Tan Sri Muhyiddin Yasin ketika mengumumkan penambahbaikan PBS |
Akhirnya teka-teki sama ada Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dimansuhkan atau diteruskan terjawab pada hari ini setelah Tan Sri Muhyiddin Yasin yang juga Menteri Pendidikan Malaysia mengumumkannya diteruskan. PBS diteruskan setelah kajian semula dijalankan dan ada penambahbaikan yang dilakukan.
Antara tiga (3) penambahbaikan yang dilakukan:
1) Dokumen Standard Prestasi (DSP) dipermudahkankan dengan digantikan dengan Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid (PPPM).
2) Guru tidak perlu mengisi data pencapaian murid dalam Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) sebaliknya dijalankan secara offline.
3) Guru tidak perlu lagi menyediakan Fail Perkembangan Murid (FPM) dan Rekod Transit.
Dokumen Standard Prestasi
Bagi bukan golongan guru sudah pastilah tertanya-tanya apakah itu DSP? Dan bagaimanakah DSP ini dikatakan membebankan guru untuk melaksanakan.
Contoh DSP Dunia Seni Visual |
Secara mudahnya, DSP merupakan dokumen yang mengandungi butiran pernyataan band, deskriptor, evidens yang mana guru perlu mentaksir murid berdasarkan senarai deskripor dan evidens yang ditetapkan.
Menerusi PBS guru perlu memasukkan data pencapaian murid yang telah ditaksir melalui evidens secara dalam talian menggunakan SPPBS. Isu yang dibangkit, apabila server sistem SPPBS ini lambat dan jumlah murid yang ramai dalam satu-satu kelas memungkin cara pengisian data murid melalui sistem ini tidak sesuai.
Daripada DSP, guru perlu menterjemahkannya pula ke bentuk evidens yang dihasilkan untuk mentaksir murid. Saya pernah berkongsi tentang perincian evidens untuk Bahasa Malaysia Tahun 3. Perhatikan jumlah evidens yang perlu guru sediakan.
Daripada DSP, guru perlu menterjemahkannya pula ke bentuk evidens yang dihasilkan untuk mentaksir murid. Saya pernah berkongsi tentang perincian evidens untuk Bahasa Malaysia Tahun 3. Perhatikan jumlah evidens yang perlu guru sediakan.
Fail Perkembangan Murid dan Rekod Transit
Selain Fail Portfolio Guru, guru juga perlu menyediakan Fail Perkembangan Murid setiap individu. Oleh itu, guru perlu memasukkan evidens terkini murid yang terbaik ke dalam fail ini dari masa ke masa yang ditetapkan mengikut mata pelajaran.
Rekod Transit pula perlu disediakan oleh guru untuk dijadikan panduan dan memudahkan guru sewaktu mentaksir murid. Kata mudahnya, Rekod Transit merupakan rekod manual yang perlu disediakan guru sebelum dipindahkan secara dalam talian dalam SPPBS.
Penambahbaikan ini lebih menjurus ke arah mengurangkan beban guru. Seperti yang sedia maklum, tugas guru adalah mendidik, sebaliknya dengan pelaksanaan PBS sebelum ini tugas guru bertambah untuk melakukan kerja sampingan seperti yang disenaraikan di atas.
Guru-guru diingatkan bahawa PBS dan KSSR adalah dua perkara yang saling berkait dan bukan dilaksanakan secara berasingan. Oleh itu, guru-guru haruslah menyambut baik 3 penambahbaikan PBS yang bakal dilaksanakan mulai 1 April 2014 nanti.
doa untuk yang terbaik
BalasPadamSo ok ke tak ok cikgu? Nway good luck to cikgu-cikgu semua...semoga semuanya dipermudahkan..
BalasPadamselagi kak tak dengar taklimat yg akan diberikan..selagi tu banyak lagi yang berteka teki ni, Helmi..:-))
BalasPadamJika ia diteruskan, agar semua guru menerimanya dengan lapang dada, insyallah dipermudahkan.
BalasPadamSemoga ianya membawa kebaikan yg berpanjangan kpd semua pihak yg terlibat... aamiin..
BalasPadambagus ulasannya cikgu:) terima kasih.Masih perlu pencerahan, terutama pelaksanaan di peringkat sekolah.semoga dipermudahkan usaha semua guru berbakti kepada anak bangsa..amin.
BalasPadamLama tak singgah sini, blog cikgu sudah berubah wajah ;) nice
BalasPadamsemoga dengan penambahbaikan ini memberikan kebaikan..
BalasPadamhmm..semalam ada tengok berita tentang ni..
BalasPadamBuktikan dulu keberkesanannya barulah boleh diadaptasi secara menyeluruh...
BalasPadamsemakin mantap..
BalasPadambaru je tadi dalam kelas BM kami bincangkan isu PBS ni.. nasib baik saya pernah terbaca kat blog ni, ada jugak point. kawan saya ada yg tak tahu langsung pasal ni.. heheh
BalasPadamAdakah benar bagai dikata mengurangkan beban guru? harap2 benar la... kesian juga cikgu2 nie..
BalasPadam