timbulnya perasaan benci dan prasangka buruk masyarakat Cina terhadap orang Melayu. Orang Cina bertindak mengambil kesempatan utuk membalas dendam dengan menganggotai Bintang Tiga atau lebih dikenali sebagai Parti Komunis Malaya (PKM) dalam tempoh masa Jepun menyerah kalah dan sebelum kedatangan kembali pihak British. Ketika inilah berlakunya  keganasan 14 hari seperti membunuh, menculik, membakar masjid dan bangunan sebagai cara membalas dendam . Keadaan ini  menyebabkan berlakunya persengketaan kaum antara orang Melayu dan orang Cina. Lebih memburukkan lagi keadaan adalah apabila kebanyakan orang Cina terlibat dalam pergerakan PKM manakala orang Melayu kebanyakannya merupakan anggota pasukan keselamatan ketika zaman darurat pada 1948-1960.

Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik dari kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal Bangsa Malaysia berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah memberi kesempatan kepada ahli-ahli politik yang ingin mendapatkan faedah dalam pilihanraya.
Pada pilihanraya umum 1969 Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah gagal memperolehi majoriti 2/3 diparlimen, walaupun masih berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Hal ini disifatkan oleh parti pembangkang sebagai satu kemenangan yang besar buat mereka. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969.Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.

Pihak pembangkang yang memperoleh pencapaian gemilang dalam pilihanraya telah meraikan kemenangan mereka pada 11 Mei 1969. Perarakan tersebut sebenarnya tidak bermotif untuk menimbulkan isu perkauman. Malah terdapat segelintir pengikut perarakan  telah mengeluarkan slogan-slogan sensitif berkenaan isu perkauman semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan turut dijalankan pada 12 Mei 1969 di mana kaum Cina berarak menerusi kawasan Melayu, melontar penghinaan sehingga mendorong kepada kejadian tersebut. Pihak pembangkang yang sebahagian besar darinya kaum Cina dari Democratic Action Party dan Gerakan yang menang, mendapatkan permit polis bagi perarakan kemenangan melalui jalan yang ditetapkan di Kuala Lumpur. Bagaimanapun perarakan melencong dari laluan yang ditetapkan dan melalui kawasan Melayu Kampung Baru, menyorak penduduk di situ. Sesetengah penunjuk perasaan membawa penyapu, kemudiannya dikatakan sebagai simbol menyapu keluar orang Melayu dari Kuala Lumpur, sementara yang lain meneriak slogan mengenai tengelamnya kapal Perikatan .  Orang Melayu memandang perisitiwa ini  sebagai kaduk naik junjung. Natijahnya berlaku kemarahan yang meluap-luap dalam kalangan orang Melayu sehingga menumpahkan darah .Maka berlakulah kejadian yang dinamakan Tragedi 13 Mei 1969.  Kepanasan isu ini cepat menular sehingga ke seluruh negara dalam masa yang begitu singkat sahaja.

Perpaduan negara ini juga diuji dengan pelbagai isu berkaitan dengan agama dan soal hak kerakyatan dan beberapa isu sensitif lain yang mampu menjejaskan perpaduan kaum di negara ini . Ianya dibawa dan dimainkan oleh beberapa badan bukan kerajaan yang cuba mendapatkan nama dalam usaha mendapatkan sokongan berterusan sehingga ke tarikh pilihanraya akan datang. Jika dibiarkan begitu sahaja tanpa diselesaikan atau dirungkai terlebih awal hal ini mampu merobek perpaduan kaum sedia ada pada masa sekarang.

(b) Kepentingan perpaduan kaum


Perpaduan dalam kalangan pelbagai etnik di negara kita haruslah dikekalkan untuk menjamin keselamatan negara  agar kemerdekaan yang kita kecapi sekarang ini berkekalan .Hal  ini adalah untuk mengelakkan berulangnya perkara yang tidak diingini seperti rusuhan kaum pada 13 mei 1969 yang telah berlaku di negara kita. Kesan daripada rusuhan ini kita dapat lihat betapa ramai masyarakat negara kita yang mati dalam peristiwa berdarah ini. Oleh itu,  perpaduan  penting agar kejadian yang sama tidak akan berulang. Dalam nada yang sama kita akan dapat mengekalkan kestabilan politik jika kejadian rusuhan kaum ini dapat dielakkan oleh semua anggota masyarakat yang memiliki semangat nasionalisme dan patriotik yang tinggi.

