Pengikut

Selasa, 11 Mac 2014

Permohonan Kemasukan ke Institut Pendidikan Guru (IPG) Ambilan Jun 2014

Assalamualaikum.


Sebelum ini saya ada berkongsi iklan Permohonan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) Ambilan Jun 2014 yang telah pun dibuka 10 Mac 2014 di sini. Calon boleh membuat permohonan melalui Aplikasi Permohonan Program Perguruan Kementerian Pendidikan Malaysia di pautan ini. 


Untuk maklumat dan keterangan lanjut boleh klik pautan yang disediakan ini.


Semoga berjaya!

#Permohonan Kemasukan ke IPG 2015

65 ulasan:

  1. baguskan.. banyak keistimewaan... kalo sy cikgu ni da rebut peluang ni... heheheh....

    BalasPadam
  2. terima kasih infonya cikgu boleh di sebarkan nie.

    BalasPadam
  3. perkongsian yang baik kepada mereka yang berkenaan..

    BalasPadam
  4. Info bermanfaat... semoga memudahkan kpd yg memerlukan.. aamiin.. :)

    BalasPadam
  5. sangat berguna bagi yang tercari2 info ini..

    BalasPadam
  6. Nak tanya. Sekiranya kita dapat tawaran ni, peluang melanjutkan pelajaran ke ipt or mana-mana institut akan automatik ditutup ke? Maksudnya dah dapat tawaran ni tawaran lain kita tak dapat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, tidak. Saudari boleh memohon untuk ke institusi lainnya juga. Terpulang kepada saudari untuk memilihnya nanti setelah menerima tawaran dari mana-mana pun.

      Padam
  7. kalau sy sudah mempunyai pengalaman sbg guru ganti , ada peluang yg besar diterima masuk maktab kah ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya kurang pasti akan peluang itu. Setahu saya kemasukan ke IPG ni perlu melalui tapisan yang ditetapkan. Ujian bertulis kemudian temu duga. Jika lepas kedua-dua tapisan ini pasti peluangnya cerah untuk dapat. Keputusan yang cemerlang perlu untuk memohon IPG. Jika tidak, sukar untuk dipanggil hadiri ujian bertulis. Pengalaman sebagai guru ganti itu, boleh dikemukakan sewaktu temu duga nanti. Semoga berjaya.

      Padam
  8. saya nak tanya, keputusan SPM saya cuma ada 1A je Bahasa Melayu, 4B+ dan yang lain C .. layak ke nak mohon IPG nie ?? sbb setahu saya nk masuk mana2 IPG kena 9A ke atas :'( tapi saya minat sgt nak masuk IPG :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf, lambat membalas. Saudari boleh cuba dahulu. Rezeki semuanya di tangan Allah SWT.

      Padam
  9. Assalam,, bilakah semakan permohonan IPG 2014/2015? dan boleh x send link kat sini..

    BalasPadam
  10. Assalam,, boleh x letakkan link utk semakan ipg ambilan jun tahun ni??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam, rasanya semakan keputusan permohonan belum keluar. Jika dah keluar nanti saya maklumkan di sini.

      Padam
  11. mcm mane nk tau dpt ke x?? syarat nya 7A ke 9A?? dia bg surat kt rumah ke kita kena semak online??

    BalasPadam
  12. mcm mane nk tau dpt ke x?? dia bg surat ke kita semak kt online?? syarat dpt duduki ujian tu result spm 7A ke 9A??

    BalasPadam
    Balasan
    1. KPM akan membuat hebahan semakan nanti sekiranya sudah keluar. Jadi, kena sentiasa peka dengan hebahan terkini. Insya-Allah, jika dah ada hebahan nanti akan saya maklumkan di sini. Kita perlu menyemak di dalam talian terlebih dahulu, kemudian barulah disusuli dengan surat. Tetapi seperti yang sedia maklum, tapisan pertama perlu lulus Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) dahulu barulah dipanggil temuduga.

      Soal berapa A tu bergantung kepada permohonan calon. Jika ramai pasti bilangan A akan diambil kira.

      Padam
    2. salamm, lau xdapat ipg, nak buat rayuan boleh tak ? lau bleh, mcm mne crenye ?

