Pengikut

Khamis, 20 Mac 2014

SPM 2013: Seramai 1,229 Pelajar MRSM Peroleh A


KUALA LUMPUR - Sebanyak 1,229 orang daripada 7,645 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) memperolehi 'A' (A+, A atau A-) bagi semua subjek yang diambil dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 dengan mencapai Gred Purata Maktab 2.019.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) Tan Sri Annuar Musa berkata MRSM Tun Ghafar Baba mencatat keputusan terbaik daripada 45 buah MRSM di negara ini diikuti MRSM Taiping dan MRSM Pengkalan Chepa.

"Sementara itu, lima subjek menunjukkan peningkatan iaitu Bahasa Melayu dengan Gred Purata Subjek (GPS) 0.967, Sejarah (GPS 0.971), Fizik (GPS 3.150), Kimia (3.847) dan Pendidikan seni Visual (0.720)," katanya dalam sidang berita di sini, hari ini.

Annuar berkata secara keseluruhan pelajar MRSM mencatat keputusan yang cemerlang, selain turut menguasai pelbagai kemahiran lain.

Menurutnya MARA juga mempelawa lepasan SPM, yang memperoleh keputusan cemerlang dan mempunyai ciri kepimpinan dan nilai positif, memohon penajaan Mara bagi melanjutkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi di dalam dan luar negara.

Mereka boleh melayari laman web www.mara.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenainya atau mengunjungi Jelajah Karnival Pendidikan Mara di 10 lokasi di seluruh negara yang diadakan sejak Sabtu lepas hingga 27 April ini.

Sumber: Sinar Harian


9 ulasan:

  1. tahniah buat yang berjaya,yang kurang berjaya masih ada peluang tebus kegagalan..

    BalasPadam
  2. Syabas dan tahniah buat yang berjaya lulus dengan cemerlang dalam SPM, semoga bertambah semangat untuk belajar lebih keperingkat tinggi, demi mengapai cita-cita yang diimpikan.

    BalasPadam
  3. ooo... ulul-albab tak masuk top 3... semenyih pon tak masuk :D kota putra lagi lah... selalu dok no.2 dengan semenyih :D

    BalasPadam
  4. wa, ramai jugak yer.. tahniah buat MRSM..

    BalasPadam
  5. Semoga MRSM terus maju & melahirkan lebih ramai lagi pelajar yg berjaya... aamiin.

    BalasPadam
  6. Hebatnya mereka. Sekarang semua orang pandai-pandai.

    BalasPadam
  7. wah, MRSM memang mempunyai kredibiliti tersendiri
    tahniah buat MRSM kerana menghasilkan calon yang berjaya

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78