Selain itu, keharmonian ini juga mestilah dikekalkan untuk melahirkan perasaan cintakan tanah air dan sanggup berkorban untuk negara kita.  Perpaduan dalam kalangan etnik di negara ini juga akan dapat mengukuhkan lagi keselamatan negara daripada ancaman  luar dan dalam negara. Warganegara yang memiliki semangat nasionalisme akan melahirkan kekuatan dalam mempertahankan negara ini daripada campurtangan kuasa luar seterusnya memelihara kedaulatan negara ini dan mengekalkan kemerdekaan negara ini seterusnya.

Perpaduan negara yang jitu juga dapat membina sebuah masyarakat yang saling menghormati antara satu sama lain disebabkan faktor rasa bersama dan kekitaan yang lahir dalam jiwa seluruh anggota masyarakat. Sifat dengki dan khianat akan terlebur begitu sahaja  jika semua anggota masyarakat memiliki sifat saling menghormati yang dipupuk sejak kita kecil lagi.


(c) Faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum ( pilih 3 sahaja )


Peristiwa 13 Mei telah menjadi catatan sejarah yang suram di negara ini. Hal ini demikian kerana peristiwa ini memperlihatkan bahawa hubungan kaum akan menjadi rapuh jika ada  tindakan luar batasan dilakukan dan tindakan mencegah tidak dilakukan dengan secukupnya. Peristiwa berdarah ini menjadi iktibar bahawa perpaduan kaum boleh menjadi bom jangka yang boleh meletup pada bila-bila masa memandangkan terdapat sebahagian anggota masyarakat yang gemar menjaja isu sensitif bagi meraih sokongan politik mudah untuk bangsa mereka. Selepas kejadian ini lahir kesedaran untuk menyatupadukan kaum di negara ini dengan terbentuknya Rukun Negara yang menjadi satu identiti bagi semua anggota masyarakat. Dalam masa yang sama kekurangan orang Melayu dalam bidang ekonomi cuba diselesaikan dengan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru yang dilancarkan pada 1970.

Rentetan peristiwa tersebut juga  telah terbentuknya MAGERAN pada 17 Mei 1969 yang berfungsi sebagai pengembali keamanan dan undang-undang negara; penentu pentadbiran yang licin dan sempurna; dan pengembali keharmonian dan kepercayaan antara kaum. MAGERAN didapati berjaya mengembalikan keamanan kepada negara selepas dua tahun ditubuhkan. Seterusnya, pada tahun 1969 juga, Jabatan Perpaduan Negara(JPN) dan Majlis Muhibah Negara(MMN) telah dibentuk. JPN yang diketuai Tan Sri Mohd Ghazali Shafie telah ditubuhkan untuk membantu kerajaan menggerakkan dan membimbing rakyat ke arah perpaduan negara. MMN pula ditubuhkan pada 18 Julai 1969 bertujuan memulihkan kepercayaan dan keyakinan antara kaum, mengkaji dan mengatasi masalah untuk menghapuskan perselisihan faham, membantu dan menyusun kerja-kerja sukarela. MMN dan JPN telah digabungkan pada 1Januari 1972 menjadi Kementerian Perpaduan Negara yang kini bergelar Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat yang ditugaskan untuk mengendalikan aktiviti-aktiviti bercorak muhibah untuk masyarakat yang berbilang kaum


