Pengikut

Selasa, 4 Mac 2014

Peribahasa dan Maksudnya dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4 KSSR

Biarpun kita hidup dalam zaman teknologi, namun warisan bahasa kita janganlah diabaikan. Bahasa indah yang kita pertuturkan itu akan lenyap sekiranya penuturnya mencemarkannya. Oleh itu, cintailah bahasa kita.

Menurut Za'ba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya. Peribahasa merupakan induk kepada Simpulan Bahasa, Bidalan, Pepatah, Tamsilan dan sebagainya. 

Di sini saya ingin berkongsi dengan kalian semua senarai peribahasa dan maksudnya iaitu Simpulan Bahasa, Bidalan dan Pepatah yang diajar dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 4 KSSR. 

Simpulan Bahasa
Simpulan bahasa adalah bentuk peribahasa yang paling mudah. Biasanya simpulan bahasa terdiri daripada dua patah kata yang membawa maksud yang tepat dan padat.


Bidalan
Bidalan ialah susunan kata-kata yang telah digunakan umum dalam masyarakat Melayu. Di dalam bidalan terkandung perbandingan, teladan dan pengajaran.

Pepatah
Pepatah seakan-akan sama dengan bidalan, tetapi pepatah mempunyai rangkaian perkataan berkerat-kerat atau berpatah-patah. 

Moga perkongsian ini dapat memberi sedikit gambaran dan memudahkan pembaca semua membuat rujukan. 

13 ulasan:

  1. pepatah ada panjang sikit, simpulan bahasa pendek. selalu 2 perkataan.

    BalasPadam
  2. tq helmi..info yang baik untuk danial..

    BalasPadam
  3. bagus perkongsian ini helmi.. rupa-rupanya ada perbezaan simpulan bahasa, bidalan dan pepatah.. akak sangkakan sama sahaja..

    BalasPadam
  4. wah.. dah lama x sentuh bab peribahasa ni..

    BalasPadam
  5. Bidalan tu agak sukar nak bezakan..peribahasa tu macam selalu dengar..tapi macam dah hampir sama pulak dengan simpulan bahasa..Hmmm..macam dah lupa semuanya..nway tahnks cikgu bagi refresh balik..

    BalasPadam
  6. Penjelasan & pencerahan ilmu yg sgt bermanfaat.. bagus juga utk rujukan anak2.. T kasih cikgu.. :)

    BalasPadam
  7. terima kasih cikgu...baru la faham...agak konpius jugak..

    BalasPadam
  8. Wah, rindunya zaman sekolah rendah. Belajar peribahasa yang mudah-mudah je. Dan dulu waktu sekolah rendah, saya fikir peribahasa itu juga satu perkara lain seperti simpulan bahasa dan bidalan. Rupa-rupanya peribahasa itu ialah ibu kepada semuanya, :)

    BalasPadam
  9. terima kasih atas penerangan . :)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78