Pengikut

Ahad, 9 Mac 2014

Permohonan Online Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (PPISMP) Ambilan Jun 2014


Kementerian Pendidikan Malaysia  (KPM) mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti program Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP).

1. KETERANGAN PROGRAM 

 1.1 Nama Program
Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP)

1.1.1 Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan   oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.          

1.1.2  Calon dikehendaki mengikuti PPSIMP selama dua belas (12) bulan / dua (2)semester di IPG           berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

1.1.3 Calon yang LULUS Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan akan diberikan Sijil             Tamat PPSMP dan DITAWARKAN mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)             selama empat (4) tahun/lapan (8) semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.                
1.1.4 PPISMP dan PISMP dijalankan menggunakan Mod Sepenuh Masa.

2. SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS  
2.1 Warganegara Malaysia.
2.2 Umur   tidak   melebihi   20  tahun  pada  30 Jun 2014  iaitu  lahir  pada atau selepas 30 Jun 1994.
2.3 Calon mesti sihat tubuh badan.
2.4 Calon mesti aktif dalam kegiatan kokurikulum.
2.5 Calon mendapat gred cemerlang dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
2.6 Calon mesti mendapat sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran yang berikut iaitu:
     a. Bahasa Melayu; dan
     b. Sejarah.
2.7 Calon mestilah lulus Bahasa Inggeris.
2.8 Calon memenuhi syarat bidang pengkhususan (Rujuk syarat bidang pengkhususan dalam permohonan           online).  

3. BIDANG PENGKHUSUSAN YANG DITAWARKAN

3.1 Sekolah Kebangsaan (SK)

3.2 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)

3.3 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) 

Cara Memohon 
1. Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia di alamat : http://www.moe.gov.my mulai 10 Mac 2014.

2. Permohonan calon akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM. Calon terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak dipanggil temu duga.

3. Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), temu duga, syarat bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.

4.  Calon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan dan boleh mengemaskini pada bila-bila masa sahaja.

5. Permohonan hendaklah disahkan dan dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.

6. Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

Tarikh Tutup Permohonan: 30 Mac 2014 (11.59 malam)

Link Permohonan 


6 ulasan:

  1. Semoga dipermudahkan urusan kepada mereka yg berkelayakan utk mencurah bakti kpd kpd pendidikan negara... aamiin.

    BalasPadam
  2. Peluang terbaik buat mereka yg berminat dlm bidang perguruan...

    BalasPadam
  3. selamat memohon bagi yg nk memohon..

    BalasPadam
  4. mohon segera bagi yg layak..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78