Pengikut

Sabtu, 12 Julai 2014

Kumpulan Cerpen: Kelopak Bunga Pahit

Assalamuaalikum.


Lama menyepi, bukan bermakna menghilang. Sebaliknya, bergelut dengan tugasan di sekolah sepanjang minggu ini, hinggalah pada hari ini hari persekolahan ganti sempena Hari Raya Aidilfitri nanti. 

Setelah tersihir dengan sebuah buku Berkelana di Belantara Kata, saya beralih pula dengan sebuah buku lagi iaitu Kumpulan Cerpen: Kelopak Bunga Pahit karya Fatimah Busu. Buku ini pernah saya baca ulasannya yang tersiar dalam Berita Harian. Lantaran itu, keinginan untuk membacanya membuak-buak sehinggalah saya mendapat tahu yang Nisah Haron (pemilik Ujana Ilmu) mengedarkannya. Oleh itu, tanpa membuang masa saya memesan buku ini daripada beliau. Harga buku ini RM35 dan kos penghantaran RM5. Jadi keseluruhannya RM40. Buku ini setebal 191 halaman.

Sememangnya, Fatimah Busu menjadi antara penulis wanita yang saya kagumi selain Zurinah Hassan. Zaharah Nawawee, Khadijah Hashim, Siti Zainon Ismail. Mereka ini antara penulis yang sudah layak mendapat sesuatu dalam dunia penulisan di negara kita ini. Bagaimanapun, kita nantikan sahajalah adakah Sasterawan Negara yang ke-13 nanti muncul seorang penulis daripada golongan wanita ini. 

20 buah cerpen 


Berbalik pada buku ini, Kelopak Bunga Pahit menghimpunkan 20 buah cerpen Fatimah Busu termasuklah Kucing Kurus, Kampung Nan Jauh di Mata, Surat Cinta, Aku, Citera Idilfitri 1431, Tunggu Bumi Diterbalikkan, Primadona Tanpa Panggung, 28 Disember 2012, Aduhai Penulis Wanita Malaysia, Ceritera Andeh Isteri Pak Pandir, Bunga-bunga Berguguran, Bunga-bunga Bertaburan, Ceritera Sepohon Beringin, Perkembalian Seorang Hang Tuah, Oh OMPP, Oh MARA, Oh Tuhanku, Warkah untuk Junjungan, Adaptasi, Perjalanan ke Negara Api, Majlis Raya Merdeka Wak Long / Pak Dogol, Air Mata di Pasir Pekan dan Kelopak-kelopak Bunga Pahit. 

Cerpen-cerpen yang termuat dalam kumpulan ini sarat dengan kritikan atau protes termasuklah hal agama, sosial dan politik. Antara beberapa buah cerpen ini seperti menceritakan bagaimana kisah kehidupan Fatimah Busu pada satu-satu masa yang berhadapan dengan liku-liku dugaan dan cabaran. 

Citera Idilfitri 1431


Sempena bulan Ramadan dan Aidilfitri yang bakal menjelang ini saya kira cerpen Cireta Idilfitri 1431 antara cerpen yang harus dibaca. Cerpen ini memperlihatkan fenomena semasa yang berlaku pada bulan Ramadan dan Idilfitri. Pada bulan Ramadan dan Idilfitri, katanya kanak-kanak leka bermain mercun, adakalanya meriam hingga terlupa akan keselematan diri. Setelah Idilfitri disambut pula, kanak-kanak dibiarkan "menjadi pengemis" dengan memunggut duit raya di rumah-rumah yang tidak dikenali. Seharusnya dua perkara ini tidak berlaku pada zaman sekarang ini. 

Buku ini diterbitkan sendiri oleh Fatimah Busu. Bagaimanapun, sekiranya buku ini dicetak ulang lagi, saya memberikan pandangan supaya buku ini disusun semula bentuk hurufnya yang tidak seragam. Kepada yang ingin memilikinya boleh cuba berhubung dengan Nisah Haron sekiranya stok buku ini masih ada. 


11 ulasan:

  1. Review yang menarik.inshaAllah ada rezeki nanti nak beli juga.

    BalasPadam
  2. rata2 dikalangan penulis datang dari wanita..dan bro antara penulis lelaki yang berjaya juga fizi kira..:)

    BalasPadam
  3. Menarik ni cikgu Helmi... t kasih atas perkongsian ini.

    BalasPadam
  4. Nama Fatimah Busu tu quite familiar. Nama yang sellau kita dengar walau kita bukan penggemar cerpen/novel..

    BalasPadam
  5. lama tak menyinggah sini =)
    sihat cikgu?

    BalasPadam
  6. Buku yang agak menarik. Saya belum memiliki.

    BalasPadam
  7. wow...thats something. i also wish there'll be someone from different gender have the 'sasterawan negara' title. bukan tak suka lelaki mendominasi. cuma tertanya2 kurangkah sasterawan wanita?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78