Penubuhan parti politik di negara kita sebenarnya bermula pada 1940 apabila kesedaran politik mula melonjak hasil pengenalan Malayan Union  oleh Inggeris di negara ini. Penubuhan UMNO , MCA dan MIC pada awalnya bermaksud untuk membela masyarakat atau kaum masing-masing dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Perpaduan kaum mula dibentuk apabila Parti Perikatan mula ditubuhkan hasil gabungan UMNO,MCA dan MIC yang merapatkan hubungan antara orang Melayu, Cina dan India dalam bidang politik dalam usaha memuju kerjasama kaum ke arah mencapai kemerdekaan. Proses ini dilakkukan mulai 1948 hinggalah 1956 . Dapat dilihat pada masa ini kesedaran pentingnya perpaduan kaum dibentuk bagi  menjamin keadaan negara yang aman dan damai dengan penduduknya dapat bekerjasama antara satu sama lain.

Kerajaan telah merangka Dasar Pendidikan Kebangsaan sebagai landasan mewujudkan masyarakat yang bersatu padu. Penyata Razak dan Ordinan Pelajaran yang telah termaktub sebelum merdeka telah disemak semula menghasilkan Laporan Rahman Talib dan seterusnya dimaktubkan dalam Akta Pelajaran, 1961 merupakan antara usaha awal kerajaan dalam sektor Pendidikan. Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan diharapkan dapat memenuhi keperluan tenaga rakyat negara ini dalam jangka pendek dan panjang demi melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih. Antara strategi yang dirancang untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan ialah menjadikan Bahasa Kebangsaan bahasa pengantar yang utama, mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah, mewujudkan sistem peperiksaan yang sama dan sebagainya.

(d) Cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum ( pilih 3 sahaja )


Cabaran kepentingan etnik dari aspek politik iaitu  politik perkauman boleh menimbulkan perasaan kurang senang hati dan mengukuhkan semangat perkauman jika sesuatu tindakan diambil tanpa mendapat kata sepakat oleh semua pihak. Isu-isu perkauman seperti bahasa, kebudayaan, pendidikan, agama, kerakyatan, dan ekonomi jika dipergunakan untuk tujuan berpolitik, pastinya, ia tidak akan menyumbang ke arah masyarakat yang bersatu padu.Ianya ditambah lagi dengan usaha parti tertentu yang mengemukakan ideologi Malaysian Malaysia bagi  mendapatkan hak yang sama rata dalam kalangan penduduk di negara ini.Sekali pandang ianya merupakan suatu isu yang kecil tetapi sebenarnya isu ini berlawanan dengan kontrak sosial yang dibuat sebelum negara ini mencapai kemerdekaan. 

Sejak zaman penjajahan lagi, masalah integrasi telah wujud terutamanya semasa penjajahan British. Mereka menjalankan dasar “divide and rule” iatu dasar pecah dan perintah agar dapat memerintah dan mengeksploitasi ekonomi negara. Dasar ini jugalah yang memisahkan kaum-kaum utama negara ini mengikut bidang ekonomi yang dijalankan. Masyarakat melayu mengendalikan pertanian dan ditempatkan di kawasan luar Bandar iaitu di kampong-kampung. Masyarakat Cina ditempatkan dilombong-lombong bijih timah dan bandar-bandar kerana aktiviti perlombongan dan perdagangan yang dijalankan mereka. Manakala masyarakat India pula ditempatkan di lading-ladang getah. Perubahan fungsi ini telah menyebabkan ketiga-tiga kaum ini terpisah dan hubungan semakin terhada dan menjadi bertambah renggang.

Cabaran dari segi ekonomi yang paling nyata ialah perbezaan dari segi pekerjaan di mana perbezaan ini diwujudkan oleh pihak British melalui pecah dan perintah sepertimana dinyatakan sebelum ini. Masalah ini telah mewujudkan perasaan curiga dan telah mewujudkan jurang ekonomi antara kaum-kaum terbabit. Akibat daripada dasar yang dicipta oleh British itu, kesannya masih lagi dapat dilihat sampailah sekarang di mana sektor perniagaan masih lagi didominasi oleh orang Cina dan kebanyakkan orang India masih lagi tinggal di lading-ladang. Perbezaan pekerjaan ini telah membataskan interaksi sosial antara mereka kerana masa banyak diluangkan ditempat kerja dan sekiranya rakan sekerja terdiri daripada kaum atau etnik yang sama maka interaksi dan komunikasi hanya berlaku dan berada dalam lingkungan kaum yang sama sahaja. Kesannya adalah di mana perasaan prasangka dan perkauman akan menjadi semakin kuat dan menebal di antara sesama kaum terbabit.

