Pengikut

Jumaat, 14 Mac 2014

Banyak Maklumat Palsu yang Tidak Boleh Dipercayai dalam Laporan Misteri Kehilangan MH370

Assalamualaikum. 

Salam Jumaat saya ucapkan kepada semua. Memasuki hari ketujuh misi pencarian pesawat MH370, kita dilanda satu asakan dan sebaran maklumat yang tidak sah, tidak tepat malah palsu daripada pelbagai pihak dan media. Tindakan ini secara tidak langsung boleh mengganggu operasi mencari bahkan mengeruhkan lagi keadaan. 

Malahan, laporan-laporan begini akan mengelirukan masyarakat dan sesiapa sahaja yang membacanya. Oleh itu, adalah dinasihatkan supaya kita tidak mudah percaya dengan maklumat yang diterima sebelum mendapat pengesahan daripada pihak yang bertanggungjawab. Antara isu yang disahkan palsu dan tidak benar adalah seperti berikut:

Imej dikesan satelit China disahkan palsu

Imej satelit yang didakwa oleh China

Penemuan mengenai objek terapung yang didakwa dikesan oleh satelit China di Laut China Selatan semalam, bukan hanya disahkan sebagai palsu, malah ia telah menyusahkan dan membuang masa pihak berkuasa yang terpaksa mengerahkan aset untuk bergegas ke kawasan tersebut.

CNN sebelum ini melaporkan satelit China mengesan tiga objek yang dikaitkan dengan pesawat yang hilang itu.

MAS nafi MH370 terbang selama empat jam selepas terputus hubungan

Laporan The Wall Street Journal yang mendakwa MH370 terbang selama empat jam

Ketua Pegawai Eksekutif Penerbangan Malaysia (MAS), Ahmad Jauhari Yahya menafikan dakwaan media asing yang menyatakan pesawat MH370 telah terbang selama empat jam selepas ia terputus hubungan dengan menara kawalan.

"Dakwaan yang mengatakan pesawat MH370 itu terbang selama empat jam selepas terputus hubungan tidak benar kerana tiada data diterima bagi tempoh itu," katanya pada sidang akhbar di Hotel Sama-Sama di sini semalam.

Polis sangkal siasat rumah kru pesawat MH370

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyangkal dakwaan beberapa laporan media asing yang melaporkan pihaknya membuat pemeriksaan ke atas rumah kru pesawat MH370.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah berkata, polis tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung isu tersebut.

Kerajaan tak hantar bomoh kesan MH370

Ritual bomoh di KLIA disangkal kerajaan 

Susulan kehadiran bomoh di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) kononnya mampu mengesan pesawat MAS yang hilang, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyatakan perkara itu tidak melibatkan usaha kerajaan untuk menyelesaikan misteri kehilangan pesawat tersebut.

Sumber: Sinar Harian dan Kosmo

9 ulasan:

  1. hmm...apapun sekarang ini kita doakan yang terbaik jer utk kru dan penumpang MH370..

    BalasPadam
  2. setuj dengan cikgu, bila semua orang tiba-tiba ingin jadi wartawan tak bertauliah..huhu..

    BalasPadam
  3. Aduhh , malunya yang pasal bomoh ni . Last-last kerajaan pulak yang dipersalahkan , siapa yang suruh bomoh ni pun tak tahulah . Apapun , just mengharapkan situasi ini akan berakhir :)

    BalasPadam
  4. pelbagai spekulasi yang timbul ekoran dari kehilangan MH370.. apa-apa pun, teruskan berdoa agar urusan pencarian berjalan lancar dan dipermudahkan oleh Allah..

    BalasPadam
  5. betullah, benda ni menyusahkan banyak pihak
    terutama ahli keluarga yang terlibat, terguris hati mereka

    pasal bomoh tu, saya tak tahulah nak kata apa
    memburukkan imej malaysia dan paling penting islam itu sendiri

    BalasPadam
  6. Tak tahu nak kata apa tentang bomoh itu. Nak tergelak pun ada, nak termuntah pun ada. Satu perbuatan yang memalukan sahaja.

    BalasPadam
  7. pesawat punya kes, bomoh dapat nama.. hmm.

    BalasPadam
  8. Nasib baik bomoh2 tu tak landing kat klia dgn karpet tu huhu.. :D

    BalasPadam
  9. Asalkan negara2 yang mempunyai peralatan canggih serta termoden pun memberi maklumat tidak tepat apa lagi para blogger yang hanya bersumberkan hujung jari ;) Tapi yang lucunya Tok Bomoh tu tiba2 jadi popular...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78