      Padam
    3. Waalaikumusalam, saya tidak pasti sama ada rayuan boleh dibuat ataupun tidak. IPG-KPM belum membuat hebahan tentang rayuan ini. Bergantung juga sama ada tawaran yang diberikan kepada calon yang berjaya temu duga dengan kekosongan. Mungkin jika terdapat ramai calon yang menolak, saya rasa tawaran itu akan ditawarkan kepada yang tidak berjaya atau calon simpanan dalam permohonan ini. Kalau inginkan maklumat lanjut terus hubungi pihak IPG/KPM.

      Padam
  13. jika tak layak , bolehkah memohon di lain hari ? saya rasa maklumat saya tak lengkap yang membuatkan permohonan saya ditolak .

    BalasPadam
  14. boleh x ulang permohonan jika tak layak ? maklumat saya x lengkap semasa isi hari tu, saya tlepas pandang . bolehkah saya memhon utk kali kedua ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf, lambat menjawab. Ulang permohonan? Itu saya kurang pasti.

      Padam
  15. adakah akan ada pengambilan sesi september?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untuk IPG hanya ambilan Jun sahaja kalau tidak silap saya.

      Padam
  16. assalamualaikum..untuk permohonan ipg memang tiada dari lepasan stpm ya? saya terlepas tarikh untuk permohonan ambilan jun..akan ada pengambilan sesi september?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf, lambat membalas ya. Setahu saya hanya lepasan SPM untuk mengikuti PPISMP di IPG. Kalau lepasan STPM perlu mohon guru untuk pengajian di IPTA.

      Padam
    2. selagi xlebih had umur boleh je mohon...-pljr thn akhr ipgbangi

      Padam
    3. Maksudnya pelajar stpm masih bole memohon ipg lah??

      Padam
  17. Slm saya grasuan lepasan ijazah. Sya amatlah berminat tuk mohon kpli. Tetapi tarikh permohonan dibuka seperti tidak diwarwarkan secara terbuka. Blh bgtau saya bila lagi pmhnan akan dbuka 2014 /2015. N blh kongsikan apa perbezaan kpli Dan dpli.

    BalasPadam
  18. Bagaimana dgn permohonan kpli yang terkini 2014 Dan 2015 ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setakat ini tiada iklan yang dikeluarkan KPM untuk pengambilan KPLI dan DPLI. Barangkali dibekukan.

      Padam
  19. Salam.Saya dan kawan saya lepasan SPM.Kami mohon Sistem Permohonan Calon Guru di KPM..Tapi kami dapati Ujian Kelayakan Calon Guru sudah dikeluarkan di IPG..Kami tak tahu pun IPG dah keluarkan semakan permohonan sebab kami mohon dekat laman web KPM..Jadi adakah kami dah terlepas UKCG?Apa beza orang yang memohon di IPG dan KPM?Adakah yang mohon di KPM terlepas untuk UKCG dan kami tak layak ataupun KPM mempunyai cara lain untuk membuat pemilihan selain daripada UKCG? Adakah kesemua calon yang memohon sistem permohonan calon guru perlu melalui UKCG?Tarikh 5 Mei 2014 untuk yang memohon di KPM sahaja atau kepada orang yang sedang menunggu jawapan selepas melakukan UKCG?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam, bagaimana pula boleh memohon di IPG? Sedangkan permohonan untuk guru PPISMP melalui online di KPM.

      Ya, semakan calon menduduki UKCG telah dikeluarkan dan telah tamat. Calon pun sudah menduduki UKCG. Keputusannya boleh disemak pada 5 Mei 2014 nanti.

      Semua calon wajib menduduki UKCG.

      Padam
  20. mcm mna nak wat rayuan bg yg x berjaya tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rayuan tidak dibuka. Tetapi KPm-IPG telah membuat tawaran gantian 1 kepada calon yang menolak ambilan pertama kepada calon yang gagal dalam ambilan pertama tempoh hari. Boleh semak keputusannya segera.

      Padam
  21. salam. saya merupakan pelajar lepasan ijazah yang bakal bergraduat pada november 2014. boleh ke saya terus membuat permohonan diploma pendidikan lepasan ijazah ambilan 2014 untuk sesi julai tahun ini sedangkan saya belum bergraduat?