Sistem persekolahan yang wujud di negara ini, pada dasarnya berpandukan sistem Barat yang diperkenalkan oleh pentadbiran British mulai abad ke 19, Pelajaran Cina telah memberi kesedaran kebangaaan pemuda –pemuda Cina. Sekolah Cina bukan hanya menggunakah bahasa Cina sebagai bahasa pengantar, gurunya datang dari negara China, buku teks diimport dari negara China dan berkiblatkan China.

Sekolah Tamil pula menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar yang tunggal. Kebanyakan sekolah Tamil terletak di kawasan ladang dan sebahagian besarnya dibiayai oleh syarikat-syarikat yang memiliki ladang-ladang berkenaan. Kerajaan sebelum merdeka menganggap sekolah Inggeris sebagai sistem persekolahan yang unggul. Kelulusan sekolah Inggeris terdedah kepada pemikiran Barat. Perbezaan di antara sekolah Inggeris dengan sekolah-sekolah lain bukan dari segi bahasa pengantar sahaja, sukatan pelajaran juga tidak sama dan sekolah Inggeris juga memberi kesan kepada perpecahan yang berlaku di dalam masyarakat. Jelas sekali, sistem persekolahan sebelum merdeka memainkan peranan penting mengekalkan keperibadian satu-satu golongan etnik dan, di samping itu, mewujudkan dua golongan terdidik – berpelajaran Inggeris dan berpelajaran vernakular  yang tidak mempunyai pandangan dunia (world – view) yang sama. Pihak Inggeris tidak memberatkan objektif perpaduan dalam sistem pelajarannya. Tidak ada satu dasar pendidikan kebangsaan sepertimana yang kita lihat hari ini. Yang penting bagi mereka ialah memberi pelajaran kepada segolongan rakyat untuk membolehkan sebahagian mereka memenuhi keperluan tenaga dan ekonomi.

Penyalahgunaan media sosial  telah mula menular sejak akhir-akhir ini. Media sosial seperti web dan blog serta face book menyebabkan timbulnya  kerenggangan kaum kerana banyak menimbulkan isu sensitif . Beberapa laman web yang bebas bergerak telah memperkatakan begitu banyak isu bersifat sensiti di samping menaburkan fitnah serta berita palsu menyebabkan wujudnya keresahan dalam masyarakat di negara ini. Beberapa kenyataan bersifat rasis dan berunsur perkauman begitu berleluasa pada masa sekarang. Keadaan ini pula tidak diambil tindakan oleh pihak berkuasa kerana pertindihan tugas dan bidang kuasa antara badan penguatkuasa dan badan pengawal komunikasi.  Penyebaran berita palsu dan tohmahan juga menjadi punca perbalahan dan persengketaan terhadap anggota masyarakat di negara ini. Isu kalimah Allah dalam bible yang diterbitkan dalam Bahasa Melayu contohnya  menyebabkan berlaku pertentangan pendapat dalam kalangan rakyat di negara ini. Ianya bakal menyebabkan wujudnya rasa benci dan dendam dalam masyarakat yang mampu mengguggat keamanan negara.

Campur tangan kuasa luar juga boleh menlunturkan perpaduan di negara ini.Beberapa individu yang dikenalpasti sedang berusaha mendapatkan kerjasama daripada Amerika Syarikat dan Australia dalam usaha mendapatkan sokongan dan dokongan terhadap permasalahan yang mereka hadapi. Kehadiran beberapa pemimpin dari luar ini boleh dianggap cuba mencampuri urusan negara ini kerana cuba mempertikaikan isu hubungan sesama jenis dan hak golongan  lesbian, gay dan transgender di negara ini.Segelintir anggota masyarakat juga mengaitkan isu di atas sebagai isu hak asasi manusia di negara ini. Dengan menjadikan isu ini sebagai isu hak asasi maka ianya mendapat sokongan sebahagian daripada anggota masyarakat.

