Pengikut

Isnin, 3 Mac 2014

Contoh RPH Bahasa Malaysia Tahun 4 KSSR - Tema Kesihatan dan Kebersihan

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, dapat lagi membuka blog ini dan berkongsi sedikit ilmu bersama para pengunjung Tetamu Istimewa. Semenjak agak sibuk di sekolah, saya tidak dapat menumpukan sepenuhnya pada Tetamu Istimewa ini. Namun, saya cuba untuk berkongsi serba sedikit ilmu di sini dengan menerbitkan sekurang-kurangnya satu entri sehari. 

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah pun memasuki Tahun 4 di sekolah rendah sekarang ini. Walaupun PBS ditangguhkan seketika, namun guru dan murid harus meneruskan pembelajaran dan pengajaran (PdP). Oleh itu, di sini saya kongsikan Tema yang dipelajari oleh murid Tahun 4 dalam Bahasa Malaysia. 

1. Kekeluargaan
3. Kesihatan dan Kebersihan
4. Perpaduan
5. Kebudayaan, Kesenian dan Estetika
6. Jati Diri, Patriotisme dan Kewarganegaraan
7. Sains, Teknologi dan Inovasi
8. Alam Sekitar dan Teknologi Hijau
9. Pertanian dan Penternakan
10. Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan

Untuk entri kali ini dan beberapa entri akan datang saya akan berkongsi tentang Rancangan Pelajaran Harian (RPH) Bahasa Malaysia Tahun 4 KSSR mengikut tema yang disenaraikan di atas. Contoh RPH ini diperoleh hasil daripada kursus yang dihadiri oleh guru di sekolah saya pada tahun lepas. 

Tema: Kesihatan dan Kebersihan


Contoh Rancangan Pelajaran Harian (RPH) 
Bahasa Malaysia Tahun 4 / 2014
Tema: Kesihatan dan Kebersihan


TEMA
KESIHATAN DAN KEBERSIHAN
TAHUN
4 Sinar
TAJUK
Alam Ceria Kita Selesa
MASA
9.30 – 10.30 PAGI
STANDARD PEMBELAJARAN
1.5.2Menceritakan sesuatu perkara yang dilihat dan yang ditonton  dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul menggunakan ayat yang mengandungi wacana.
5.1.6 Memahami dan menggunakan kata hubung pancangan keterangan dengan betul mengikut konteks.
OBJEKTIF
Pada akhir pengajaran, murid dapat:
i.                    Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara dengan tepat menggunakan ayat yang mengandungi wacana, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
ii.                  Berbicara untuk mendapatkan maklumat yang tersirat dengan tepat tentang sesuatu perkara secara bertatasusila
AKTIVITI
1.      Murid-murid diperdengarkan sebuah lagu “Hijau” nyanyian penyanyi Zainal Abidin (set induksi)
2.      Kaitkan lirik lagu dengan tajuk pengajaran hari ini.
3.      Murid ditunjukkan beberapa contoh gambar tentang alam sekitar yang berlainan suasana.
4.      Murid bercerita secara umum tentang apa yang terdapat dalam gambar tersebut.
5.      Guru menerangkan tentang contoh kata hubung berdasarkan gambar.
6.      Murid bersoaljawab dengan guru tentang   gambar yang ditunjukkan serta perbezaannya.
7.      Guru membentuk kumpulan mengikut aras sederhana dan tinggi  dan murid diminta  berbincang untuk menyampaikan cerita perihal gambar yang diberikan dengan gaya tersendiri menggunakan kata hubung yang disenaraikan.
8.      Ketua kumpulan dilantik dan bercerita tentang gambar.
9.      Ahli-ahli dalam  kumpulan pula dipilih secara rawak untuk menyatakan cara-cara menjaga kebersihan tempat tersebut.
10.  Aktiviti  membina ayat majmuk sebagai pengukuhan iaitu murid aras sederhana membina 5 ayat majmuk dan murid aras tinggi membina 8 ayat majmuk.
11.  Rumusan: Murid diminta beri pengajaran dan nilai murni tentang pelajaran hari ini dan murid dan guru nyanyi bersama-sama lagu Hijau.
PENGISIAN KURIKULUM
Ilmu: Pendidikan Kesihatan , Pendidikan Sivik, DSV
Nilai: Kebersihan, tanggungjawab,mencintai alam sekitar,bekerjasama
EMK: Pendidikan Alam Sekitar, Kemahiran Berfikir
KB: Menjana idea, membanding beza
BCB: Mekanis
BBM
Video lagu dan  gambar
PENILAIAN P d P
Murid dapat bercerita dengan gaya bahasa yang sesuai menggunakan kata hubung dan penanda wacana yang betul.
REFLEKSI


10 ulasan:

  1. Dah lama tak terjah sini, hari ni baru dapat terjah blog awk :)

    Mohon singgah blog saya awksweetgitu.blogspot.com :)

    BalasPadam
  2. bagus perkongsian contoh rph bahasa malaysia ini helmi..

    BalasPadam
  3. Semoga ianya dapat memberi maklumat dan berguna kepada mereka yg memerlukan.

    BalasPadam
  4. Walaupun saya bukan seorang guru sekolah, tapi perkongsian ini sangat baik, sekurang-kurangnya saya tahu tugas seorang guru apa yan perlu dilakukan. Beruntunglah pelajar sekarang, cara pembelajaran pun tidak membosankan, sambil dengar lagu boleh berfikir...ku lihat hijau....

    BalasPadam
  5. pening saya baca bila tak terbiasa dengan singkatan2 tu.. hehehe.. apa2 pun, nice share..

    BalasPadam
  6. memang terbaik..info yang sesuai dgn keperluan anak.

    BalasPadam
  7. Maklumat yg berguna utk rujukan ibu bapa juga.. t kasih cikgu Helmi..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78