Pengikut

Isnin, 17 Mac 2014

Inilah Modul PBS Terbaik Setelah Kajian Semula

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, selamat sampai di rumah kira-kira pukul 5.40 petang tadi. Hari ini seharian di Sekolah Kebangsaan Kuala Kubu Bharu untuk Bengkel Kerja Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).  

Bengkel ini khusus untuk Guru Cemerlang, Guru Sumber dan Ketua Panitia Bahasa Melayu bagi Daerah Hulu Selangor. Satu lagi ilmu baru yang saya dapat pada hari ini. 

Sudah pastilah akan saya kongsikan nanti. Paling menariknya, Jurulatih Bengkal KBAT ini terlibat dalam Penggubalan Soalan UPSR bagi Tahun 2016 nanti. 

Bagaimana bayangan format UPSR 2016 nanti akan saya kongsikan dalam entri yang akan datang. 



Berbalik pada tajuk entri saya, "Inilah Modul PBS Terbaik Setelah Kajian Semula". Apakah ini tajuk utama akhbar esok? 

Dikhabarkan Menteri Pendidikan Malaysia, Datuk Seri Muhyiddin Yasin akan mengumumkan keputusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) setelah kajian semula dijalankan. 

Pasti, ramai yang berharap hasil kajian semula itu akan menambah baik PBS sedia ada yang digunapakai. 

Antara hasil yang sedikit diberi gambaran adalah, guru tidak perlu lagi memasukkan data pelajar secara dalam talian. Selanjutnya, kita tunggu sahajalah esok. 


15 ulasan:

  1. bukan dah tak diwajibkan lagi ke cikgu ??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan tak wajib syuk, cuma ditangguhkan seketika untuk kajian semula.

      Padam
  2. apa2 pun perubahan PBS nnti, harapnya dapat memudahkan semua pihak..

    BalasPadam
  3. Harap-harap biarlah lebih baik dan dapat diterima oleh semua....

    BalasPadam
  4. Sememangnya satu isu yg hangat buat guru & ibu bapa juga... mudah2an membawa kebaikan yg berpanjangan... aamiin..

    BalasPadam
  5. Ida baca entry ni dah lewat...tapi memang betul la dugaan cikgu tu ia menjadi tajuk utama sesetengah akhbar ;)

    BalasPadam
  6. Tanpa sebarang bukti keberkesanan dan kejayaannya...belum tentu lagi ianya baik.

    BalasPadam
  7. apa yang terbaik terima jer..

    BalasPadam
  8. Sebarang pertukaran yang dilakukan harap2 menuju ke arah kebaikan...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78