(e) Langkah-langkah untuk mengekal dan memantapkan perpaduan kaum di Malaysia   ( pilih 3 sahaja )            


Beberapa kempen dan program yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan mampu mengekal dan memantapkan perpaduan kaum di negara ini. Pelan Tindakan Perpaduan & Integrasi Nasional telah dirancang oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Ia merupakan rancangan lima tahun iaitu dari 2005-2010 yang merancang pelbagai usaha untuk memupuk dan mempertingkatkan perpaduan dan integrasi nasional. Pelan ini mengandungi pelbagai strategi yang dirancang dari pelabagai aspek seperti strategi politik, ekonomi, pendidikan, penggunaan Bahasa Kebangsaan, Agama, Kebudayaan, Integrasi Wilayah, Keselamatan, Pembangunan Kawasan, Penggunaan Tenaga Manusia, Media Massa, Kesukanan, Pemasyarakatan Perpaduan, Pertubuhan Sukarela, Penyelidikan Dan Penerbitan Bahan Bacaan, Pemantauan Isu-isu Semasa dan Konflik, Penubuhan Panel Penasihat Perpaduan Negara (PANEL) dan Jawatankuasa Penasihat Perpaduan Peringkat Negeri (JKPPN), program dan aktiviti perpaduan, Sekolah Wawasan dan Program Latihan Khidmat Negara. Kesemua program, pelan dan aktiviti yang dirancang telah dijalankan dengan bertujuan supaya masyarakat dapat melibatkan diri dan memupuk hubungan etnik yang erat antara rakyat di negara ini.

Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperkenalkan program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) sejak tahun 1986. Program ini pada awalnya telah dilaksanakan di peringkat sekolah rendah dan kini diperluaskan ke semua sekolah rendah dan menengah pada tahun 2005. KPM memandang berat akan pentingnya dijalin hubungan yang rapat antara murid pelbagai kaum di sekolah supaya wujud kesefahaman dan perpaduan antara mereka. Dengan adanya persefahaman dan berbaik sangka maka akan timbul suasana hormat-menghormati terhadap agama, budaya dan adapt resam sesuatu kaum dengan kaum yang lain. KPM menyediakan peluang kepada murid pelbagai kaum untuk bergaul mesra secara sedar dan terancang. Proses perpaduan ini dapat dipupuk dan dibina agar semangat tersebut dapat diamalkan dalam masyarakat. Usaha ini dijana semula kea rah merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia hidup bersatu padu dan harmoni.Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah lawatan sambil belajar, kursus motivasi, kem perpaduan , sambutan hari perayaan , pameran kebudyaan dan persembahan pentas.

Sekiranya isu ini diperinci secara mendalam, kerajaan telah mewajibkan remaja yang berumur 17 tahun ke atas menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Modul kenegaraan PLKN sememangnya bertujuan untuk melahirkan semangat perpaduan dalam sanubari remaja daripada masyarakat majmuk yang merupakan bakal pemimpin negara. Selaras dengan modul kenegaraan, para remaja berbilang kaum berpeluang untuk bekerjasama bagai aur dengan tebing dan seterusnya perpaduan dapat disemai melalui aktiviti-aktiviti berkumpulan yang dilaksanakan dalam PLKN. Sesungguhnya, tidak dapat disangkal bahawa PLKN turut memainkan peranan dominan dalam iltizam membentuk perpaduan kaum.