    TQ :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam, saya tidak pasti sama ada DPLI masih ditawarkan ataupun tidak. Setakat ini saya tidak terbaca mana-mana iklan tentang tawaran tersebut.

      Berkaitan hal saudari pula, ada yang cakap, perlu bergraduat dahulu atau konvokesyen dapatkan ijazah tersebut. Tapi, kalau nak cuba boleh juga.

      Padam
  22. Salam... saya nak kepastian.. DPLI masih ada lagi ka ? tau pun dah dimansuhkan ? tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tidak pasti sama ada masih ada ataupun tidak. Rasanya dibekukan buat sementara waktu.

      Padam
  23. assalam .yg Semakan Panggilan UKCG / Temu Duga Khas 2 utk ape ea?

    BalasPadam
  24. dpli/kpli tahun 2015 x bukak dh ke??

    BalasPadam
  25. Salam hormat.

    Masih ada lagi ke DPLI / KPLI untuk tahun ni atau pun tahun depan?

    Biasanya bila ya waktu di war2 kan ?

    Terima Kasih

    BalasPadam
  26. salam saya lepasan ijazah sarjana muda 2014..bila tarikh permohonan ye?

    BalasPadam
  27. Salam sejahtera, jikalau saya seorang pelajar STPM bolehkan saya membuat aplikasi untuk maktab perguruan juga? harap dibalas

    BalasPadam
  28. mcm mana dgn kami yg baru habis spm 2014 ? bila tarikh daftar nya ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya Mac 2015 kot... sebab selalunya bulan Mac.

      Padam
  29. Slm,sye shukor..sye lhir pada blan februari 1995.saye ingin bertanya saye ni layak lagi x memohon maktab@ipg untuk tahun 2015...mohon penjelasan…......

    BalasPadam
  30. Salam..permohonan utk tahun 2015 bila ya tarikh prmohonannya?

    BalasPadam
  31. slm,macam mana menolak tawaran ipg?

    BalasPadam
  32. Hello. Saya Linda. Nak tanya ni : setelah permohonan ditutup pads bulan Mac 2015,,akan dibuka sekali tak until permohonan kedua ?? Sebab,says mmg nk masuk ipg ni. Dh 20 thn. Su klu apply then dpn mmg x blh in. Pls reply

    BalasPadam
  33. assalammualaikum..saya berminat sangat dengan ipg nhe tp x berjaya..sesiapa yg dpt info untuk rayuan ipg nhe, tlg bg inform kat saya eh , thank you :)

    BalasPadam
  34. Salam.. nk tanya jika saya ditawarkan untuk menuntut di ipg tetapi saya menolak tawaran tersebut adakah nama saya akan disenarai hitamkan oleh kerajaa? Saya harap sangat agar pihak tuan dapat memberitahu saya..

    BalasPadam
  35. salam ..nak tanye kalau saya xberjaya ke ipg bolehkan saye membuat rayuan dan bagaimana untuk membuat rayuan.terima kasih

    BalasPadam
  36. assalamualaikum ...
    boleh ke lepasan STPM/2014 mohon IPG...
    dan bila tarikh terdekat boleh lepasan STPM/2014 mohon IPG...

    BalasPadam
  37. assalamualaikum.. saya minat untuk menjadi guru.. tapi sekiranya saya hendak memohon maktab selepas tamat pengajian ijazah saya boleh ke? adakah maktab akan menerima pelajar lepasan ijazah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam, kalau tak silap saya..ada had umur yang ditetapkan. Jadi boleh rujuk syarat-syaratnya.

      Padam
  38. assalamualaikum.. tumpang tanya
    boleh ke lepasan ijazah mohon IPG?

    BalasPadam
  39. Assalamualaikum..saya nak tanya kawan saya minat nak masuk ipg tetapi dia lepasan stpm boleh ke dia nak memohon dkat ipg?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam. Boleh rujuk syarat kemasukan. Ada had umurnya. Jika layak, bolehlah mohon tetapi kelulusan yang diperlukan tetap pada kecemerlangan SPM bukan STPM. Terima kasih

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belong ToTetamu Istimewa | Designed All Reserved By KathyR’bain78