Perpaduan kaum juga dapat dipupuk melalui aktiviti kemasyarakatan yang memerlukan setiap kaum mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Cara ini dapat memupuk semangat kerjasama dan saling membantu antara satu sama lain dengan menghapuskan sikap mementingkan diri yang tertanam di dalam jiwa masyarakat kini. Namun, sikap negative masyarakat terutamanya masyarakat yang duduk di bandar yang hanya bekerja tidak tentu masa dan melakukan kerja sendiri menyebabkan usaha memupuk semangat perpaduan sukar untuk diterapkan. Aktiviti memperteguh jalinan kemesraan harus dijalinkan seperti aktiviti gotong royong yang memerlukan sumbangan setiap pihak untuk menjayakan aktiviti tersebut supaya perpaduan secara maksimum dapat dilahirkan. Pendek kata, aktiviti kemasyarakatan dapat menjadi wadah yang terbaik bagi memupuk semangat perpaduan yang perlu ada dalam diri setiap rakyat seiring dengan hasrat negara untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu walaupun berlainan bangsa mahupun agama

Satu daripada cara mencapai perpaduan di antara kaum ialah menjaga budi bahasa serta akhlak dalam pergaulan. Perbezaan agama serta kepercayaan tidak mengurangkan kepentingan pemupukan budi bahasa. Adat istiadat adalah peraturan yang sentiasa dlpatuhi dan diamalkan dalam masyarakat Malaysia terutamanya pada hari perayaan. Adat istiadat ini mencirikan Kebudayaan Kebangsaan. Antara hari-hari perayaan yang sama-sama dihormati ialah Hari Kebangsaan Malaysia pada 31 Ogos, Hari Deepavali, Tahun Baru Cina, Hari Raya, Sambutan Maulud Nabi Muhammad s.a.w,  

Slogan 1Malaysia atau 'Satu Malaysia' adalah satu gagasan peribadi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia keenam, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2 April 2009. Intipati gagasan ini idea satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik, sub-etnik dan kebudayaan. Semua pihak mestilah bersama-sama menjayakannya. Pelaksanaannya bukan dibuat semalaman tetapi secara evolusi.Ia adalah ramuan serta formula pentadbiran dalam proses negara menuju Wawasan 2020 serta menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang seperti yang diperjuangkan perdana menteri keempat dan kelima iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Aspek utama ialah sikap saling hormat menghormati dan bersikap menerima di antara satu sama lain.Masyarakat majmuk di Malaysia perlu disatukan melalui '1Malaysia'. Hubungan kaum dipereratkan bagi jangka masa panjang. Prinsip utama yang mendasari 1Malaysia adalah kebersamaan dan kekitaan dalam satu keluarga besar. Oleh yang demikian slogan ini sudah tentu menjadi satu pemangkin kepada perpaduan rakyat di negara ini.

Cara paling penting untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia ialah melalui penggunaan bahasa kebangsaan. Penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa curiga. Langkah ini mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa hormoni antara kaum di negara ini.

(f) Rumusan


Pengetahuan 
Keamanan negara ini sangat penting dalam usaha negara ini menginjak menjadi sebuah negara maju menjelang tahnun 2020. Antara faktor  utama kejayaan ini boleh dicapai ialah melalui situasai keamanan dan kesejahteraan negara sentiasa terjamin atau tidak boleh dikompromi oleh sebarang faktor lain.
Berdasarkan peristiwa  13 Mei 1969  kita wajar  memperkuat semula perpaduan kaum di negara ini agar semua anggota masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni di negara yang kita cintai ini.
Dalam nada yang sama kita seharusnya memahami dan menghayati peristiwa sejarah negara negara ini yang terjajah sekian lama dan memerlukan kekuatan segenap sudut bagi menjamin penjajahan ke atas negara ini tidak lagi akan berlaku .

Iktibar
Kita juga seharusnya mengambil iktibar bahawa perpaduan hanya dapat dicapai jika semua rakyat bersatu padu , bertolak ansur, hormat menghormati antara sesama angota masyarakat

Harapan
Saya berharap agar semua warga negara ini akan sentiasa mematuhi undang-undang/ peraturan, tidak terpengaruh dengan anasir luar dan menghargai jasa tokoh yang telah banyak berjuang bagi mendapatkan kemerdekaan dan memenuhi kemerdekaan ini agar menjadi lebih bermakna akhirnya.

 (g) sumber rujukan

http://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Mei
https://www.google.com.my/?gws_rd=ssl#q=RIMUP


Jadual kerja


1. Objektif kajian

·         Mengenalpasti isu-isu perpaduan kaum secara umum
·         Mengenalpasti kepentingan perpaduan kaum kepada negara ini
·         Menghuraikan cabaran dan kekangan dalam usaha mengekalkan perpaduan kaum di negara ini
·         Menyenaraikan langkah-langkah untuk mengekalkan dan memantapkan perpaduan kaum di Malaysia

2. Menetapkan kaedah kajian
·         Membaca akhbar tempatan
·         Merujuk buku teks atau rujukan
·         Melayari internet berkaitan dengan isu perpaduan

3. Menetapkan tajuk – perpaduan kaum di Malaysia

4. Menyediakan kerangka kasar penulisan

Kerangka awal


a. Tajuk rencana- Perpaduan kaum di  negara ini
b. Nama penulis – nama awak
c. Isi kandungan

Pengenalan isu perpaduan secara umum
Dasar pecah dan perintah British
Sistem pendidikan zaman british
Pendudukan Jepun
Peristiwa 13 Mei

Kepentingan perpaduan kaum ( huraikan 3 aja)
-          mewujudkan masyarakat harmoni dan aman
-          memelihara kedaulatan Negara
-          mewujudkan perasaan cinta kepada Negara/ patriotism
-          meningkatkan imej Negara di mata dunia
-          membangunkan ekonomi negara
-          mengekalkan kestabilan politik
-          membina masyarakat yang saling menghormati

Faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum ( huraikan 3 aja )
Peristiwa 13 mei
Sistem pendidikan penjajah
Penubuhan parti politik
Isu perkauman ( bahasa , budaya , pendidikan , agama , kerakyatan
Dasar pebdidikan kebangsaan


Cabaran mengekalkan perpaduan kaum ( huraikan 3 aja )
kewujudan pelbagai aliran sekolah
- parti politik berasaskan kaum
- kesan dasar penjajahan british
Sikap individulistik dalam masyarakat
Penyalahgunaan media sosial – menimbulkan isu sensitif
Campurtangan kuasa luar


Langkah untuk mengekalkan dan menetapkan perpaduan kaum di Malaysia ( huraikan 3 aja )
Kempen kerajaan
Program RIMUP
Gotong royong
Rumah terbuka
Sambutan perayaan
Program sukan
Slogan I Malaysia
Aktiviti kokurikulum

Membuat rumusan
-          Keamanan dan kesejahteraan negara sentiasa terjamin
-          Berdasarkan peristiwa sejarah lama (  ) kita wajar ........
-          Memahami dan menghayati peristiwa sejarah negara

Meletakkan rujukan
Akhbar
Buku- Buku teks sejarah tingkatan 3 , KPM, DBP , 2007, KL
Majalah
Internet

Pelaksanaan kerja
Bil
Tarikh
Huraian/ perkara/ aktiviti
Catatan

Pelaksanaan kerja
Bil
Tarikh
Huraian/ perkara/ aktiviti
Catatan
1
30/6/2014
Mendengar taklimat daripada guru

2

Membuat rujukan lanjut ke laman web kementerian Pendidikan/ LPM


3

Bertanya guru untuk mengenalpasti tugasan

4

Menentukan tajuk tugasan

5

Membuat kajian perpustakaan

6

Membuat kajian internet

7

Membuat kerangka kasar

8

Merujuk guru tentang huraian tugasan

9

Membuat draf akhir

10
15/7/2014
Menulis rencana ikut format

11
16/7/2014
Menyemak tugasan

12
17/7/2014
Menghantar laporan

Sumber: Cikgu Razak
Draf awal huraian - jangan salin bulat-bulat. ini cadangan sahaja

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78